Apa group lu joint? |
Merajuk dan leave group bukan kesimpulan Melayu susah nak
bersatu. Tun Mahathir pun pernah leave keluar UMNO. Merajuk dan keluar group
itu cuma kesan, tapi banyak penyebab dan puncanya ...
1. Group kawan2 sekolah menengah.
Group ni paling ramai, dari kawan2 seklik aku masa sekolah
sehinggalah budak batch aku yang aku tak pernah tegur langsung. Group ni hanya
diconquer oleh satu klik yang kat sekolah dulu kira budak2 nakal, manakala yang
lainnya jadi ahli senyap, termasuk aku. Kat dalam tu ramai yang dah jadi
pro-kerajaan, so mengutuk PR tu sudah biasa. Aku tahu ada juga beberapa orang
yang pro-pembangkang, tapi mereka tak melawan balik sebab nak jaga hati kawan
lama.
Aku pernah leave group tu sebab perangai tak matang masa
sekolah menengah diorang masih wujud seperti mengejek2 nama bapak, ejek dengan
gelaran2 kita di sekolah dulu dan suka membahan orang dengan peristiwa2 zaman
sekolah yang memalukan yang ingin kita lupakan, padahal sesetengah dari tu tak rapat
langsung masa sekolah, malah pernah gaduh lagi, tiba2 sekarang nak bahan2 orang
pulak.
2. Group kawan2 universiti.
Group ini tak ramai sangat sebab dalam kelas batch aku dulu
hanya ada dalam 20 lebih pelajar lelaki. Group ni best sikit sebab kebanyakannya
memang klik2 kita masa belajar kat universiti dulu, so masing2 memang paham
dengan perangai masing2. Cuma yang tak bestnya bila ada seorang dua yang dah
belajar jauh sikit, dah ada master, dah ada PhD, dah dapat title Dr, dah jadi
pensyarah di sebuah universiti, tiba2 rasa diri macam hebat sangat dan terus
melantik diri sendiri sebagai penasihat dan pengawas group.
Bila berdebat dan bincang apa2 isu, dia tak boleh terima
pandangan orang lain dan merasakan hanya dia sahaja yang paling betul, sambil
memperlekeh dan merendah2kan pandangan orang lain. Selalu bagi ayat2 motivasi
yang dicedok dari Internet tanpa menulis kredit asal, nak menunjukkan kepada
kawan2 lain yang kononnya dialah yang mereka ayat tu. Yang lagi poyonya, ada
kawan2 yang lain memuji, membodek dan mengagung2kan mamat tu. Sebabkan terlalu
menyampah, aku leave group.
3. Group kawan2 sepejabat.
Group ni takde la ramai sangat, adalah lebih kurang 10 orang
je yang terdiri daripada pelbagai jawatan, so ada bos ada orang bawahan. Group
ni bila ada gossip2 pejabat mesti akan dibincangkan dan jadi perbualan hangat.
Kutuk mengutuk bos besar dan kakitangan lain tu perkara biasa. Cuma group ni
aku leave bila ada beberapa geng Clash of Clan asyik borak 24 jam pasal game tu
je sedangkan aku tak main pun. Sebab bosan sangat dengan berlambak2
notification yang takde kaitan menyebabkan bateri phone aku cepat habis, maka
aku pun leave.
4. Group geng2 main futsal.
Group ni orang invite aku semata2 sebab aku pernah turun
main futsal dengan diorang, sedangkan majoriti orang dalam tu langsung aku tak
kenal. Bila perbualan asyik merapu, bincang topik2 yang tak matang, tambah
diorang asyik kongsi gambar dan video lucah je, last2 aku leave je, lagipun aku
dah tak join diorang main futsal.
5. Group jiran tetangga.
Group jiran tetangga ni selalunya aktif dengan berita2
berkaitan keselamatan kawasan taman perumahan, macam ada rumah kena rompak, ada
rumah kena masuk pencuri, ada jiran kena ikat dalam rumah, ada rumah kena kopak
time raya, ada orang negro gaduh kat padang, ada kenderaan dan individu yang
mencurigakan sedang berlegar2 dan meronda2 di kawasan taman perumahan dan lain2.
Group ni membuatkan aku semakin rasa tak selamat duduk kat situ.
6. Group ahli keluarga dan saudara mara.
Group ni boleh kata paling bosan dan senyap. Dalam tu ada
adik beradik, mak bapak, pakcik makcik dan sepupu sepapat. Selalu aktif bila
time nak puasa dan raya je. Time2 lain lebih banyak berkongsi tazkirah dan
berita copy paste. Masing2 tak mau tunjuk perangai sebenar dengan ahli
keluarga.
Begitulah kisah2 biasa dalam group WhatsApp. Orang join
WhatsApp ni pun untuk suka2 berborak dengan kawan je, bukan sebab nak
menyatukan Melayu ke apa. Nak menyatukan Melayu, pi masuk PERKASA... :)
.