September 19, 2008

Sekadar Ucapan Selamat Hari Raya

Salam Sejahtera,

Sekadar ucapan biasa apabila menjelangnya Aidilfitri. Ucapan tanda kemenangan dan kesyukuran setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Suasana riang ria terlihat sini sana tua dan muda berpakaian serba baru miskin kaya pun turut bergembira.Kunjung-mengunjung satu sama lain sebuah desa bagaikan bersaudara teruskan amalan desa di kota, kesibukan kerja bukannya alasan, kita beraya selama sebulan.

Dalam kemeriahan suasana Aidilfitri kaum wanita lah yang nampak lebih happening baik dalam gaya berpakaian ataupun berfesyen. Tidak seperti lelaki, simple tetapi meyakinkan. Cumanya jangan keterlaluan berhias sehingga kelihatan seperti Kereta Berhias di jalan raya pada hari Raya.


Mohon maaf atas segala keterlanjuran yang disedari mahupun tanpa disedari kepada yang mengenali secara langsung ataupun tidak. Selamat Hari Raya Aidilfitri.


September 17, 2008

Zaid Ibrahim; Jebat atau Nadim?

Salam Sejahtera,

Datuk Zaid Ibrahim semalam mengumumkan tetap dengan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meskipun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini mahu beliau mempertimbang dan memikirkannya semula.


"Walaupun Perdana Menteri cadang saya cuti, saya ucap terima kasih. Saya tidak letih. Saya hanya kecewa. Saya juga berharap Perdana Menteri akan berjaya mengatasi masalah dan cabaran yang ada dan berharap beliau dapat kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO" Katanya pada sidang media semalam yang dihadiri puluhan wartawan dari dalam dan luar negara, Zaid mengakui kemuncak kepada kekecewaannya adalah apabila kerajaan memutuskan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas wartawan dan Ahli Parlimen.

Penahanan tiga individu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini adalah penyebab utama peletakan jawatan. "Saya tidak menduga wartawan adalah ancaman kepada negara... ISA perlu hanya diguna terhadap pengganas!" tambah beliau.


September 03, 2008

Anwar Ibrahim Dan Pak Lah Juga Berpuasa

Di sebuah sekolah, seorang murid ditanya oleh gurunya tentang takrif sebuah keluarga miskin. Beginilah jawapanya: " Sebuah keluarga miskin adalah di mana bapanya miskin, mamanya miskin, anak-anaknya miskin, pembantu rumahnya miskin, pemandunya miskin, tukang kebunnya miskin, jaganya miskin, babysitternya pun miskin. Pendek kata semuanya miskin-miskin belaka..."


Pada bulan Ramadhan ini banyakkanlah bersedekah kepada orang yang kurang berkemampuan bukan bersedekah kepada orang miskin yang berkemampuan. Allah menjamin akan melipatgandakan pahala dan rezeki bagi kita jika kita ikhlas dalam bersedekah. Tidak akan ada seorang pun yang menjadi miskin untuk menikmati hidup ini dengan bersedekah.


~Selamat Berpuasa~