December 30, 2013

Ada Apa Di Tahun 2014...(?)

Happy New Year 2014, selamat tahun baru Indonesia
Selamat tahun baru

Saya boleh faham jika ramai malas mahu fikir tentang azam tahun baru, walaupun kita sudah hampir di ambang 2014.

Barangkali ada yang mahu mengisytiharkan tahun 2014 sebagai ‘Tahun Bersusah Hati”. Lebih tepat kalau disebut ‘Tahun Naik Harga’. Tentunya pembaca budiman tahu kenapa.

Kata orang, yang turun hanya hujan. Lain daripada itu semuanya naik. Ada yang sudah naik dan ada yang ‘berbaris’ untuk naik.


Tidak lama selepas PRU13, ramai terpinga-pinga apabila harga minyak RON95 naik 20 sen seliter, kemudian harga gula pula naik 34 sen sekilogram.


Tindakan pantulannya, pelbagai harga barang, makanan dan kos perkhidmatan turut naik.


Tambang bas, sewa bas sekolah, sewa teksi, sewa lori, harga ayam, roti canai, teh tarik dan macam-macam lagi harga barang dan upah perkhidmatan yang disedari atau tidak, naik atau mahu dinaikkan.


Tahun depan juga nampaknya boleh dilabel sebagai ‘Tahun Misali’ dari aspek kenaikan harga dan bayaran perkhidmatan.


Kadar tarif elektrik akan naik, tambang transit aliran ringan (LRT) akan naik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikuatkuasakan (pada 2015), perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam proses untuk ditandatangani dan berita terbaharu dan paling mencabar ialah kadar tol di 15 lebuh raya di seluruh negara juga akan naik.

Ada yang menyebut kenaikannya ialah antara 50 sen dan RM1.


Yang muktamad belum diketahui, tetapi Sinar Harian, akhbar cakna yang memilih tajuk muka depan ‘TOLONGLAH JANGAN NAIK’ kelmarin dan ‘TAK PERLU NAIK’ semalam, menyiarkan kadar kenaikan tol yang menjadi spekulasi.


Antaranya Lebuhraya Smart (naik RM1), Sungai Besi Besraya (naik RM0.70) dan Kuala Lumpur-Putrajaya (naik RM1). Semuanya belum sah, namun ia tetap membimbangkan pengguna biasa.


Menurut menteri, yang juga bekas ahli korporat, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, pengguna jalan raya yang anggap kenaikan tol itu terlalu tinggi boleh guna jalan alternatif.


Tidak diragui beliau berniat baik, tetapi malangnya, dalam ‘cuaca panas’ seperti ini, nasihatnya itu jadi bumerang.


Ada pengguna yang cabar beliau tunjukkan jalan alternatif yang tidak perlu bayar tol untuk ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya kepada mereka yang tinggal di kawasan Kajang, umpamanya.


Selain kawasan itu dan di Lembah Klang, tentu ada banyak lagi kawasan di mana pengguna jalan raya tidak boleh elak lebuh raya bertol.


Maaf cakap, bila membaca nasihat Abdul Wahid, teringat pula kenyataan seorang menteri yang pernah menasihatkan pengguna supaya jangan makan ayam jika harga ayam naik.


Teringat juga riuh-rendah berlaku berikutan isu menetapkan jangka hayat kenderaan di jalan raya, baru-baru ini.


Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan yang berusia terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.


“Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima dan 12 tahun,” katanya.


Kenyataannya mengundang pelbagai reaksi. Banyak pihak - ahli politik, NGO dan individu - tidak setuju sekiranya kenderaan lebih 12 tahun diharamkan di jalan raya.

Mereka menentangnya atas alasan jika ia dikuatkuasakan, rakyat biasa akan menanggung hutang hingga selepas mati.


Bagi yang kaya dan mampu, barangkali ia bukan suatu masalah, tapi bagaimana dengan orang biasa yang tidak banyak wang, tapi perlu membayar hutang, bil dan sebagainya yang makin meningkat?


Ada kah statistik menunjukkan kenderaan lama menyebabkan banyak kemalangan?

Setahu kita, kereta lama lebih digunakan pada jarak dekat. Yang banyak terlibat dalam kemalangan ngeri ialah kenderaan baru.


Maknanya kemalangan berlaku bukanlah kerana usia kenderaan, tetapi akibat cuai dan kelajuan.


Apa pun agak selesa sekejap apabila Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi memberitahu Dewan Negara baru-baru ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan polisi jangka hayat kenderaan.


Katanya, sebarang cadangan berhubung perkara itu perlu diperhalusi dari aspek sosioekonomi kepada rakyat.


Dalam kes ini, pemilik kereta lama, buat sementara, boleh berasa lega dan tidur lena, tetapi ini tentunya bukan penamat bagi segala masalah berkaitan kenaikan harga dan kos hidup.


Lepas ini entah apa pula barang yang akan naik harga.

Tongkat dagu dan tunggu.

SElaMat TahUn bARu 2014...
.

Farush Khan@Sinar Harian.

December 18, 2013

Senarai Kadar Tol Baru Mulai 1 Jan 2014...(?)

Tol naik

Kadar Tol Baru Mulai 1 Jan 2014 

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Sin Chew Daily, Menteri Kerjaraya, Datuk Fadillah Yusof telah mengesahkan kepada bahawa kadar tol akan meningkat antara 50 sen kepada RM2 berkuatkuasa mulai 1 Januari , 2014.

 Senarai 15 Lebuh Raya Dengan Kadar Tol Baru Mulai 1 Jan 2014 Adalah Seperti Berikut: 

1. Lebuhraya Pantai Baru (NPE), 
2. Damansara Puchong - Highway (LDP ), 
3. Lebuhraya Bertingkat Ampang- Lumpur Kuala ( AKLEH ), 
4. Lebuhraya Sprint,
5. Lebuhraya Shah Alam Expressway ( KESAS ), 
6. Putrajaya KL- Lebuhraya ( MEX) , 
7. Sungai Besraya Highway Besi, 
8. Terowong Smart, 
9. Kajang Highway ( SILK ), 
10. Kajang Seremban- Highway ( LEKAS ), 
11. South Klang Highway Selatan ( SKVE ), 
12. New North Klang Straits bypass ( NNKSB ), 
13. Senai- Desaru Expressway (SDE ), 
14. Guthrie Corridoor (GCE ) dan
 15. Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR ). 

Kadar tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan akan diselaraskan pada tahun 2015 manakala kadar tol bagi NSE Hubungan Tengah, Linkedua dan Butterworth- Kulim Expressway tidak akan diselaraskan sebelum 2015. 

Tiada Pelarasan kadar Tol Untuk Tempoh Enam Tahun

Beliau berkata, kuantum kenaikan kadar adalah lebih tinggi pada kali ini kerana tiada penyelarasan kadar dilakukan untuk tempoh enam tahun bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya walaupun penyelarasan dibenarkan dalam setiap tiga tahun di bawah perjanjian konsesi. 

Ikut Jalan Alternatif Kalau Tak Nak Bayar Tol Tinggi 

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan biasa. Tak perlu susahkan diri melalui lebuh raya bertol. Hmmmm!!!! 



~dipetk dari sumber

December 11, 2013

Tranformasi Felixia Yeap bikin gempar...(?)


Felixia Yeap bikin gempar satu Malaysia apabila imej beliau yang seksi dalam bikini dan aksi ghairah kini 'digantikan' dengan imej berhijab dan berpakaian Muslimah. 

Beberapa Bulan Lepas, Felixia Menyatakan Yang Beliau Gemar Memakai Baju Muslimah (Baju Kurung) 

Felixia Juga Baru-Baru Ini Banyak Bergambar Dengan Memakai Hijab. Felixia Yeap yang terkenal sebagai model Playboy Bunny dilihat mula mengenakan baju yang menutup aurat seperti baju kurung dan tudung. Hal ini bukan saja mengejutkan para pengguna Twitter dan Facebook, malah Felixia yang sebelum ini pernah bergambar seksi berbikini, kini dilihat jauh lebih cantik dan menawan apabila berhijab.

 

 Ibgdnvn 

  

 


December 09, 2013

Kereta PM Kena Langgar...(?)


kereta rasmi PM


Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.

“Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini"


Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.
Mohmad berkata siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah

-Bernama

December 05, 2013

Erma Fatima Bayar Saman Rabecca Guna Duit Syiling 5 Sen...(?)

Isu pergaduhan antara selebriti Rabecca Nur Al-Islam dan Erma Fatima berkesudahan di mahkamah dan Rabecca menang dalam saman Erma Fatima yang akhirnya saman tersebut dibayar oleh Erma Fatima dalam jumlah RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen berserta kitab Al-Quran seolah-olah menyindir Rabecca.

wang syiling 5 sen yang dibayar oleh Erma Fatima kepada Rabecca Nur Al-Islam)


PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.

Erma Fatima bersama wang saman berbentuk syiling 5 sen dimuatnaik di Instagram

Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.

Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.
“Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?
“Biarlah… apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya,” tegasnya.


di petik dari sumber