December 07, 2005

BERSAMAMU

Salam Sejahtera,

Kemiskinan merupakan masalah utama pembangunan yang sifatnya kompleks. Persoalan kemiskinan bukan hanya berdimensi ekonomi tetapi juga sosial, budaya, politik bahkan juga ideologi. Program tv Bersamamu yang boleh dianggap satu program sosial yang berjaya. Hulurkan tangan, ringankan beban menjadi tagline kepada program yang menyentuh hati ini.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan menyiarkan melalui kolumnya 'Cubit Manja Bersama Siti Jarum' berpendapat program ini tidak fokus untuk membetulkan sistem dalam masyarakat supaya semua rakyat menikmati hasil kemakmuran negara ini. Program ini begitu melodrama hingga saban minggu bertempayan air mata tumpah kerananya. Beliau juga turut menambah, Bersamamu bukan program untuk meraih simpati. Biarpun dipaparkan sengsara orang miskin, meraih simpati tidak harus dijadikan motif program ini. Itu pendapat beliau.

Di persidangan parlimen program ini pernah di sentuh oleh beberapa orang ahli kabinet dan ada yang melatah seolah-olah ada yang tidak kena dalam sistem masyarakat dan dasar kerajaan dalam isu yang dipaparkan dalam program Bersamamu.


Tidak keterlaluan kalau di katakan sememangnya Bersamamu boleh mengundang rasa sedih dan suasana ini telah berjaya meraih simpati penonton. Sememangnya program ini bukan program hiburan yang boleh mengundang hilai tawa penonton. Gegak gempita seisi rumah seolah-olah hidup hanya untuk ketawa ria sepanjang masa! Tetapi sejak akhir-akhir ini juga program hiburan juga sudah melodrama dan mampu megundang bertempayan air mata (meminjam kata-kata Siti Jarum). Lihat saja program realiti AF yang cukup tersohor di hati peminatnya, yang tua, muda, remaja, rockers...yang cantik yang cun secara tiba-tiba sebak bila peserta kesayangan mereka terundi keluar!

Apa masalahnya jika Bersamamu ada yang menganggap program sayu pilu yang menyebakkan apabila melihat realiti segelintir masyarakat kita masih ada yang kurang bernasib baik. Kais pagi, makan pagi..... Berapa banyak program hiburan yang telah sedia ada dan Bersamamu adalah alternatif lain yang perlu mengimbanginya.


Penyelongkaran Bersamamu berjaya menjadi pemangkin kepada agensi-agensi kerajaan untuk menilai semula dasar kerajaan yang sedia ada sekiranya masih terdapat kelemahan langkah menambah baik perlu dilaksanakan dengan tujuan untuk membetulkan sistem dalam masyarakat kerana seharusnya kita sedar takdir bukan satu hukuman dan program ini adalah titik permulaannnya.

Capai handset anda, taip :
  • Tabung2
  • Tabung5
  • Tabung10

kemudian send ke 33533

Sekian.

14 comments:

Masy said...

silapnye org hanya mnangis tp akhirnya sms utk undi penyanyi. ada jugak yg menangis tgk rancangan tu tp lps tu tido (akukah?)

^akan menderma^

Anonymous said...

Masy,
inilah sistem hidup dalam masyarakat kita yg perlu di ubah. Moga panjang umur murah rezeki..bila nak belanjerrr? :D

lady said...

salamm en deanz..
Dah lama involved pun..
melihat sendiri lebih 'touched' dari mendengar atau sekadar menonton di kaca tv dgn segelas coke dan kacang 'ngan yin'...

~inner tears

Semut Api said...

Lady,
Apa lagi yg akan kita tinggalkan setelah mati nanti. Semoga di berkati..

shafarina said...

bangga dgn lady yg turun padang.

Aku suka kalau ada rancangan yg highlight org² susah ni, tapi aku rasa dari satu segi aku nampak sesetengah orang malaysia suka sangat meminta². Aku tak gemar tengok org yg tak pikir masa depan anak², sekadar beranak dan mengharap rezeki anak sentiasa ada.

Aku tak paham kenapa tak boleh bekerja w'pon carik besi/tukang sapu/basuh rumah org/bercucuk tanam walaupun ada tulang 4 kerat (except yg uzur).

Aku pelik nape bantuan yg mmg ada tak disalurkan pd org yg boleh menerimanya. Lg pelik bila $$ diguna utk sponsor weddings.

Aku benci org yg pura² simpati tp pd masa yg sama dia promote produk dia/ promote parti/ promote nama.

Setakat sepanjang rancangan bersamamu, aku derma hanya pada satu keluarga saja - yg dok kuala pilah tu. Itu, memang aku menangis dan sms.

Ada org cakap derma kena ikhlas, jgn pikir dia menipu ke tak. Aku derma klu aku puas hati org itu memang betul² susah, spy aku tak bersubahat dgn kejahatan org tu. Aku keras hati pasal aku biarkan org buta kutip duit kat kedai² makan tu berlalu dari aku tanpa ada apa² sumbangan, sebab aku tahu elaun OKU bukanlah sedikit. Aku kejam pasal buat bodo kat bebudak asing yg pegang tong duit sbb aku nak penjaga diorang tau aku bukan seorang yg dermawan.

Ishk.. kejam aku ni rupanya.. :p

Semut Api said...

kwan,
Macam ceramah politik pulak..
Apapun seperti yang di paparkan dalam program tersebut ada diantaranya bukan sahaja miskin material tetapi juga miskin ilmu dunia & akhirat.

mereke juga perlu pendedahan tentang ideologi kegidupan sbg pendorong semangat untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan kerana takdir bukan satu hukuman..

txs kwan.

jed1 said...

Secara jujurnya aku tgk Bersamamu tu sbb utamanya nak tgk pengacara dia...

Program tu bagus utk membela org/keluarga yg betul2 dhaif dan susah hinggakan keperluan asas hidup pun mereka tak mampu nikmati. Yang tak ada tempat bergantung seperti janda2 dgn anak yg ramai, org hilang upaya, org tua yg dah takde kederat nak keja--mereka mmg patut diberi perhatian oleh masyarakat dan kerajaan. Perkara paling penting kena tolong pada aku adalah pendidikan anak2 org2 dhaif ni--sepatutnya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan atau yayasan2 kebajikan.

Semut Api said...

Secara jujurnya juga aku suka melihat Fifi... :D

Sememangnya anak2 tidak sepatutnya mewarisi kemiskinan ibu bapa selama-lamanya. Mereka perlu berubah.

shafarina said...

:) pendapat tu ditulis dgn perasaan separa marah..

betul ckp jedi ngan deanz. Tapi kak wan lagi suka kalau program tu mencari org² susah dan TIDAK sekadar beri duit dan beras atau kerja.

kita perlu sedarkan diorang (dan sepatutnya org² lain yg menontonnya) bhw mentaliti kena tukar. yg penting, dari segi rohaniah tu, tak nampak pulak bersamamu @ finding angels @ rancangan² lain tonjolkan.. takkan material jek.

jedi, KPM sudah bagi peruntukan pada setiap sekolah, duit pakaian/baju/asrama/RMT/SPBT dll utk beberapa org (<100 kot) murid yg susah setiap tahun, tapi tak semua bantuan itu sampai kepada murid berkenaan. ada bantuan dapat pd anak cikgu @ anak tukang kebun yg bergaji bulanan, bukan anak org yg susah..

so camno?

Semut Api said...

Kwan,
Saya setuju klu program ini tidak seharusnya hanya menjurus kpd sumbangan berbentuk materi semata tetapi juga perlu dlam bentuk sedekah kerohanian..yah..satu resolusi yg baik.

Mengulas ttg peruntukan KPM kpd sekolah, txs atas info. Adakah semua sekolah di beri peruntukan? Tidak seharusnya mereka mengambil kesempatan atas kesusahan org lain.

lady said...

salamm deanz,
tq,mudah2an diberkati segala usaha kami yg tak seberapa tu,ianya perlukan kesungguhan,dan bila ader keikhlasan,segalanya mudah.

Wan,
terima kasih,tapi segalanya itu bukan kerana nama!Parent saya pernah susah..terlalu susah masa zaman kecil mereka.Itu dah cukup memutihkan hati kami(dan persatuan kami) untuk melakukan sesuatu mana yg terdaya bila allah swt mmberi sedikit kelebihan rezeki pada kami sekeluarga..alhamdulillah..

dan seharusnya bantuan pada yg benar2 layak tidak terputus sehingga mereka dapat berusaha sendiri atas bimbingan pihak2 tertentu..bukan takat separa jalan kerana bila terputus kelak mereka akan kembali pada asal hidup mereka..sesuatu harus dilakukan dan dipantau sentiasa agar mereka yg berkenaan ader punca pendapatan sendiri demi pembangunan fizikal dan mental anak2 mereka..

Deanz..atas pengalaman saya ..mmg yg tak layak pun dapat bantuan sekolah hingga menutup peluang anak2 kurang mampu unt mndptkannya..
Kerenah birokrasi..mmg menyakitkan!!

Semut Api said...

lady,
teruskan komitmen anda, kami amat menghargainya..semoga sentiasa dlm kekuatanNya.

Anonymous said...

hmmm...meen teringat dulu kat tv ada satu rancangan dari Jepun @ Korea..cerita tentang org2 susah..mereka tak bagi bantuan duit atau kutip derma tapi bagi kemahiran berniaga yang boleh mereka guna untuk teruskan hidup. Rasanya cara begitu boleh mendatangkan manfaat jangka panjang berbanding derma yang diberi untuk masa2 tertentu saja..

Semut Api said...

Meen,
betul tu...sebatang kail lebih bermakna dari sekilo ikan.