Siapa kata Polis tak efisyen, cepat & betul...(?)
Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” ditahan 
bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan 
cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah 
Mansor.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata 
lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan 
di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi. 
“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya 
satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya hari ini.
Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu 
siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 
serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan 
kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” 
memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah 
yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.
  | 
| “Syed Saifullah” ditahan | 
Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, 
dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan 
PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai
 terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".
Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong 
Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah 
ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan 
kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
“Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa 
MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui,"
 katanya.
Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) 
Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong 
ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta 
Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama