December 22, 2006

HUJUNG TAHUN AWAL TAHUN

Selembar lagi kalender dikoyak dan menghuni tong sampah. Tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tarihk keramat 1 Januari 2007, sehari selepas kita merayakan Hari Raya Aidil Adha. Bermulanya tahun baru juga memaksa kita mencampakkan kalender lama yang sarat dengan semua kenangan yang tersimpan di setiap tarikhnya. Zalim kan kita? Kalau lah semudah itu juga kita mampu membuang semua kenangan mual tahun 2006 semudah memuntahkan isi perut kedalam tong sampah, pastinya tahun mendatang akan penuh dengan flora fauna keriangan seindah mimpi di taman kayangan.

Tapi hidup ini bukan sekadar kalendar. Setiap tarikh yang berlalu perlu di corakkan seindah mungkin. Itu mimpi kita... Bahkan setiap dari kita juga mentafsir tahun baru, merayakan tahun kedatangan tahun baru dengan berbagai cara juga berbagai azam.


Seperti juga bandar-bandar besar di seluruh dunia yg lain KL Metropolis juga mewarnai panorama malam hari sarat dengan pesta flora...bla..bla..bla (malas la nak sebut satu-satu) mendenyutkan nadi kotanya! Pusat-pusat hiburan menggeriap, menawarkan pakej hiburan malam meracuni generasi muda dengan gaya hidup metropoliszzz...kununnya. Poket towkey kelab sendat dengan RM, generasi muda bersepah moral bagai letupan bunga api di ruang udara KLCC! Dan, malam tahun baru, seperti yang sudah-sudah, biasanya merupakan puncak pesta bagi mereka yang mencanduinya.

Malam penggantian tahun kali ini sehari sahaja selepas kita menyambut Aidil Adha, Selamat hari raya kepada semua rakan blogger, pembaca budiman, dan juga pelawat-pelawat sekelian. Boleh saja kalau kita jadikan malam tahun baru sbg malam retrospeksi untuk gaya hidup masa depan, celebrate...celebrate jugak la...

Tapi, apa pun, ia adalah sebahagian dari kehidupan kita yang senantiasa berdenyut, mengharu biru penuh gejolak. Suka ataupun tidak. Itulah adanya...

December 13, 2006

TERJATUH KERANA CINTA

Sudah saatnya mungkin, memang anda boleh terjatuh kerana cinta, bukan jatuh cinta, tapi terjatuh kerana cinta. Terjatuh kerana yang anda inginkan menjadi bahagia tidak kesampaian. Terjatuh kerana kenaifan kita sendiri. Terjatuh kerana tidak berjaya memiliki? Terjatuh kerana kita berani berkorban? demi dia? atau demi cinta? Terjatuh kerana kita semua orang bodoh? atau memilih untuk dibodohi? Terjatuh kerana kita seharusnya percaya, bahawa cinta kadang merasuk semuanya, bahkan logik akal sekalipun!


Jika anda rasakan telah bertemu The One dan terpaksa melepaskannya demi prinsip, nama, etika dan norma atau jika kamu rasakan tidak mampu lagi mencintai orang lain sebagaimana kamu pernah mencintai dia, sebaik, seindah, setinggi apapun kualiti penggantinya itu...Jika sesaat kamu pernah berasa separuh jiwamu hilang ketika dia pergi meninggalkanmu untuk mengejar apa yang menjadi mimpinya, kemudian mendapatkan kamu semula yang masih tetap utuh dan mampu setia kepadanya. Sebenarnya anda sedang merasakan salah satu anugerah terbesar dari Nya...