February 14, 2007

VIRUS V-DAY

Salam sejahtera,

Paderi St. Valentino adalah merupakan seorang paderi yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting bersama barua-baruanya menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Alkisahnya, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan sudah melanggar tabi'i kepaderiannya apabila menjalin hubungan dengan dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Satu persoalan yang boleh mengundang kebengongan apabila Paderi bernafsu untuk bercinta dan berkasih...(?) Tersampuk virus juga barangkali.

Lantas Ratu Isabella bertanya apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Keadaan ini telah menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin!

Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Walaubagaimanapun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.



...dan pada kali ini, sama ada sekadar suka-suka hati atau mungkin ada agenda tertentu utk mengingati V-Day dengan apa cara sekalipun, para pengguna komputer peribadi dinasihatkan berhati-hati ketika menerima mesej Hari Kekasih kerana disyaki mengandungi virus yang boleh meluluhkan sistem komputer.

“Pengguna perlu berwaspada apabila menerima mel elektronik sebegini yang kebanyakannya berniat jahat,” kata firma keselamatan PandaLabs selepas berjaya mengesan peningkatan cecacing yang digelar Nurech.A. Mel yang mengandungi cecacing tersebut antaranya berbunyi: “Together You and I,” (Kita sentiasa bersama) dan “Til the End of Time Heart of Mine” (Kau di hatiku hingga ke akhirnya).

Penerima yang membuka fail yang disertakan seperti postcard.exe akan menyebabkan virus itu menyerang komputer. Firma Keselamatan Symantec pula berkata, mereka berjaya mengesan ‘spam’ berskala besar dalam mel elektronik termasuk kuda ‘Trojan,’ satu program yang mengandungi virus.

Maka di mana kewajarannya ramai yg turut meraikan budaya Barat ini secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu dan virus apa yang bakal menyerang komputer anda!


...from ijok to SA with idea.

9 comments:

Greenmonster said...

HI semutapi,
thanks for sharing secebis cerita dan peristiwa tentang valentines day.
hari valentines day ni sebenarnya merepek dan too commercialise.

Untung si penjual bunga, penjual coklat, penjual kad dan restoran kerana si mabuk asmara akan membuang duit mereka hanya untuk stau hari sahaja. So hari hari yang lainnya camna, tak berkasih lagi ke?

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Abgjas pun bukan peserta sambutan St.V-day nih..tp yg menarik, pelbagai versi mengenainya yg pernah abgjas dgr n baca.

Tp, benar spt kata Greeny, byk pihak mengaut keuntungan yg bukan sedikit menjelang 14 Feb.

Deanz said...

GM & abg Jas,

yang kaya depa..yang habis duit orang2 kita.

sememangnya banyak versi tentang cerita V-day ni, yang mana satu betul kita pun tak tau...

meera said...

berbuih-buih la mulut mufti2 dok terangkan VD ni menyalahi islam... tapi org islam ari ni hatinya dah hitam berkilat... guna clorox pun payah nak putih... jgn sampai terbatal iman tergugur aqidah sudah lah...

wan said...

Aaa ngantok. Setiap tahun menjelang 14 Feb, walaupun emel pasal asal-usul V-Day diulang hantar, mufti ulama melarang sambutan, tetap ada radio dan TV yang masih buat iklan, peraduan, kata2 ucapan V Day lagi.

Malaysia maju.. majulah tu..

Uwekk

Masy said...

salam..
susah nk sekat iklan, peraduan dll yg bkaitan dgn VD kat negara kita sbb kita kan masyarakat majmuk gitu. yg penting org kita - nk ke taknak tolak mende2 gini..

Deanz said...

meera,
sekadar utk tau, itu tak salah..tapi take part itu yg silap. txs komen..

Wan,
itu kan namanya dasar keterbukaan...apa kata orang tu..dasar langit terbuka.. :D

Masy,
masyarakat majmuk, betul juga tu...tapi probnya orang kita `majmuk`kan semua... :D

13may said...

helo....
tersesat datang sini....

limau ada???

:)

Deanz said...

13may,
txs drop..limau ada tapi dalam perut... :D