January 26, 2007

SKETSA HARI LAHIR

'Okey, kita ramai-ramai nyanyi lagu happy birthday untuk Ija…1, 2,3 !’

‘Happy birthday to youuuuu… happy birthday to youuuuu… happy birthday to youuuuu…’

‘Yeaaaaa….!!!’

(ting..tong)

‘Hah sapa tu?’

‘Assalamualaikum semuaaa..!!! hai sayang happy birthday...’

‘Hah! Abang datang yahoooooooooooooooooo….ada bawak hadiah untuk Ija tak?’

‘Ermmmm…..’
‘Tak de la tu….huh! nyampah! Benci ! Tak nak geng lah kalau macam ni…’

‘Sorry la..abang lupa, esok abang belikan teddy bear besar untuk adik. O.k?’

‘Ye la tuh….Janji tau!’

‘Sumpah! Jom kita makan kek dulu..lapar nih!’

(nyam..! nyam..! nyam!…erkkk! alhamdulillah ..kenyang)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(Esok pagi)….

‘Selamat pagi mak!’

‘Ishh..amendenya pagi! Tengok kat luar tu….kan dah tengahari..’

‘Ye ke? Pukul 12.45..bukan kira pagi lagi ke? He he he…’

‘Lantak engkau la Long…’

‘Mak lepas ni along nak kuar cari hadiah Ija’

‘..dan hadiah awek sekali kan?’

‘Mana ada awek mak…RM pun ada ciput je ni…’

‘Ye la tu..pi minum dulu..nasik goring tu pun dah naik sejuk…’

‘Baik mak’… (……….erk..!! Alhamdulillah !)

‘O.k mak kita pergi dulu..’

‘Baik-baik bawak motor…jangan nak merempit jer..’

(Vroooom…!!! Vroooooooooooooooooooooooooooooooommm!!!) ………………………………………! …………………….

‘Mana kedai hadiah ni…?’

‘Hah! Tu pun…’

(Skreeeeeeeeeeeeeeeethhh..!!!)



(dalam Kedai)

‘Mak oiii!… banyak nya teddy bear’

‘Hai…bole saya bantu?’

(ishh! ni aku rimas ni..belum apa2 salesgirl ni dah nyibuk!)

‘ermmm ..nak cari hadiah birthday untuk adik..’

‘Ooooo..yang belah ujung tu sesuai bang…..macam-macam bentuk ada, dalam berbagai gaya , fesyen , warna…bla..bla..bla…’

(ishh! Bagi la chan aku pilih sendiri….aku bukan buta warna , duit aku, aku punya hal lah!..)

‘Yang ni memang sesuai untuk bebudak, last stock, lepas ni dah tak order lagi…’.

(last stock ? tak tanya pun. Nak bankrup ke kedai ni? He hehe..)

‘Eermmm..biar saya buat pilihan sendiri..o.k?’

‘Hah! saya nak yang ni…..’

‘Satu je bang ?’

‘Dua, lagi satu… jap saya cari lagik…’

‘Beli lebih lagi bang…bole dapat diskaun, untuk birthday tahun depan sekali….’

(Hah! Ni yang aku tak suka mula la nak merapu minah ni….buat lawak bodo lak dia..)

‘Hah lagi sekor yang tu…yang color hijau tu…muka pun dekat sama macam awak…’

‘Hehehe abang ni kelakar la, pandai buat joke..’

(sapa lak buat joke…aku serius ni..memang muka dia macam teddy bear….keh..keh,,keh)

‘O.k masuk kotak elok-elok …balut cantik-cantik, paham!..

‘Garang la abang ni…yang lagi satu ni untuk sapa bang?’

‘Yang ni saya nak sedekah kat mangasa banjir…’

‘Ala sekor mana cukup bang…ni mesti nak bagi awek ni….’

‘Eh yang awak ni tanya macam-macam, apa kes? Kang aku tak jadi beli padan muka kau…hah! bape RM?’

‘Abang punya pasal kita bagi murah..RM….jer….’

(Minah ni..nak berkenalan cakap jer la….)

‘O.k thanks…bye…’

(Vrooom!…….Vrooooooooooooooooooooooooooommmm!!!!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


(Dalam perjalanan balik)

‘Mana public phone ni?……haaaa…tu pun…’

tut…tuuut….tut…….tuuut...

‘Hello… bole cakap ngan Lina?’

‘Lina…ermmm Lina mana?’

‘Takkan Lina Hangat kooot…..’

‘Abis tu Lina mana?’

‘Haslina, Haslina alias POYO! Ada tak?’

‘Dia tak de!’

‘Baru sat-sat ni saya dengar suara dia…’

‘Itu suara dia! Ni suara saya..faham? O.k, ini ada mesej untuk awak..dengar!’

(ishhh! Minah mana lah yang getik sangat ni?)

‘Haslina @ POYO dah tak nak kawan ngan awak lagi! Sebab awak takde kereta Wira Limited Edition macam balak baru dia…ada paham? Hubungan awak dengan dia putus sebaik sahaja saya abih bercakap…keputusan adalah muktamad! Disahkan oleh para juri dan hakim!…..’

(betulkah apa yang aku dengar? Ataupun ini hanya gurauan semata tapi memang sedari dulu telah ku duga)

‘Ello minah jap..jap..awak tolong cakap dengan dia. Takat Wira Limited Edition tuh! Aku tak heran! Dia tak tau aku ni versi jejaka Malaya Special Edition tau! Kat Malaysia ni ada sorang je orang macam aku! Kalau dia tak nak aku pun tak hingin!!!’

Tuuuuuuut…….!!!!

‘Huh puas ati aku! Baik aku balik bagi teddy bear ni satu kat birthday girl, satu lagi kat mak aku, dah sure mak aku ketuk pala aku he he hehe……’

(Vrooomm!!!………………..Vroooooooooooooooommmmmmmm!!!! Vroooooooooooooooooooooooooooooooooommmmm!!)

Skreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeth !!! GEDEGANG !!!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhh !!! . . .

...Wing Wong Wing Wong! Wing …wong ! …



Al fatihah…..


~Selamat ulang tahun kelahiran kepada yang meraikannya pada 28 Januari~

January 16, 2007

DI SEBALIK AIR MATA BUSH

Salam sejahtera,

Macam tak percaya apabila Presiden Amerika, GW Bush menangis semasa satu upacara penganugerahan Medal of Honour kepada askar AS, Koperal Jason Dunham di White House.

Benar, dalam majlis penganugerahan sebegitu, apa lagi jika mengenang jasa seseorang, air mata sememangnya tidak mampu ditahan daripada mengalir. Tetapi bagi seorang yang sangat dikenali kerana berhati kering, kalau di Malaysia golongan berhati kering ini hanya sinonim dengan peragut dan perempit jalanan! Maka tidak silap kalau aku menyamakan Bush hanya setaraf mereka.

Tapi kalau kita menyamakan taraf sebaliknya pula, maka peragut & perempit (P&P) ini telah tinggi nilai setatusnya...segah Presiden Amerika @ Polis Dunia. Fuh! Dahsyat tuh. Patut la P&P ni semakin glamour. Kalau dulu setakat senator yg memberi perhatian, tapi sekarang Menteri pun dah mula ambik pot.

Maka tidak nampak keperluan atau kejujuran Bush menitiskan air matanya yang mahal itu. Apalagi selepas apa yang dilakukan di Iraq hampir empat tahun lalu. Namakan apa sahaja kesan perang di Iraq - rakyat sengsara, negara damai bertukar neraka manakala pertelagahan berlaku di sana sini dengan musuh atau rakan tidak lagi dikenali identitinya!

Lebih memualkan lagi, sehari sesudah bersedih, wajah, aksi dan tindakan Bush bertukar rupa. Dalam ucapannya semasa mendedahkan akan menghantar tambahan lebih 20,000 anggota tentera ke Iraq, Bush turut membayangkan ‘gertak’ kepada Iran dan Syria pula dengan berkata, dua negara di rantau Timur Tengah itu melindungi pengganas. Jadi kenapa Bush perlu menangis jika di dalam kepala hotaknya telah ada strategi untuk membelasah Iran dan Syria pula selepas ini?

Apalah sangat hanya kerana nyawa seekor beruk tambatannya maut, Bush sanggup melelehkan air matanya dan sebagai orang waras fikirannya, simpan sahaja air mata berharga itu, bukan mensia-siakannya untuk satu nyawa yang telah melayangkan banyak nyawa orang lain!

*Selamat menyambut tahun baru Hijrah.


Sumber: Utusan Malaysia

January 09, 2007

HUJAN ITU INDAH

Mari kita raikan hujan. Butir-butiran segar yang turun menyiram bumi. Setelah sekian lama rerumput kekuning-kuningan, dedaunan luruh. Setelah mendung gelap berlalu...

Semalam hujan luruh mencurah deras sepanjang hari. Membasahi bumi, merayap ke setiap ruang dan celah. Angin menggoyang kencang cabang-cabang pokok, daun-daun, ranting-ranting menari bersama. Mari kita raikan hujan.


Duduklah sebentar di beranda ini bersamaku. Kita menyanyi berdua. Lagu kesukaan kita, yang lama tidak kita dendangkan. Kita bersimpuh di sini. Menghitung kodok-kodok yang melompat dan bernyanyi memanggil hujan. Cukuplah biar mereka sahaja yang bernyanyi, makanya kita tidak perlu melolong memanggil hujan lagi! Cukuplah selatan, timur dan Sabah sahaja yang kelimpahan air...

Marilah kita raikan hujan sambil mendengar bunyi air yang turun dari cucur atap. Membiarkan wajah menyegar disapa angin basah, bersama daun-daun, ranting-ranting, pohon-pohon, rumput-rumput, kodok-kodok, tanah basah, deru angin. Bersama kita meraikan hujan bersama musibah untuk alam penuh kesyukuran...