anwar khalid azizah azmin |
Seperti yang dijangka oleh kebanyakan pihak berdasarkan beberapa
situasi, termasuklah amaran keras kepada Saari Sungib dan Hasnol
Baharuddin yang tidak dikuatkuasakan, PAS akhirnya membuat U-Turn
apabila hasil mesyuarat AJK PAS Pusat mengumumkan bahawa TELAH SEBULAT
SUARA untuk menarik kembali sokongan kepada Khalid Ibrahim dan
memberikan sokongan kepada Wan Azizah serta Azmin Ali.
Walaupun PAS telah dimaki hamun dan dicerca ekoran lambat membuat keputusan sama ada membiarkan PKR dan DAP terus menjajah parti tersebut, akhirnya keputusan yang dipengaruhi oleh kumpulan Anwarinas dalam Jawatankuasa PAS Pusat menyebelahi Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh PAS agar mereka diterima di dalam Pakatan Rakyat itu, tidak efektif sehinggalah DYMM Sultan Selangor kembali pada 27 Ogos nanti. Penyenaraian nama Wan Azizah dan Azmin Ali juga bukanlah mutlak memandangkan Khalid Ibrahim masih mempunyai satu lagi pilihan iaitu, membubarkan DUN Selangor atas nasihat DYMM Sultan Selangor.

No comments:
Post a Comment