Jet pejuang ATM |
Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh
kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi ini.
Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara.
Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.
Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.
Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat
merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.
Wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20
kilometer dari Kampung Tanduo melaporkan letupan ketiga paling kuat
sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat beliau
menginap.
Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.
Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo
dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada
pukul 10 pagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan hari ini
berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga
maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat
memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu
tidak berjaya.
"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh,
rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka,"
katanya.
Najib berkata, Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari
selatan Filipina yang mendakwa diri mereka sebagai "Tentera Sulu" di
Sabah telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di
kawasan itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari
kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
"Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa
penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan, pihak berkuasa
negara ini akan bertindak," katanya.
Najib berkata, sejak pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu
pada 12 Februari lepas, kerajaan mengambil pendekatan untuk
menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
"Polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan
penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang
tindakan undang-undang yang serius," katanya.
Najib berkata, sebagai negara Islam yang cintakan keamanan, dan
mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha
untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak
berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah,"
katanya.
BERNAMA
2 comments:
berlembut sgt awal2 tu.. hmmmmm
may be yes, may be not...
mereka yang terlibat lbh mengetahui...
Post a Comment