bakar motorsikal datuk |
Cubaan seorang cucu untuk mencuri motosikal jenis Honda
EX5 datuknya tidak berhasil apabila kenderaan yang diletakkan di
belakang sebuah rumah di Kayu Ara Pasong, di sini, tiba-tiba terbakar.
Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu disedari nenek suspek
yang kemudian bertindak meminta pertolongan seorang anak yang tinggal
bersebelahan untuk memadam api dari merebak ke bahagian dapur.
Wanita berusia 62 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Zainab berkata, dia dan suami masih trauma dengan kejadian tersebut.
Dia juga tidak menyangka cucu yang dijaga sejak sebulan lalu sanggup
bertindak sedemikian selepas permintaan untuk meminjam motosikal
datuknya ditolak pada petang sebelum kejadian.
Menurutnya, lebih mengecewakannya, perbuatan cucunya itu juga nyaris menyebabkan rumah kayu didiami terbakar.
Dia begitu terkejut apabila melihat motosikal yang diletakkan di dapur
terbakar dan segera mengejutkan suaminya yang sedang tidur ketika itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zahaliman Jamin mengesahkan kejadian itu.Suspek yang merupakan cucu mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut selepas mangsa membuat laporan kejadian di Balai Polis Kayu Ara Pasong.
No comments:
Post a Comment