June 18, 2008

Shit Lah !




Salam sejahtera,

Kadang-kadang aktiviti memerhatikan gelagat orang menjadi sangat menarik, tak tau kenapa. Sesetengah dari kita perasan yang diri kita betul selamanya. Kadang-kadang makhluk Tuhan yang bernama manusia bila berkata-kata ibarat dia lah Raja Kayangan yang bertakhta di puncak Singgahsana tanpa mengira kesan dan impak yang bakal di terima. Maka memang benarlah kata orang-orang pada suatu masa dahulu terlajak perahu boleh gostan tapi kalau terlajak kata...sendiri mau ingat. Kita hanya manusia yg tidak lari dari melakukan kesilapan. kata-kata yg terkeluar itu menunjuk kan peribadi mereka sendiri dan tetap show off yg anda sebenarnya mempunyai kelemahan seperti kes Rosnah Mat Aris...ni contoh je la...Itu salah satu kebodohan diri sendiri yg bukan datang dari Allah tapi dari sebuku otak yang jahil.

Okey lah, itu sedikit mukaddimah dari pemerhatian aku dari alam sekeliling, orang-orang sekeliling dan makhluk-makhluk Tuhan di sekeliling aku.

Satu lagi tabiat manusia ni walau setinggi mana darjat kepandaian atau kekuasaannya pun kadang bertindak ikut isi perut. Mulut telan apa sahaja yang disumbat, berlaku proses perkumuhan dalam perut, masuk dalam toilet, meneran secukup rasa...shittt terpacul keluar dari lubang dubur! Mudah kan? Nah! ambik kau. Ini hasil seni dari perut aku secukup rasa, warna dan baunya sekali. Kalau korang rasa okey, korang boleh balun sampai penuh tembolok! Yang penting tembolok mesti penuh. Izinkan aku mencarut sebentar, kerana jari jemari ku kadang-kadang tegar dengan frasa-frasa yg sebegini rupa.

Tapi kalau korang tak suka shit aku, nanti aku buat proses perkumuhan lain atau aku ubah gaya hidup...ooopss! Bukan gaya hidup tapi gaya pemakanan aku. Mudah kan? Sebab aku yang buat keputusan. So korang kena terima je lah. Hidup kena teruskan jugak kannn...

Sekarang ni Orang Siam, Orang Singapura, orang planet Pluto sekalipun kalau nak isi minyak kereta lori bas motor motorbot atau kalau nak minum minyak petrol pun dah boleh dah kat Malaysia ni. Tapi dengan syarat kena bayar lebih RM0.78 hingga RM1.00...tak banyak kan? sikit jer..Dulu memang tak boleh tapi sekarang dah boleh lah sebab dah tarik balik keputusan lama...boleh banyak untung tuh.

Tapi ramai orang tambah bising macam tak puas hati..semua Barang Naik, nampak tambah kacau bilau, itu tak kena, ini tak kena. Apa ke jadahnya nih! Relax la bro, nanti kita orang fikirkan product shit yang baru yang lebih lazat lagi. Korang akan dapat sekitar RM150 hingga RM650..kira macam bonus tak langsung juga la tu dan kita janji harga barang takkan naik, caj itu takkan naik, caj ini lagi la tak patut naik! itu tak naik, ini tak naik...blablablablablabla...

Tup tup...kecoh pulak gaji kakitangan gomen nak bayar ciput ciput. Tiba-tiba jer senak perut rasa nak tershit, tarik seluar dalam terus lepas! Ye la takkan nak simpan kot tak baik untuk kesihatan tuh! NUTP dalam satu kenyataanya berkata kebanyakan ahli NUTP tidak bersetuju kerana pembayaran gaji dua kali sebulan itu menyukarkan pengurusan kewangan kakitangan awam. Masalah utama yang rakyat hadapi adalah peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang. Walaupun gaji dibayar dua kali, jumlahnya tetap sama dan ia tidak akan meringankan beban, malah menyukarkan lagi mengurus kewangan. Lain lah kalau sebulan di bayar dua kali gaji penuh, baru lah cekap urusan kewangan.

Apa pun budaya buat keputusan dulu, kaji kemudian nampak mula menjadi trend baru dalam pentadbiran negara dan nampak sangat haru biru jadinya. Aku pun boleh buat keputusan kalau setakat nak shoot shit kat mana-mana lepas tu, orang nak terpijak ke, nak terpalit ke... korang settle sendiri...Shit lah!

13 comments:

Masy said...

salam..
byk sgt tido kot, smpi xleh beza nyata dan mimpi..

Semut Api said...

Masy

...sebab depa suka bermimpi di alam nyata... :D

Dong_Sanchai said...

org awam jugak yg kena menghdap eh

AbGJaS said...

Hi Deanz,
Bagus sekali analogi shit tuh..
Budaya buat keputusan dulu baru kaji, memang cara gomen skrg (yg menyusahkan!)

Shit saja dulu, baru tanya mana jamban... Dah habis org terpijak, baru nak offer itu dan ini!!

Semut Api said...

Dong..

Kat sana depa buat demo juga kan?
tapi public trans jauh lebih baik dr kat sini..so tak de la prob sgt...


abg jas,
txs cikgu...tambah huru hara bila ada usul hilang keyakinan kpd pucuk pimpinan..apa cerita orang Sabah yang lain?

shafarina said...

kita dah katam dah buku SHIT tuh...


SHIT kali ni.. lagi teruk... hampir2 ke cirit

Semut Api said...

Wan,

aku beli buku tu pada harga RM3 setelah diharamkan..

setakat cirit tak apa tapi kalau dah terkeluar tali perut baru nak gelabah..haru biru dibuatnya...

Anonymous said...

aku rasa malaysia ni makin teruk..kalau paklah masih lg jd pm...he must resign...

Semut Api said...

siddiq,

kita tunggu hingga hujung tahun ni apa akan terjadi..

Blank said...

deanz,
nak buat camna.
kalau tak de minyak kete tak jalan.
terpaksa lah kayuh pelan pelan.

Semut Api said...

BC,

datang le keseberang tambak, sebelum kena beli minyak tanpa harga subsidi bro... :D

meen said...

salam deanz,

uweeeek nak muntah..

mmg shit lah!

Semut Api said...

meen,

muntah dari atas...shit dari bawah.. :D