I is idiot? |
Polis mengambil sebuah karya seni yang dipamerkan dalam pameran M50
Selamat Hari Malaysia untuk siasatan terhadap dakwaan menghina agama
oleh seniman Anurendra Jegadeva.
Karya berjudul I is for Idiot (I untuk bahlul), sebahagian daripada siri
karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes' (ABC untuk kelas menengah
Zaman Pertengahan), diambil petang ini daripada Publika Mall, tempat ia
dipamerkan.
Karya lain Anurendra turut diturunkan atas sebab-sebab keselamatan ekoran ia dipamerkan di laluan pusat membeli-belah.
Difahamkan laporan polis dibuat semalam terhadap I is for IDIOT atas
dakwaan menghina Islam kerana mengandungi bissmillah dalam bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment