July 04, 2007

PUBLISITI

Salam...

Ada berbagai cara untuk kita meraih publisiti. Golongan selebriti dengan gaya dan cara tersendiri, bukan sahaja bakat malah cerita di sebalik tabir sering disensasikan dan lebih menonjol berbanding kebolehan mahupun karisma.

Ada pula yang terhegeh-hegeh mencari publisiti murahan dengan mengambil kesempatan di atas popularati orang lain. Terhegeh-hegeh hanya kerana duit ataupun glamer. Disangkanya, dunia glamer akan membawanya terbang tinggi! Akan menyenangkan hidupnya dan merubah segala suratan takdir. Publisiti kepada golongan selebriti ada membawa labanya yang tersendiri. Namun tak mustahil, ia akan jatuh dek kerana belum serasi dengan dunia gemerlapan bintang atau mungkin lupa dengan ketinggian yg boleh membunuh! Media juga terlibat sama dalam mensensasikan publisiti. Bagi mereka golongan ini ada 'news value' .



Berbeza dengan publisiti yang di alami oleh Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Baginda dalam perbicaraan pembunuhan kejam Altantuya seorang warga Mongolia. Pada ketika ini publisiti meluas media tempatan dan luar negara meningkatkan rating news value sekaligus sistem perundangan negara kita (dalam kes ini) sedang dinilai oleh dunia.

Wartawan bertungkus lumus memberikan liputan selari dan terkini. Kedua dua belah pihak kelihatan berpuas hati dengan laporan media. Ketika ramai yang membuat berbagai teori tentang keberkaitan dan tidak keberkaitan (?) ada satu kenyataan daripada Razak Baginda yang menarik perhatian kita, beliau menganggap apa yang dilaluinya sebagai satu proses pemurniaan yang akan berkekalan. Dalam kekalutan itu juga Razak mula mengenali siapa rakan sebenar.

Secara teorinya, publisiti mudah diraih dengan berbagai cara serta peluang yang ada. Proses mengenal diri dan rakan waktu susah cara Razak juga satu teori yang boleh diterima pakai tetapi apakah kita sanggup menempuhinya?

8 comments:

Greenmonster said...

deanz,

memang benar dan sungguh nyata. teman ketawa ramai diluar sana. mereka adalah temandi waktu senang dan penuh kenikmatan.

tetapi, berapa ramaikah teman yang sudi mengusung kita kekuburan, memtalkinkan kita, sedekahkan kita dengan doa dan bacaan yasin di setiap petang jumaat?

Deanz said...

GM,
hanya jauhari yang mengenal manikam, intan, berlian dan kaca.. .

noorlara said...

deanz,
ada gak org yg tak perlu cari publisiti sebaliknya dirinya dikejar untuk mempublisitikan sesuatu produk atau perniagaan, aku dok tengah fikir macamana nak publisitikan kuih rayer ni, ahahaha ramadhan dah dekat beb!

Deanz said...

noor,

kalau nak publish kat blog ni..dah sure kena bayar..tp kalau nak publisiti free buat la kueh raya tapi isi dgn peluru pistol ke...dah sure front page paper esok hari... :D

©Opah De said...

Salam Deanz...
OD membalas kunjungan. Lama tak nampak. Sibuk ek?

Biasanya, kita akan melalui proses pemurnian seperti yang dilalui oleh Razak Baginda itu apabila nyawa berada di hujung tanduk.

Persoalannya, adakah proses pemurnian itu akan terus subur di hati selepas berakhirnya kemelut yang melanda diri atau ianya akan berkubur setelah keadaan kembali selesa dan kita berbalik semula ke peribadi sebelum bencana menimpa?

Dan semasa menjalani proses pemurnian ini, patutlah kita memandang semula ke belakang dan tanyakan kepada diri kita sendiri soalan ini:- Suatu ketika, seorang yang kita panggil sahabat dirundung malang. Di manakah kita? Di sisinya sehingga dia kembali ceria atau menghilangkan diri kita kerana bimbang akan terheret sama dalam nestapanya?

Deanz said...

OD,
txs kerana memberi pendapat. mmg ramai yg sekadar simpati, bukan empati...

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

紅燒魚takesi said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚