November 09, 2016

Voters can't be taken for granted...(?)

.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat menunjukkan para pengundi tidak boleh diambil mudah.

Dalam perutusan tahniah, Najib berkata, 'kemenangan luar biasa' Trump membuktikan amalan pengundian pendapat serta ulasan media adalah salah dengan menumpukan kepada mereka yang terpinggir.

"Kejayaan Trump menunjukkan ahli-ahli politik tidak boleh mengambil mudah pengundi. Undian pendapat dan tokoh-tokoh politik, semua memandang ringan di atas kekuatan sokongan beliau.

"Ikrar beliau kepada rakyat AS yang terpinggir - mereka yang ingin melihat kerajaan lebih menumpukan kepada kepentingan dan kebajikan mereka selain mengurangkan keterlibatan dalam campur tangan asing terbukti bertentangan dengan kepentingan AS - membawa Trump untuk menduduki Rumah Putih," kata beliau dalam kenyataan.

Trump memenangi pilihan raya presiden AS sebentar tadi dengan memperolehi 276 undi menewaskan pencabarnya, Hilary Clinton dari parti Demokrat yang meraih 218 undi.

Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenang Trump adalah Winconsin yang memberinya 10 undi electoral.

Dengan kemenangan itu, Trump yang merupakan bekas ahli perniagaan bergelar jutawan dan personaliti program realiti televisyen itu muncul sebagai presiden AS ke-45 selepas Barack Obama selain presiden paling berusia yang pernah dimiliki oleh AS.

Kejayaan pada 70 tahun dengan kempen bertemakan 'Jadikan Amerika Hebat Sekali Lagi' juga membolehkan Trump menafikan hasrat Clinton untuk menjadi presiden wanita pertama AS.

~dipetik

November 04, 2016

Nothing Impossible…(?)

.



Semuanya mungkin boleh terjadi, biar sesukar manapun yang penting harus mencuba, tapi sebelumnya perlu di ingat bahawa mensyukuri semua rahmat yang telah kita terima selama hidup ini adalah lebih penting.

Apa saja menjadi tidak mustahil dalam dunia ini selain makan kepala sendiri…

Harap maklum