June 28, 2006

PASSWORD PLEASE !

Salam Sejahtera,

Kata laluan atau ‘password’ bukan lagi sesuatu yang asing bagi masyarakat bermaklumat. Menjelangnya alaf baru, aktiviti harian pada hari ini hampir kesemuanya memerlukan ‘kunci’ bagi membolehkan kita menjalankan kerja-kerja dengan lancar.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah mampukah kita mengingat semua kata laluan untuk melakukan pelbagai aktiviti tersebut? Jika kita mempunyai satu atau dua aplikasi sahaja, ia mungkin tidak akan menjadi masalah. Tetapi bagaimana jika ada lebih daripada 10 kata laluan perlu diingat?


Mungkin kita boleh meletakkan kata laluan yang sama untuk semua aplikasi. Tetapi adakah ia selamat?

Hampir setiap hari kita akan memeriksa e-mel, keluar masuk bilik khas, buat transaksi atas talian, menggunakan mesin mengeluarkan wang dan macam-macam lagi yang melibatkan komputer dan kata laluan.

Bayangkan kalau suatu hari nanti kita perlu menjadi 'toilet members' sebelum menggunakan perkhidmatan tandas untuk 'membuang hajat'! Kita perlu melog-in terlebih dahulu sedangkan seluar anda telah pun 'basah' kerana jenuh untuk mengingat semula kata laluan yang entah ke berapa. Tak ke haru di buatnya?

June 21, 2006

CAKAP-CAKAP BOLA II




Riuh satu stadium
riuh satu dunia
permainan sudah selesai
perburuan tetap belum selesai

bendera sepanduk sampah
bertaburan di pinggir arena
ribuan penonton pulang meninggalkan stadium
yang kalah dan yang menang bertukar jersi dan bola

Aku tidak berjanji untuk datang ke arena itu
walau aku nampak bahagia bersamamu di arena itu
tapi aku tidak berjanji akan datang ke sana

Maafkan aku yang tidak faham bahasa bola
bagai sukarnya memahami dua perasaan
ingin sekali aku masuk ke dalam bola
tidur dan baring di dalamnya

June 15, 2006

CAKAP-CAKAP BOLA

Salam Sejahtera,

Mengikut teori sains, planet bumi ini bulat. Dalam tempoh 30 hari ini juga bola yang sifatnya bulat juga menjadi topik hangat perbualan seluruh dunia. Demam World Cup 2006 melanda dunia untuk siri yang ke berapa entah (?).

Media elektronik paling aktif berperanan memanaskan kehangatan sukan bolasepak terunggul dan tertua dalam sejarah sukan dunia ini.

Melihat apa juga jenis iklan yang berkaitan atau dikaitkan secara langsung kepada sukan ini kadang-kadang agak melucukan. Pelbagai produk makanan, minuman , komunikasi, elektrik, apatah lagi produk sukan berlumba-lumba mencipta imaginasi masing-masing dengan tag line atau slogan yang kreatif. Kesemuanya dengan matlamat mempromosi produk untuk keuntungan bersempena World Cup fever ni...


Apa yang agak melucukan apabila produk kebersihan @ sabun basuh juga tidak ketinggalan tersampuk bola dengan menjadikan penyerang sensasi Brazil sebagai model produk. Apa relevannya? Musykil aku...

Kaum wanita agak bernasib baik pada kali ini kerana 'tuala wanita' tidak dijadikan sasaran promosi produk pada World Cup walaupun ada relevannya untuk keselesaan tontonan sepanjang perlawanan berlangsung... :D



Syarikat telekomunikasi pula tak sudah-sudah hantar mesej yang bertemakan World Cup dengan pelbagai tawaran & promosi. Maka ramailah berbilion penduduk dunia mengalami ketidak seimbangan emosi dan mental. Setakat yang aku dengar seorang maut di Thailand setelah ditembak rakan sendiri kerana bersorak keriangan apabila pasukan favouritenya menjaringkan gol! Sadis tuh...

Apapun sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Eksekutif FIFA yang memilih slogan 'A time to make friends, Say no to racism' untuk kejohanan berprestij pada kali ini sebagai mesej menentang perkauman kepada dunia. Kenapa tidak slogan anti perang dipilih?


Barangkali musim akan datang slogan anti perang sesuai kerana pada waktu itu ketika Iran tidak lagi terpilih untuk bersaing dalam persaingan Piala Dunia kerana negaranya hancur lumat di ganyang AS! Who knows...? (Mr. Bush).

June 08, 2006

KITA MEMANG ANEH

Kita selalu menganggap orang lain bangsat! Sementara kita sendiri selalu lupa sebab musabab orang lain jadi bangsat terhadap kita.

Kita selalu menuntut agar orang lain selalu baik terhadap kita sementara kita sendiri tidak pernah baik kepada orang lain.

Kita menuntut orang lain untuk membuat kita selesa tapi kita tidak pernah menanyakan apa yang membuat orang lain selesa bersama kita.

Kita tidak suka apabila dicurigai, dimarahi, dan diperlakukan sewenangnya, akan tetapi kita sendiri lupa apakah kita sendiri memperlakukan orang lain dengan sewajarnya atau tidak?


Kita mungkin lebih pandai mengumpat orang lain daripada mengumpat diri kita sendiri, kita lebih pandai menyalahkan orang lain untuk tiap tiap kesalahan orang lain tanpa berusaha untuk mengkoreksi diri .

Kita selalu menganggap kita baik, kemudian menyalahkan orang lain, menceritakan pada teman teman tentang semua keaiban yang orang lain lakukan dengan melupakan segala aib yang telah kita lakukan.

Kita selalu tidak pernah menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, dan kemudian kita akan sedih dan menyesal, bahkan kita masih menagatakan kita berada dalam situasi yang benar.


Kita tidak pernah belajar dari pengalaman, tapi hanya pandai menuding kesalahan serta kesilapan orang lain terhadap runtuhan tanah, retakan binaan, mendapan jalan, pencemaran alam, kegagalan atau mungkin juga kelemahan kepimpinan baru apabila ada sanggahan dari kepimpinan lama.

Sebaliknya hanya kata-kata keras berbentuk amaran, akta baru yang lebih komprehensif kononnya, sokongan keyakinan terhadap kepimpinan dan banyak lagi cadangan retorik dan alibi baru untuk menyelamatkan diri dan menyalahkan keadaan.

Mana satu kategori kita? Kita memang aneh kan?



...belum pernah sampai lokasi ni, tapi ini ole-ole dari Pangkor. Aneh kan?