May 28, 2008

Hanya Untuk Hari Ini...




JUST FOR TODAY, I RELEASE ALL WORRY


JUST FOR TODAY, I GIVE THANKS FOR ALL MY MANY BLESSING


TQ FOR ALL MEMOIR...



May 11, 2008

Masjid Negara: Sebuah Catatan Selepas Solat Jumaat

14:05

Lama tidak menjejakkan kaki ke masjid Negara, fenomenanya masih sama seperti dulu-dulu juga. Jalan sekitarnya menjadi sesak menjelangnya waktu Solat Jumaat. Jalan susur bersebelahan masjid juga masih seperti dulu sesak sesau dengan peniaga jalanan dengan berbagai produk jualan, sebut apa sahaja barang jualan yg terlintas di benak hampir semuanya ada di sini. Suasananya sama seperti Jalan Pasar di Pudu, tak jauh bezanya. Paling banyak gerai makan dan inilah masanya penjual pancung leher pembeli yang kelaparan. Kalau tak percaya cuba try test tengok! Seminggu sekali makan kat depan masjid Negara apa salahnya? Daging masak kurma dengan acar timun pahit lagi tawar hanya RM8.00. Masih murah bagi warga ibukota yang berpendapatan tinggi seperti aku…(uweeekkk…muntah hijau!) sedangkan kat cafĂ© ofis boleh dapat dalam sekitar RM4.50!



14:21

Satu lagi fenomena yang tak berubah dari dulu dan seakan menjadi trade mark kaki lima Masjid Negara ialah kehadiran pengemis jalanan dari berbagai gender dengan berbagai gaya dan gelagat. Senang cerita modus operandi si pengemis ni memang boleh mendatangkan simpati kepada sesiapa sahaja. Mereka sememangnya mempunyai skill untuk mengekspolitasi si penderma.

Lalu aku terpandang seorang pengemis muda berseluar jeans, bert-shirt warna biru dan bercap yang di pakai secara terbalik…Wah stailo pengemis nih! Aku tengok dalam tupper wear yang dia letak depan dia boleh tahan RM dan syiling yang dia dapat dan mungkin juga itu hanya sebahagian kecil kutipan pada tenghari Jumaat itu tetapi sebahgian besarnya mungkin disimpan dalam beg sandang yang ditindih pehanya sebagai alas duduk…(?).

Aku berani mengandaikan pendapatan dia pada tengahri Jumaat itu sahaja mungkin lebih RM50.00. Satu pendapatan yg cukup lumayan hanya berbekalkan tupper wear plastik dan mimik muka sememeh. Dan hari itu juga dia mampu makan nasi beryani gam di resroran Haslam tapi aku hanya makan di kaki lima masjid Negara di bawah terik matahari…sadis tuhh! Syukur Alhamdulillah ada juga rezeki aku.

Padahal secara fisikalnya, aku tak nampak apa-apa kecacatan pada tubuhnya dan sememangnya dia tergolong layak sebgai orang yang mampu bekerja, tidak buta, tidak kudung dan tidak tua mahupun uzur yang lain. Bahkan aku berani mengatakan kalau dia ada motor kapchai merempit sepanjang Jalan Raja Laut atau Jalan Kuching atau jalan-jalan rempit yang sewaktu dengannya, sekali petik tujuh belas minah rempit sanggup bonceng kapchai dia sambil menonggekkan punggung mencelah berseliweran di celah-celah kesesakan lalulintas. Percayalah cakap aku!

Lantas apa kejadahnya dia mengemis? Cuma aku tengok dia nampak comot la dengan gigi tak pernah bergosok kot, kuku hitam tak berpotong, daki lebih tebal dari bedak Farah Fauzana. Itu sahaja kekurangan dia…tapi tu semua bole make over kannn…


14:35

Tut…tut…
Member ofis baru aku yang susur galur keturunannya Malbari mix Jepun hantar mesej…’Woi! Pisang goreng aku mana? Ko pegi tebang pokok pisang dulu ke? Aku dah kebulur ni…’. Heh! Apahal la dia ni tengahari buta makan pisang goreng. Tak paham betul aku. Okeylah Intipati dari catatan aku, bukan semua pengemis adalah pengemis. Namun semua terpulang kepada sikap serta persepsi kita sendiri untuk menderma atau tidak. Di sisi lain, kerajaan BN, PKR, Pas atau DAP yang disebut-sebut bertanggung jawab terhadap kesejahteraan rakyatnya juga harus berfikir keras untuk mengatasi masalah ini, bukan hanya diam tidur melihat pengemis-pengemis yang mungkin menjadi simbol kemiskinan negara…

Sekian.

May 03, 2008

Hidup Ini Satu Pilihan

Salam sejahtera,

Bermula sebelum lahir, kita memang sudah di beri pilihan oleh Yang Maha Kuasa, menjadi lelaki atau perempuan, menjadi anak orang kaya atau anak orang miskin, setelah sekolah menjadi cerdik atau bodoh, setelah bekerja menjadi bos atau kuli, setelah mati masuk surga atau mungkin neraka.

Kita sedar bahawa hidup memang penuh dengan pilihan, apabila harga beras melompat lebih tinggi lalu kita di sarankan agar memilih alternatif lain sumber asas makanan kita dari beras mungkin kita perlu makan sayuran hijau untuk lebih vegetarian (relevankah?) atau mungkin kita perlu makan hati saja untuk terus membiarkan harga beras naik (?)


Standardlah...di negara yang cemerlang gemilang dan terbilang ini, apabila harga barangan naik maka akan ramailah orang yang bernas idea sebernas padi Bernas memberi berbagai alternatif untuk rakyat buat pilihan selain dari pilihanraya...