December 22, 2006

HUJUNG TAHUN AWAL TAHUN

Selembar lagi kalender dikoyak dan menghuni tong sampah. Tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tarihk keramat 1 Januari 2007, sehari selepas kita merayakan Hari Raya Aidil Adha. Bermulanya tahun baru juga memaksa kita mencampakkan kalender lama yang sarat dengan semua kenangan yang tersimpan di setiap tarikhnya. Zalim kan kita? Kalau lah semudah itu juga kita mampu membuang semua kenangan mual tahun 2006 semudah memuntahkan isi perut kedalam tong sampah, pastinya tahun mendatang akan penuh dengan flora fauna keriangan seindah mimpi di taman kayangan.

Tapi hidup ini bukan sekadar kalendar. Setiap tarikh yang berlalu perlu di corakkan seindah mungkin. Itu mimpi kita... Bahkan setiap dari kita juga mentafsir tahun baru, merayakan tahun kedatangan tahun baru dengan berbagai cara juga berbagai azam.


Seperti juga bandar-bandar besar di seluruh dunia yg lain KL Metropolis juga mewarnai panorama malam hari sarat dengan pesta flora...bla..bla..bla (malas la nak sebut satu-satu) mendenyutkan nadi kotanya! Pusat-pusat hiburan menggeriap, menawarkan pakej hiburan malam meracuni generasi muda dengan gaya hidup metropoliszzz...kununnya. Poket towkey kelab sendat dengan RM, generasi muda bersepah moral bagai letupan bunga api di ruang udara KLCC! Dan, malam tahun baru, seperti yang sudah-sudah, biasanya merupakan puncak pesta bagi mereka yang mencanduinya.

Malam penggantian tahun kali ini sehari sahaja selepas kita menyambut Aidil Adha, Selamat hari raya kepada semua rakan blogger, pembaca budiman, dan juga pelawat-pelawat sekelian. Boleh saja kalau kita jadikan malam tahun baru sbg malam retrospeksi untuk gaya hidup masa depan, celebrate...celebrate jugak la...

Tapi, apa pun, ia adalah sebahagian dari kehidupan kita yang senantiasa berdenyut, mengharu biru penuh gejolak. Suka ataupun tidak. Itulah adanya...

15 comments:

ita... said...

hi deanz...
samat thn baru...

terpaksa ker meninggalkan segala "bekas luka yg tercatat di thn lalu" agar tidak "berbunga lagi di thn baru?..."

muga dirimu dan keluarga ceria dan berbahagia selalu...

Masy said...

salam..
tahun ni unik utk sy. unik sbb dlm sakit tu ade gembira, dan dalam gembira ada perit. eh.. unik ke tu? biase je pulak rasanye hihi

selamat hari raya aidiladha in advance :)

Anonymous said...

Nice Blog, some interesting info and thoughts, a bit radical for me at times but thats ok.

ChikaDior said...

tiap kali nk masuk tahun baru,
mesti rasa sayu...

:(

Deanz said...

ita,
...perlu meninggalkan tapi bukan untuk dilupakan.Selamat tahun baru juga.

Masy,
yang unik tak semestinya istimewa...selamat hari raya..

Anon,
txs drop.live is opinion and trust... selamat hari raya.

dior,
apa yg buat rasa sayu? buang saja seperti kalender 2006.. :D

wan said...

Selamat tahun baru deanz.

Kengkadang kita tak boleh ubah semua kemungkaran depan mata kan? Tapi kita boleh berdoa agar semuanya kembali normal mengikut lunas Islam.

Dan Selamat Hari Raya Haji juga.

p/s: sekolah dah nak start.. pening!!

Deanz said...

wan,
selamat hari raya & selamat tahun baru juga..

*alaa anak yg sekolah bukan maknya ...buat apa nk pening... :D

Tawel Sensei said...

Jangan buang ke dalam tong sampah kalendar tu. Recycle..hehe :p

Selamat menyambut Aidil Adha, dan selamat menyambut tahun baru 2007 juga deanz.

Deanz said...

tawel,
kita recykcle buat tisu tandas...ok gak tu kan.. :D

Selamaaaaattt...raya mana kali ni bang?

Greenmonster roared said...

Deanz,

selamat tahun baru dan selamat hari raya aidil adha.

mungkin saya akan bersama sebahagian rakyat di tempat saya untuk menghitung 'countdwon' sambil dibasahi bunga api. hehehehe

Deanz said...

GM...
selamat hari raya juga..

semoga berbahagia... :D jangan terbakar kerana bunga api sudah ler...

Noushy Syah said...

Salam ditahun baru..moga Allah memberkati hidup kita semua, insyaallah.

Deanz said...

Noush..
peace...amiiin..

Greenmonster roared said...

Deanz,

masaalahnya skrg, azam tahun lepas tak terlaksana, dah datang tahun baru. camna, haruskah membuat azam baru atau azam lama tu di teruskan? Macam ni kira azam abru jgak tak?

Deanz said...

GM,
Azam apa tu? menurut survey azam paling popular adalah carry fwd azam lama & azam nak kuruskan badan... :D