April 27, 2006

2 MULUT 2 KEPALA

Salam sejahtera,

Tarik nafas...kosongkan fikiran anda dan baca dengan fikiran terbuka :
  1. Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.
  2. Bersikap cerewet dalam keadaan tertentu itu baik, tetapi janganlah terlalu cerewet dalam semua hal yang boleh menimbulkan kebencian lelaki.

~dipetik.

Hal menarik yang boleh kita bincangkan dalam isu ini dan pasti mengundang banyak kontra dari pro. Tidak dinafikan antara lelaki dan wanita berpotensi untuk cerewet, tetapi kalau ia dirujuk kepada siapa yang lebih? Maka jawapannya adalah merujuk kepada satu gender dan saya tidak bercadang untuk menghuraikan secara lebih lanjut.

`tak letih ker,.. selangkah bejalan,.. nk kena berprasangka???` -Arianna.

Sememangnya kita digalakkan untuk bersangka baik kepada sesiapa sahaja sebagaimana saranan mantan TPM kita satu ketika dulu. Tetapi prejudis juga perlu. Prasangka baik ataupun prasangka buruk itu sebenarnya sama tidak baiknya. Prasangka baik akan menimbulkan kekecewaan jika realitinya tidak baik. Prasangka buruk akan menimbulkan sebaliknya pula pada hal yang mungkin realitinya baik.

Atau mungkin kita juga boleh berkata begini;
Prasangka baik akan menimbulkan kegembiraan pada hal yang realitinya benar2 baik dan seterusnya... (sebaliknya).


`so, d conclusion is lelaki ke, pompuan ke... sesiapa pun bole jd cerewet. so it was an unfair statement la lau nak tuding jari kat pompuan je. umpama, satu jari menuding kesilapan org lain, 4 jari lagi menuding diri sendiri` dan kenyatan berikut :

`pada sy awk kurang normal kalau senantiasa bersikap prejudis nih` -Arianna.

Satu jari Arianna menuding saya 'kurang normal' dan selebihnya 4 jari menuding kepada siapa? Dalam banyak perkara saya cuba belajar untuk menuding dengan cara 3 jari menunjuk kepada orang lain dan 2 jari kepada diri sendiri (ala-ala simbol rockerzzz) dengan setiap satu jari secara simboliknya mewakili i love, i care dan i cure...yang membawa maksud sedia membantu atas dasar persahabatan dan kemanusiaan dan bukan menuding.

Dalam apa jua tanggapan kita perlu rasional, bukan emosional. Wanita sering di kaitkan dengan emosi untuk menguasai keadaan sehingga membelakangkan rasional. Kalau tidak kita akan jadi syimal! :D Krisis tanggapan disebabkan oleh dominasi akal pada diri kita.

`its how u define ***** itself` - Masy.


Sehingga timbul pendapat yang mengatakan bahwa apabila emosi menguasai diri terabailah didalamnya unsur kejiwaan iaitu rasional. Dominasi salah satu pihak secara berlebihan akan mengakibatkan kelumpuhan psiko dan terjebak dalam ketidak seimbangan mental. Secara score psikologinya, markah 50-50 adalah manusia yg paling ideal...

`;) so be positive...` - Arianna.

Wassalam.

16 comments:

Anonymous said...

hmm..cerewet, mmg kadangkala merimaskan. tapi manuasia mmg jarang sedar kelemahan diri kan? perlu diperbetulkan..tapi komunikasi juga penting..kalo yg disampaikan lain, tapi yg difahami lain, tu yg akan jadi masalah..:D

Masy said...

`its how u define ***** itself` - Masy.

soalan! soalan! *sambil angkat tgn*

1. petikan ayat di atas.ermm..cth elok ke negatif tu? (sekadar satu pertanyaan)
2. nape tulis *****?nape x tulis je penuh? (bkn mencarut pun).

semua oraaaaaaaang! ***** tu adalah cerewet. sekian. :)

AbGJaS said...

Hi Deanz. Boleh tumpang sekaki?

Dalam ajaran Islam, kita memang disuruh berprasangka baik (husnuzzon) hatta terhadap Tuhan sekalipun dan kita dilarang pula berprasangka buruk (su'uzzon).
Cuma kita perlu kuat utk menghadapi qadha dan qadar andainya apa yg disangka baik itu berlaku sebaliknya.

Semut Api said...

Nurjihad,
harap2 tak begitu ek...

Masy,
coz entry di atas tidak hanya merujuk kpd *cerewet* malah terhadap semua perkara setiap drpd kita berhak untuk mendefine mengikut persepsi sendiri...

Semut Api said...

Abg Jas,
Apa nak sekaki pulak...mai la dua kaki sekali... :D

txs atas komen... dan kekuatan itu bukan semua org ada. Moga kita diberi kekuatan menghadapinya..

arianna adrizal said...

salam,
wah,.. banyak btul nama sy dlm entry awk kali nih!! nmpaknya awk 'membalas' dlm blog awk pulak ye. hahahaha.. but it's ok wif me.

'Wanita sering di kaitkan dengan emosi untuk menguasai keadaan sehingga membelakangkan rasional' ---> dah fitrah wanita bang...btw, berhati2 dgn statement ni takut2 nnti akan disalaherti seolah2 awk menidakkan kekuasaan Tuhan dan memperkecilkan ciptaanNya.

sy pernah dgr pmpuan menyebut, 'eee,, senang tul jd lelaki kan.. takyah nk pikir tu, pikir ni.' moralnya, pmpuan pun nk jd mcm lelaki, straight 4ward.. pmpuan pun nk keluar dr kongkongan emosi.. tp sy tak dapat bayangkan kalau pmpuan tak 'beremosi'.. Tuhan tu maha adil lagi bijaksana!

`pada sy awk kurang normal kalau senantiasa bersikap prejudis nih` -Arianna.

Satu jari Arianna menuding saya 'kurang normal' dan selebihnya 4 jari menuding kepada siapa? ---> so awk da faham bagaimana fungsi jari kan. manusia normal ada 5 jari. awk tuding 1 jari pd statement lepas, dan sy tuding 1 jari pd awk supaya awk jd normal & jari jd 'balance'.. cukup2 5 jari! ;)

mmm.. setuju dgn abgjas!

mcmni la deanz, sy bukan melatah sbb sy bukan 'pelatah'. dan kata2 sy bukan utk menyakiti sesiapa. jika ada, maafkan sy. sy cuma manusia biasa yg suka berfikir secara positif.

apa2pun, sy suka idea ttg simbol jari ala2 rockerz awk tu.. ;D

Anonymous said...

salamm...
EnDeanz..
maaf menyelittt...
yang ber'bincang' dlm ni bukan calang2 i guess..jadi tuding menuding jari ni rasanya jgn dijadikan budaya laa ekk..
so learn how to manage our EQ..

CEREWET ni subjective sebenarnya..
seorang ketua yg baik(semestinya tak cerewet)akan bertukar menjadi cerewet bila apa yg dia maukan(dlm pekerjaan contohnyer)not up to her/his expection..

seorang suami yg penyayang pastinya tak cerewet dlm apa saja yg disediakan siisteri tapi akan jadi sebaliknya bila kasihsayangnya dikhianati dan diragui..

seorang guru takkan cerewet jika pelajar2nya mengikut kata dan melakukan apa yg diarahkan dgn baik dan on time tapi sesaorang guru itu akan menjadi cerewet bila pelajar2nya degil..melawan dan tidak mnghurmatinya..

..dan contoh2 seterusnya yg banyak berlaku didlm kehidupan kita..

jadi..cerewet atau tak cerewet ni sama jer pada lelaki atau ppuan..

terlalu positive pun tak elok..
terlalu negetive pun tak elok..

Be fair and square..
thank u.

lady<<-- flexible..

Anonymous said...

...correction:
expectation..

Semut Api said...

Arianna & Lady Q..

txs atas feedback anda terhadap entry sy...tiada siapa yg kalah dan tiada siapa yg menang dlm hal ini. kita sama2 belajar berfikir dan mengupas sedikit isu yg di anggap kecil pada sesetengah drpd kita..

Pada saya, kebanyakan pengunjung dalam blog ini dari kalangan orang terpelajar.

Dengan cara ini kita dapat memperkembangkan pengetahuan serta kemahiran berfikir , berkongsi maklumat dan bukan sekadar melepaskan tension dari tekanan hidup dan kerja.

Cara penyampaian idea walau kadang2 seterotaip, yang penting ia dapat merangsang ke arah kematangan berfikir secara sihat.

bak kata lady, 'tuding menuding bukan budaya yg sihat'

txs kpd semua Nurjihad, masy , abg jas, lady q and of cos u... Arianna ... :D

arianna adrizal said...

agree! memang menjana kepada pemikiran yg sihat. every single letters yg sy taip, every single words yg sy kemukakan.. sy lakukan sambil senyummm!

u r most welcome che deanz.. ;)

lady said...

salamm deanz...
ladyQ? lady jer dah ler...ehehh..
selamat menyambut hari pekerja ek..dan selamat bercuti..
siler ke rumah..briani gam ader tu..air bawak sendiri hehehe..

lady<<-- u'r most welcome dear fren.. wink..

Semut Api said...

Arianna,

Saya membacanya sambil makan ikan bakar port klang... :D

Semut Api said...

lady,
Selamat bercuti drpd memburuh... :D

Bole la makan nasi beriani gam lebih sikit...

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Your site is on top of my favourites - Great work I like it.
»

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. ab virus protection Restoring shift deleted files http://www.pay-per-click-sites.info/Ppc2.html Hillcrest hospital ohio meridia