January 16, 2007

DI SEBALIK AIR MATA BUSH

Salam sejahtera,

Macam tak percaya apabila Presiden Amerika, GW Bush menangis semasa satu upacara penganugerahan Medal of Honour kepada askar AS, Koperal Jason Dunham di White House.

Benar, dalam majlis penganugerahan sebegitu, apa lagi jika mengenang jasa seseorang, air mata sememangnya tidak mampu ditahan daripada mengalir. Tetapi bagi seorang yang sangat dikenali kerana berhati kering, kalau di Malaysia golongan berhati kering ini hanya sinonim dengan peragut dan perempit jalanan! Maka tidak silap kalau aku menyamakan Bush hanya setaraf mereka.

Tapi kalau kita menyamakan taraf sebaliknya pula, maka peragut & perempit (P&P) ini telah tinggi nilai setatusnya...segah Presiden Amerika @ Polis Dunia. Fuh! Dahsyat tuh. Patut la P&P ni semakin glamour. Kalau dulu setakat senator yg memberi perhatian, tapi sekarang Menteri pun dah mula ambik pot.

Maka tidak nampak keperluan atau kejujuran Bush menitiskan air matanya yang mahal itu. Apalagi selepas apa yang dilakukan di Iraq hampir empat tahun lalu. Namakan apa sahaja kesan perang di Iraq - rakyat sengsara, negara damai bertukar neraka manakala pertelagahan berlaku di sana sini dengan musuh atau rakan tidak lagi dikenali identitinya!

Lebih memualkan lagi, sehari sesudah bersedih, wajah, aksi dan tindakan Bush bertukar rupa. Dalam ucapannya semasa mendedahkan akan menghantar tambahan lebih 20,000 anggota tentera ke Iraq, Bush turut membayangkan ‘gertak’ kepada Iran dan Syria pula dengan berkata, dua negara di rantau Timur Tengah itu melindungi pengganas. Jadi kenapa Bush perlu menangis jika di dalam kepala hotaknya telah ada strategi untuk membelasah Iran dan Syria pula selepas ini?

Apalah sangat hanya kerana nyawa seekor beruk tambatannya maut, Bush sanggup melelehkan air matanya dan sebagai orang waras fikirannya, simpan sahaja air mata berharga itu, bukan mensia-siakannya untuk satu nyawa yang telah melayangkan banyak nyawa orang lain!

*Selamat menyambut tahun baru Hijrah.


Sumber: Utusan Malaysia

11 comments:

wan said...

Hmmm....

Benci tengok muka dia. Macam iras ² m*nyet pun ada.

Greeny said...

Encik semut api
apa kabar skarang?

saya teringatkan kisah peragut yg semakin berleluasa. Jika tidak dibendung dan di hentikan perbuatan mereka, akan mengakibatkan beberapa perkara yang tidak diingini seperti berikut:
a) jumlah angka jenayah makin bertambah,
b) angka mangsa ragut yang mengalami kecederaan makin meningkat,
c) boleh memburukkan lagi image
d) tourist bila membaca kisah ragut akan menjadi ketakutan dan enggan datang.

Masy said...

salam..
airmata penjahat ni kite x tau ape maksudnya. mungkin dia menangis sbb si penerima anugerah ni x mati pulak masa perang,sesia je kene kasik anugerah.

Deanz said...

Wan,
Monyet ni mewarisi dendam bapanya...'bapa borek anak rintik'

GM,
itu yg menjadi masalah pada hari ini dan masa depan..

Masy,
dia menangis sebab, dia masih hidup sehingga hari ini dan sekaligus menjadi hamba tebusan kepada bapaknya sendiri!

meera said...

deanz ko jangan saye lah kat bush tu... dialah pelakon terhebat di dunia, hipokrit... aku mencik dia...

weh sbnrnya nak ucap selamat tahun baru 1428H, moga apa yg ko hajatkan tercapai lah ek, tapi kenala timbang-tara sama... agar yg dikejar diperolehi yg dikendong tak berciciran... hehehe... jangan marah *kenyit mata kat deanz*

Deanz said...

meera,
Memang dia dah menang globe pun..anugerah Pelakon Jahat Terjahat'

selamat tahun baru juga...apa maksud kata-kata mu? ..aku tak kendong apa-apa pun... :D

jed1 said...

Salam deanzz,

Bush 'Semak' tu takkan menangisi kematian kesengsaraan org Islam...menangisi askar dia yg terbunuh tu pun tangisan politik je tu

Lama aku tak singgah sini..harap tuan rumah ni sejahtera selalu

Noushy Syah said...

It's crocodiles' tears abg Deanz!!!

Deanz said...

Jed,
anak bapak katakan...bapak dia dulu pun hati kering juga..

Noush,
He is biggest terrorist in the world...

meera said...

deanz, apa maksud aku ek... aku mls nak tuli pepanjang kang jd entri lak kat komen ko ni...

sape kata ko tak kendong apa2? sbnrnya bkn ko sorang je, tp setiap insan. Kita kendong amanah dan tanggungjawab... so maksud aku dlm kita mengejar impian & cita2 kita, jgn kita lupa dan keciciran amanah dan tanggungjawab yg kita kendong tu... so clear tak? kalo tak clear gak guna eye mo ek... hehehe

Deanz said...

meera,
tq..very clear. aku agak macam tu gak maksud yg ko nak sampaikan....hehehe..