December 27, 2005

TAHUN BARU, AZAM BARU (?)

Salam sejahtera,

Apabila menjelangnya penghujung tahun kita merasakan bahawa masa ini berlalu begitu pantas sehingga kita tidak terasa bahawa hari sudah berganti minggu, minggu menjadi bulan dan bulan menjadi tahun. Tanpa kita sedari kita kini sudah di ambang penghujung tahun 2005 dan tidak beberapa hari lagi akan menjelang tahun baru 2006.

Biasanya setiap kali menyebut tahun baru ia sering dikaitkan dengan azam seseorang untuk meningkatkan usaha dan mencapai kejayaan yang lebih baik. Perkara-perkara positif sering di jadikan azam sebagai pelengkap soalan klise 'Apa azam baru tahun ni?' atau sememangnya menjadi tekad seseorang.

Ciri-ciri azam dan tekad sempena tahun baru termasuklah azam yang bermanfaat, memotivasikan diri sendiri dan bersifat sebagai matlamat jangka panjang. Azam baru ini mampu menaikkan tahap kehidupan seseorang individu, agar berusaha untuk mencapai lebih kemajuan dan meningkatkan akhlak, moral dan kualiti kehidupan.



Soalan yang sama juga sering di tanyakan kepada aku yang kadang-kadang aku rasa soalan tak perlu itu tak perlu dijawab dan tak perlu ditanya. Maaflah aku sememangnya tidak berazam di awal tahun seperti yang lazimya di lakukan oleh ramai orang. Cukuplah sekadar ucapan selamat Tahun Baru...

Aku lebih selesa memulakan tekad sebagai azam setiap kali menjelangnya tarikh kelahiran kerana aku rasakan detik kelahiran adalah tarikh permulaan kehidupan di alam nyata dan pada ketika itulah secara simboliknya survive kita bermula. Diantara kehidupan dan kematian adalah satu perjalanan yang perlu kita corakkan sebaik mungkin sebagai pengisian cemerlang kita sepanjang hayat.

Menjelangnya penghujung tahun ahli perniagaan sibuk menghitung semula keuntungan yang terkumpul sepanjang tahun, para pekerja sibuk menilai semula prestasi kerja untuk kenaikan gaji dan pangkat pada tahun hadapan dan tidak kurang juga ada yang mula berkira-kira port yang sesuai untuk celebrate countdown 2006.

Kita kadang-kadang lupa untuk menghitung sebanyak mana catatan positif di'sana' sepanjang 365 hari yang kita tinggalkan. Sebenarnya setiap drpd kita hanya pengumpul suka dan duka sepanjang hidup untuk dijadikan panduan masa depan. Selamat tinggal 2005, Selamat datang 2006 dan Selamat Tahun Baru kepada semua.

13 comments:

Masy said...

Salam Deanz,

i prefer xde azam. bukan sbb xde tekad dlm hati utk buat sesuatu, ttp rasanya kita x perlu tunggu ketibaan tahun baru utk melaksanakan apa2 yg kita impikan.

if u really want to have/do something, just go for it! tak perlu tunggu sampai esok :)

Deanz said...

Yes..i setuju dgn u, sepatutnya kita tak perlu tunggu esok..

dan aku pun jarang berazam klu setakat sehangat taik ayam lebih baik kita bangun setiap kali kita jatuh...

Noushy Syah said...

yeh yeh..it's new year, it's another year!!!What's the diff? it's only by the number..no. no..it's much more than that!!Azam baru? Itu soklan stereotype tapi ada juga kebaikannya kalau utk memotivasikan diri, bermula dari day one of the newyear, tapi kalau azam setakat azam, hellya..bila2 masa pun bole....setuju dgn anda berdua....selamat tahun baru n selamat ulangtahun utk noushy yg ke 21 pd newyear eve nti...tehehehe..saje nak promo kat abg deanz munya nih...jgn marah..

kari said...

everyday is a brand new day..happy new year..baju tahun baru dah beli ke? hihih

Deanz said...

Noush,
Milik siapakah gadis ini? ..hahahaa..Much more than that for u Birthday girl..& happy new year. London Bridge bergemerlapan di malam tahun baru nanti..mesti meriah kan?

Kari,
Selamat tahun baru juga...everyday is a brand new day & a brand new spirit. Baju tahun baru dah beli 3 helai.. :D

wan said...

selamat mengimprovekan diri dan keluarga sempena tahun baru ni..

dan duit
dan kerja
dan impian
dan harapan

:)

ChikaDior said...

tak tau nak berazam atau tidak sbb ianya lebih kpd tradisi dpr utk dikotakan... (as 4 me la)

Deanz said...

Wan,
txs..semoga murah rezeki & panjang umur semua..

Deanz said...

Dior,
Ia kelihatan spt satu tradisi lapuk kan? Kecuali yg benar2 ada komitmen..

ita... said...

hi deanz..
slmt tahun baru 2006... muga berbahagia selalu di samping keluarga.... :-) dan ita doakan - apa jua yg diimpikan/citakan akan tercapai.... mudah2an k...

Deanz said...

ita,,,
u too...sefamily riang ria dan berbahagia...txs yaa..

jed1 said...

takde masalah pun kalau nak berazam di thn baru, dah jadi kebiasaan sbb start thn baru milestone tu senang sikit nak buat 1 JAN-31 JAN hehehe tapi biasa ler azam setakat azam je lah kalau takde usaha hampeh jugak. Kepada yg buat azam tu lagi bagus kalau buat gantt chart utk setiap azam, documented semua azam.. baru ada bukti hehehe

Deanz said...

Jed,
Selamat tahun baru...sistematik azam ko ek..