October 11, 2006

A.S.A.P !

Bulan Puasa ni kadang-kadang malas nak menulis. Tapi nampaknya seperti ada perasaan yang melonjak-lonjak memaksa aku untuk menulis. Hari ini, genap 18 hari aku berpuasa. Waktu-waktu siang dilalui tanpa makanan dan minuman dan sebarang aktiviti yg boleh membatalkan puasa. Bagi aku tiada masalah besar untuk menahan lapar dan dahaga kerana aku bukan jenis orang yg buruk pelantak tapi still maintain 'every body'...

Bagi penagih tegar rokok, inilah masanya untuk mengurangkan aktiviti berasap yang tidak bermoral terhadap kesihatan ini....sangat tidak sesuai untuk kesihatan fizikal jantung anda! Hah! Apa aku tulis tadi? 'Berasap' !

Ya! Asap alias jerebu sedang melanda negara tanah tumpahnya darahku ini, bumi Malaysia yang tercinta. Walau pun ketika berita ini aku tulis indeks IPU sudah semakin menurun tapi kesannya masih jelas kelihatan. Semenjak kebalakangan ini juga tahap kesihatan tekak aku agak merosot, perit, pedih dan rasa nak minum air. Aku yakin amat, indeks kesihatan aku menurun bukan kerana amalan puasa aku, tapi disebabkan jerebu yang melanda negara kita.

Jerebu di senja hari yg melanda negara baru-baru ini- fp Kari.


Jerebu yang terhasil dari pembakaran terbuka di Indonesia dan akhirnya menyampuk juga ke Malaysia. Di sebabkan kerakusan manusia mengeksploitasi alam, maka akhirnya manusia juga yang menerima padahnya!. Dan aku, akhirnya terpaksa membazirkan masa dan duit Raya ku untuk membeli ubat batuk. Dengan sape aku boleh claim?

Dan jumlahnya bukan aku sorang yang mengalami, bahkan jutaan lagi makhluk bernyawa dan tidak bernyawa yg menjadi mangsa jerebu tak bermata ni. Di Indonesia sendiri rata-ratanya masyarakat di sana tidak senang dengan apa yang berlaku dan beberapa siri demonstrasi telah ditunaikan tetapi kabut tetap bergentayangan ke seluruh alam semesta Asia Tenggra ini. Dan selepas ini kemana hala tuju laskar jerebu ini?



Masalah ini berulang dan berulang saban tahun dan setiap kali itu juga berbagai isu dan dana untuk menangani jerebu kembali di perkatakan dan pastinya ia melibatkan angka juta-juta RM atau Rupiah. Perbincangan meja bulat, bujur, empat segi dan sebagainya berlangsung dengan keputusan sebulat suara untuk menangani masalah kabut ini dan komitmen serta tanggungjawab di beri keutamaan tapi hasilnya saban tahun masih sama...Asap, Jerebu, Kabut tetap melanda. Apa dah jadi?

Secara rasionalnya kita akan merasa capek dan bosan kalau terus-terusan dihidang dengan alasan dan masalah yang sama. Namun, aku cuba untuk terus optimis. Masih banyak lagi perkara-perkara indah yang akan berlaku dalam dunia ini. Aku sudah jelak dengan perangai manusia yang membosankan! Syukur lah sekurang-kurangnya aku masih boleh bernafas untuk esok walau dalam kabur jerebu dan berharap kehidupanku akan lebih menyeronokkan…


7 comments:

Masy said...

salam..

fakta lain bkaitan jerebu kali ini..
1. pihak Indonesia turut menyalahkan Malaysia atas keadaan jerebu - Malaysia membalak secara haram di 'kawasan' mereka mengakibatkan aktiviti pembakaran terbuka berleluasa (?)
2. turut secara sinis mengatakan Malaysia tidak seharusnya memandang jerebu sahaja, sebaliknya berterima kasih di atas bekalan oksigen yg disalurkan oleh hutan belantara mereka :)

makin lama makin kelakarlah..ermm..

lady said...

salamm..
teori domino ker..
atau akan jadi riwayat bangau oh bangau..
yang pastinya kemampuan bernafas kita semakin terhad..dan dah jadi mcm unsolved mystery lak..

Apa yang diaorang dah buat sebenarnya yaa..?

wan said...

Ntah berapa byk agreement yg Msia & Indonesia signed sbb kes ni. Tapi kita pon tau Ind main sain aje.. dia bukan ada penguatkuasaan yg cukup & mslh rasuah pula tu. Dia sendiri tokleh amik tindakan pd pelaku, Msia lagilah. But tindakan tubuh tabung by TPM tu (bolehlah) bijak sbb Ind xleh lepas tangan lagi.

Anonymous said...

Deanz,

jerebu turut melanda negaraku yg aku cinta.
Susah bangat nak memandu diwaktu pagi dan senja kerana mata kabur. Kalau drive slowly, nanti vehicle belakang hon dan nyalakan lampu kereta dengan terang, tapi bila drive too fast, its dangerous kerana aku tak nampak dengan jelas sebab jerebu terlalu tebal.

PS: tapi kan, aku seakan akan berada di Genting Higlands yang dingin dan berkabus.

Deanz said...

Masy,
Nada yg sama setiap tahun tp penyelesaiannya tetap belum ada.

Lady,
bukan domino, teori semutz.... :D

wan,
Pencegahan sememangnya berada di tahap yg minima. Mereka perlu lebih bertanggungjawab dan serius menangani.

GM,
kabus di GH memang nyaman tapi yang ni jerubusss bukan kabusss... :D

Anonymous said...

Deanz,

harap harap raya ni kita tak berjerebus!

Deanz said...

GM,
Sama-sama kita menaruh harapan.. :D