Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) kecewa dengan
tindakan yang diambil ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) yang terbabit dalam siasatan dikendalikan suruhanjaya itu.
Pengerusinya, Tan Sri Johan Jaafar, berkata adalah perlu
SPRM dibenar menjalankan tugas seperti termaktub dalam Akta SPRM 2009 sebagai
sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.
...? |
"Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan
kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM hanya boleh diatasi dengan
memberi peluang kepada suruhanjaya ini untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut
atau gentar.
Persepsi orang ramai bahawa pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Johan berpendapat bahawa semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran.
Media sebelum ini melaporkan polis mengambil keterangan beberapa pegawai kanan SPRM termasuk Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zain berhubung kebocoran kertas draf pertuduhan siasatan ke atas SRC International.
Kelmarin, kediaman tiga pegawai kanan SPRM turut diselongkar anggota penyiasat dari Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Bukit Aman.
No comments:
Post a Comment