August 27, 2008

Anwar Kembali ke Parlimen

Salam sejahtera,


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan penguasaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu hari ini dengan majoriti 15,671 undi. Jumlah itu lebih besar berbanding 13,388 undi majoriti yang diperoleh PKR pada pilihan raya umum Mac lalu melalui isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Anwar, 61, yang memperoleh 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, yang meraih 15,524 undi.


Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah menerima kekalahannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka dan berjanji untuk terus memberi perkhidmatan kepada penduduk kawasan itu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan akan melakukan perubahan yang perlu bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).Beliau berkata, keputusan pilihan raya kecil itu mencerminkan amalan demokrasi yang segar di negara ini dan jelas menunjukkan tiada unsur manipulasi. Bagaimanapun, katanya, BN akan mengkaji dengan mendalam kelemahan jentera pilihan rayanya walaupun ia sebenarnya berjalan dengan baik.

Apa yang pastinya Anwar akan kembali ke Parlimen dan apakah beliau akan merubah tampuk kepimpinan negara atau senario politik tanahair akan semakin mencabar ...(?)


* Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 51 *

2 comments:

Anonymous said...

deanz,
Samalah kita berdoa agar Malaysia mendapat pemimpin yg terbaik untuk kita dan generasi kita akan datang!!!

kalau tak baik kita terajang pi hahahaha

Semut Api said...

Noor,

Kalau ada yang pura-pura baik macamana?