Raya Rumah PM |
RM2.88 juta - ini kosnya bagi menjamu 80,000 tetamu
yang melawat kediaman perdana menteri semasa sambutan rumah terbuka hari
raya Aidilfitri, Parlimen diberitahu hari ini.
Dalam jawapan bertulis, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Shahidan Kassim juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah
menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.
Anggota Parlimen Seremban Anthoney Loke yang bertanya soalan itu
kemudian berkata beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana
tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.
"Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi
rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah perdana menteri dan isterinya,
sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak,"
katanya.
No comments:
Post a Comment