February 26, 2007

TAG DARI WAN

Aku tak tau sama ada ia pelik atau tidak...(?) Tapi bagi aku ia sesuatu yang bukan luar biasa bahkan orang lain mungkin juga melakukannya. Apabila ia menjadi kebiasaan dan merutin maka ia menjadi tidak pelik pada pelakunya. Maka adalah normal sekiranya ia pelik bagi orang lain tapi tidak pada diri kita. Kepada Wan yang mengetag, here u are ;
  • Membaca sambil 'membuang'.

Aku rasa jamban adalah salah satu tempat paling privacy yg aku boleh perolehi. Daripada membuang masa duduk melangu menikmati bau dan mendengar bunyi 'benda' jatuh kedalam lubang adalah lebih baik aku membaca akhbar harian tanpa sebarang gangguan dan minta maaf ler kalau ada orang di luar yang terpaksa menunggu lebih lama sebab aku tengah baca gosip sensasi artis glam Erra Fazira...

  • Tak suka potong rambut.

Ini satu situasi yang amat membosankan aku. Bayangkan anda hanya mampu duduk dengan badan berselimut dengan pergerakan yang cukup terhad. Nak goyang kepala takut silap-silap Encik Barber terpotong telinga...so, terpaksa control macho! Sebenarnya aku lebih rela potong rambut di kepala sendiri, at least aku bole buat aktiviti sendiri iaitu "memotong rambut sendiri".

  • ...dan kuku.

Ini satu lagi aktiviti yang menuntut kosentrasi lebih! Apa yg kita bole buat bila kita sedang memotong kuku? Paling kuat pun hanya boleh menonton tv, itu pun tak leh nak kosentret. Silap hari bulan bukan kuku saja yg terpotong tapi dengan daging kuku sekali. Tak ke haru di buatnya.


  • Suka bertanya (?)

Walau pun aku nampak pendiam tapi sebenarnya aku suka bertanya dan bertanya. Kadang-kadang aku bertanya benda yg nampak simple dan remeh tapi sebenarnya penting. Apa yang peliknya aku hanya suka bertanya tapi memang tak suka menjawab! So, minta maaf ler kepada mana-mana individu yang masih terhutang jawapan dengan aku...mohon halalkan. Tetapi harus diingat dalam setiap pertanyaan aku sebenarnya ada jawapan (?). Dan sememangnya aku dilahirkan untuk bertanya bukan untuk memberi jawapan...

  • Pantang jumpa!

Ini habit yang aku sendiri tak tau entah dari mana aku tersampuk. Aku sememangnya pantang jumpa...(jangan ingat bukan-bukan) kedai elektrik! Berjalanlah kemana saja, lalu depan kedai elektrik aku mesti singgah, melihat , membelek, study dan mengambil maklum terutama perkembangan terkini teknologi audio visual. Aku begitu teruja dengan kecanggihan teknologi terutama produk dari sebelah timur Asia sehingga kadang-kadang towkey kedai tak dapat nak terang apa yg aku nak tau. Penyudahnya dia tanya aku balik.

  • Aku tak tau apa lagi yang pelik pada diri aku, orang lain boleh menilai kottt...

Seperti mana yang di Rules & Regulations kan, each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. At the end, choose 6 people to be tagged and list their names. So now I am tagging ;

  1. Ariel Sharon (are u still alive?)
  2. GW Bush
  3. Mr. John Howard
  4. Forest Whitaker
  5. Osama Laden
  6. Nordin Mat Top

Gua permisi dulu...

February 14, 2007

VIRUS V-DAY

Salam sejahtera,

Paderi St. Valentino adalah merupakan seorang paderi yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting bersama barua-baruanya menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Alkisahnya, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan sudah melanggar tabi'i kepaderiannya apabila menjalin hubungan dengan dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Satu persoalan yang boleh mengundang kebengongan apabila Paderi bernafsu untuk bercinta dan berkasih...(?) Tersampuk virus juga barangkali.

Lantas Ratu Isabella bertanya apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Keadaan ini telah menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin!

Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Walaubagaimanapun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.



...dan pada kali ini, sama ada sekadar suka-suka hati atau mungkin ada agenda tertentu utk mengingati V-Day dengan apa cara sekalipun, para pengguna komputer peribadi dinasihatkan berhati-hati ketika menerima mesej Hari Kekasih kerana disyaki mengandungi virus yang boleh meluluhkan sistem komputer.

“Pengguna perlu berwaspada apabila menerima mel elektronik sebegini yang kebanyakannya berniat jahat,” kata firma keselamatan PandaLabs selepas berjaya mengesan peningkatan cecacing yang digelar Nurech.A. Mel yang mengandungi cecacing tersebut antaranya berbunyi: “Together You and I,” (Kita sentiasa bersama) dan “Til the End of Time Heart of Mine” (Kau di hatiku hingga ke akhirnya).

Penerima yang membuka fail yang disertakan seperti postcard.exe akan menyebabkan virus itu menyerang komputer. Firma Keselamatan Symantec pula berkata, mereka berjaya mengesan ‘spam’ berskala besar dalam mel elektronik termasuk kuda ‘Trojan,’ satu program yang mengandungi virus.

Maka di mana kewajarannya ramai yg turut meraikan budaya Barat ini secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu dan virus apa yang bakal menyerang komputer anda!


...from ijok to SA with idea.

February 05, 2007

BUKAN MANUSIA



Salam...

Kalau kita tidak pernah berbuat salah, itu namanya bukan manusia. Kalau kita tak pernah menyusahkan orang lain, itu namanya bukan manusia. Kalau kita tidak pernah menyakiti atau disakiti juga namanya bukan manusia... Kamu sendiri manusia atau bukan (?)