petrol naik 20 sen |
Akibat kenaikan harga minyak malam tadi, kekecohan
berlaku di seluruh negara sehingga menyebabkan sebuah pam minyak di Batu
Buruk, Kuala Terengganu dilanggar.
Dalam kejadian itu, sebuah kereta terlanggar pam minyak di stesen berkenaan menyebabkan kaca dan plastik bertaburan.
Petang semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan
kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen lagi
menjadikannya masing-masing RM2.10 dan RM2.00 seliter.
Ia bakal diikuti oleh kenaikan harga tarif elektrik dan juga pelaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas ini.
Ekoran itu, pengguna menyerbu stesen minyak di seluruh negara menyebabkan kekecohan berlaku sehingga tengah malam tadi.
Menurut saksi, kejadian di Batu Buruk itu berlaku ketika semua
berebut-rebut untuk mengisi minyak selepas pengumuman mengenai kenaikan
harga itu.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
dalam kenyataannya , berkata kerajaan BN perlu menggunakan kuasa yang
ada bagi mengawal kenaikan harga barangan khususnya selepas kenaikan
harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri semalam.
Katanya, rakyat sanggup bersusah-payah bersama kerajaan kalau
kerajaan menunjukkan pembetulan pada sikap borosnya yang keterlaluan.
"Malangnya ini bukan kesnya. Kenaikan harga minyak ini mesejnya
mudah iaitu rakyat mesti ubah gaya hidup, kerajaan boleh terus
berboros,” katanya. – 3 September, 2013.
No comments:
Post a Comment