October 16, 2006

AIDILFITRI PALING ISTIMEWA DI DUNIA

Aidilfitri adalah perayaan paling istimewa di negara ini bahkan di seluruh dunia Islam. Di dunia Islam lainnya Lebaran hanya sekadar habis berpuasa, bencana perang juga melenyapkan kemeriahan mereka menyambut Syawal. Bagi negara kita segala-galanya meriah ;

  • Tradisi pulang kampung untuk berkumpul dengan seluruh keluarga dan bersilaturahmi saling memaafkan kesalahan masing-masing.
  • Sudah menjadi tradisi pula kita saling kunjung mengunjung dengan teman, handai taulan dan juga jiran tetangga.
  • Kita mengenakan pakaian baru untuk menyambut Syawal yang seolah-olah Tahun Baru dengan Resolusi Baru.
  • Kita juga tidak melupakan jasa-jasa nenek-moyang dengan berziarah ke makam-makam orang tua dan membersihkannya sekaligus.
  • Lemang, ketupat rendang, berbagai jenis juadah kueh mueh dihidangkan kepada keluarga dan para tetamu.

Demikianlah sebahagian dari tradisi menyambut Aidilfitri masyarakat Islam di negara kita. Biar bagaimana meriah sekalipun kita perlu mensyukuri keamanan ini. Buat akhirnya kepada semua pengunjung blog ini, baik yang pernah bersua muka mahupun yg belum pernah bersua dan mungkin juga pernah terlanggar bahu tapi tidak saling mengenali, berhati-hati ketika memandu ke destinasi masing-masing kerana kepulangan kita untuk di rai bukan untuk ditangisi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf lahir-batin.

October 11, 2006

A.S.A.P !

Bulan Puasa ni kadang-kadang malas nak menulis. Tapi nampaknya seperti ada perasaan yang melonjak-lonjak memaksa aku untuk menulis. Hari ini, genap 18 hari aku berpuasa. Waktu-waktu siang dilalui tanpa makanan dan minuman dan sebarang aktiviti yg boleh membatalkan puasa. Bagi aku tiada masalah besar untuk menahan lapar dan dahaga kerana aku bukan jenis orang yg buruk pelantak tapi still maintain 'every body'...

Bagi penagih tegar rokok, inilah masanya untuk mengurangkan aktiviti berasap yang tidak bermoral terhadap kesihatan ini....sangat tidak sesuai untuk kesihatan fizikal jantung anda! Hah! Apa aku tulis tadi? 'Berasap' !

Ya! Asap alias jerebu sedang melanda negara tanah tumpahnya darahku ini, bumi Malaysia yang tercinta. Walau pun ketika berita ini aku tulis indeks IPU sudah semakin menurun tapi kesannya masih jelas kelihatan. Semenjak kebalakangan ini juga tahap kesihatan tekak aku agak merosot, perit, pedih dan rasa nak minum air. Aku yakin amat, indeks kesihatan aku menurun bukan kerana amalan puasa aku, tapi disebabkan jerebu yang melanda negara kita.

Jerebu di senja hari yg melanda negara baru-baru ini- fp Kari.


Jerebu yang terhasil dari pembakaran terbuka di Indonesia dan akhirnya menyampuk juga ke Malaysia. Di sebabkan kerakusan manusia mengeksploitasi alam, maka akhirnya manusia juga yang menerima padahnya!. Dan aku, akhirnya terpaksa membazirkan masa dan duit Raya ku untuk membeli ubat batuk. Dengan sape aku boleh claim?

Dan jumlahnya bukan aku sorang yang mengalami, bahkan jutaan lagi makhluk bernyawa dan tidak bernyawa yg menjadi mangsa jerebu tak bermata ni. Di Indonesia sendiri rata-ratanya masyarakat di sana tidak senang dengan apa yang berlaku dan beberapa siri demonstrasi telah ditunaikan tetapi kabut tetap bergentayangan ke seluruh alam semesta Asia Tenggra ini. Dan selepas ini kemana hala tuju laskar jerebu ini?



Masalah ini berulang dan berulang saban tahun dan setiap kali itu juga berbagai isu dan dana untuk menangani jerebu kembali di perkatakan dan pastinya ia melibatkan angka juta-juta RM atau Rupiah. Perbincangan meja bulat, bujur, empat segi dan sebagainya berlangsung dengan keputusan sebulat suara untuk menangani masalah kabut ini dan komitmen serta tanggungjawab di beri keutamaan tapi hasilnya saban tahun masih sama...Asap, Jerebu, Kabut tetap melanda. Apa dah jadi?

Secara rasionalnya kita akan merasa capek dan bosan kalau terus-terusan dihidang dengan alasan dan masalah yang sama. Namun, aku cuba untuk terus optimis. Masih banyak lagi perkara-perkara indah yang akan berlaku dalam dunia ini. Aku sudah jelak dengan perangai manusia yang membosankan! Syukur lah sekurang-kurangnya aku masih boleh bernafas untuk esok walau dalam kabur jerebu dan berharap kehidupanku akan lebih menyeronokkan…


October 04, 2006

KEMANUSIAAN VS KEBINATANGAN

Ceritera i

Umum mengetahui buaya adalah seekor reptilia dua alam yang ganas, rakus, zalim dan tidak berperi kebinatangan! Dalam kejadian pada 3 September lalu, Mohamad Azuan Hatta, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bako yang sedang mandi di sungai bersama rakannya diserang seekor buaya pada kira-kira pukul 3.30 petang. Salam takziah...


Setakat ini empat ekor buaya telah berjaya diumpan dan diperangkap oleh penduduk Kampung Bako sebagai reflek dari kemarahan dan dendam! Reptilia ini di bunuh dan dibedah siasat. Aktivis alam sekitar, Datuk Dr. Salleh Mohd. Nor berkata, ini kerana buaya merupakan antara spesies hidupan liar terancam yang perlu dilindungi. Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berkata, adalah tidak wajar untuk memburu seekor buaya yang menyerang manusia dengan membunuh semua buaya yang ditemui.

‘‘Kita perlu kaji kenapa buaya menyerang manusia sebelum kita ambil tindakan memburu haiwan itu,’’ katanya. Lantas reptilia-reptilia ini mula kebingungan dan mungkin dalam mesyuarat tergempar komuniti buaya ini, masing-masing kebingungan dan usul yang menjadi isu penting mereka adalah "Do we live in the wrong world?"





Ceritera ii

Seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan menyusuri tepi sungai. Dia melihat seekor buaya yang terperangkap dalam suatu jaring. Buaya itu berkata,

"Hai budak! Adakah kamu mengasihani aku dan mahu melepaskan aku? Sifat ku memang buruk, tetapi ini bukan kesalahanku, kamu tahu bahwa aku diciptakan Tuhan seperti ini. Tetapi walaubagaimana pun penampilan luarku, aku mempunyai kelembutan hati dan sifat kasih seorang ibu. Pagi ini aku sedang mencari makan untuk anak-anakku dan terperangkap disini!"

"Ah, jika aku melepaskanmu dari perangkap ini, kamu pasti akan menangkapku dan membunuhku."

"Apakah kamu fikir bahawa aku akan berbuat seperti itu kepada orang yang sudah menolong dan membebaskanku?"

Kanak-kanak itu termakan pujukan untuk melepaskan buaya itu dari perangkap. tetapi tidak semena-mena sepantas kilat sang buaya menerkamnya! Ketika kanak-kanak itu tersepit diantara dua rahang buaya, dia berkata seraya menjerit,

"Jadi inikah yang kudapat dari perbuatan baikku?"

Dan buaya itu menjawab,"Sudahlah, jangan dipikirkan terlalu serius, sememangnya fitrah ku begini, Allah menjadikan aku buas sebegini. Ini adalah aturan dunia, hukum alam, hukum kehidupan. Seharusnya kamu lebih prejudis dan menghindarkan diri dari spesis kami. Aku hanya mahu hidup mengikut fitrah ku! "

Lalu menjeritlah si kanak-kanak sekuat hatinya, sayup dan semakin sayup....