May 03, 2008

Hidup Ini Satu Pilihan

Salam sejahtera,

Bermula sebelum lahir, kita memang sudah di beri pilihan oleh Yang Maha Kuasa, menjadi lelaki atau perempuan, menjadi anak orang kaya atau anak orang miskin, setelah sekolah menjadi cerdik atau bodoh, setelah bekerja menjadi bos atau kuli, setelah mati masuk surga atau mungkin neraka.

Kita sedar bahawa hidup memang penuh dengan pilihan, apabila harga beras melompat lebih tinggi lalu kita di sarankan agar memilih alternatif lain sumber asas makanan kita dari beras mungkin kita perlu makan sayuran hijau untuk lebih vegetarian (relevankah?) atau mungkin kita perlu makan hati saja untuk terus membiarkan harga beras naik (?)


Standardlah...di negara yang cemerlang gemilang dan terbilang ini, apabila harga barangan naik maka akan ramailah orang yang bernas idea sebernas padi Bernas memberi berbagai alternatif untuk rakyat buat pilihan selain dari pilihanraya...

4 comments:

Blackcat9183 said...

Hi Deanz,
walaupun kita mempunyai alternatif selain memakan nasi, tetapi dapatkah kita menukar selera ataupun menu seharian.

Ia bukannya semudah kata-kata. Cuma cara yg baik, ialah kita harus kurangkan permakanan nasi, ia juga dapat membantu kita kuruskan badan yg dah seperti guni beras.

Blakcat aka Greeny

Deanz said...

BC,
aku tak boleh nak kurangkan nasi sbb aku memang nak mengguni beraskan badan aku.... :D

Masy said...

minum air jelah...

Deanz said...

masy,
air tanak nasi ke?