Melayu bukan sahaja berpecah kepada dua, malah lebih
daripada itu. Piliharaya hampir serentak di Rompin & Permatang telah
menyaksikan segala macam tohmahan yang muntah dari isi perut pengamal politik!
yang bakal menjadi korban masa depan hanya rakyat dan generasi
akan datang…makanya tidak hairan suatu hari nanti ada yang berani kencing
berdiri di batu nisan kuburan mereka.
Sama seperti di ruang organisasi pejabat, Organisasi besar
jarang kedengaran orang curi tulang sebab rasa motivated dan tempat kerja menarik.
Selalu ada free time. Boleh sembang-sembang, tak buat lawak sampah. Masing-masing ada persaingan yang sihat.
Organisasi kecik…penuh dengan undang-undang mengarut dan
ramai juga yang mengarut langgar undang-undang. Selalu stress sebab selalu kena
tekan. Masing-masing berusaha nak naik
dengan cara jatuhkan orang lain. Sorang
marah, semua marah.
Ini belum kira culture makan, culture pergaulan, culture on
and off office hour. Ini adalah antara
bias-bias yang bakal menghasilkan perang politik dalam organisasi. Yang tak tau
hujung pangkal tenganga macam orang gila. Tak pun macam katak tunggu lalat
masuk dalam mulut. *Sendiri sentap*
Sama seperti sepohon pokok terasnya tetap satu, lantas kita
berpisah di cabang... ke kiri dan ke kanan, Walau akan berpisah pula di ranting terasnya tetap satu! Begitukah perinsip
kita ?