June 15, 2006

CAKAP-CAKAP BOLA

Salam Sejahtera,

Mengikut teori sains, planet bumi ini bulat. Dalam tempoh 30 hari ini juga bola yang sifatnya bulat juga menjadi topik hangat perbualan seluruh dunia. Demam World Cup 2006 melanda dunia untuk siri yang ke berapa entah (?).

Media elektronik paling aktif berperanan memanaskan kehangatan sukan bolasepak terunggul dan tertua dalam sejarah sukan dunia ini.

Melihat apa juga jenis iklan yang berkaitan atau dikaitkan secara langsung kepada sukan ini kadang-kadang agak melucukan. Pelbagai produk makanan, minuman , komunikasi, elektrik, apatah lagi produk sukan berlumba-lumba mencipta imaginasi masing-masing dengan tag line atau slogan yang kreatif. Kesemuanya dengan matlamat mempromosi produk untuk keuntungan bersempena World Cup fever ni...


Apa yang agak melucukan apabila produk kebersihan @ sabun basuh juga tidak ketinggalan tersampuk bola dengan menjadikan penyerang sensasi Brazil sebagai model produk. Apa relevannya? Musykil aku...

Kaum wanita agak bernasib baik pada kali ini kerana 'tuala wanita' tidak dijadikan sasaran promosi produk pada World Cup walaupun ada relevannya untuk keselesaan tontonan sepanjang perlawanan berlangsung... :D



Syarikat telekomunikasi pula tak sudah-sudah hantar mesej yang bertemakan World Cup dengan pelbagai tawaran & promosi. Maka ramailah berbilion penduduk dunia mengalami ketidak seimbangan emosi dan mental. Setakat yang aku dengar seorang maut di Thailand setelah ditembak rakan sendiri kerana bersorak keriangan apabila pasukan favouritenya menjaringkan gol! Sadis tuh...

Apapun sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Eksekutif FIFA yang memilih slogan 'A time to make friends, Say no to racism' untuk kejohanan berprestij pada kali ini sebagai mesej menentang perkauman kepada dunia. Kenapa tidak slogan anti perang dipilih?


Barangkali musim akan datang slogan anti perang sesuai kerana pada waktu itu ketika Iran tidak lagi terpilih untuk bersaing dalam persaingan Piala Dunia kerana negaranya hancur lumat di ganyang AS! Who knows...? (Mr. Bush).

10 comments:

Anonymous said...

football mad nation.. gila bola..?

Acid (mojiah709) said...

Hi Deans,

yg paling menyedihkan. Isu bola juga bola menjadikan tercetusnya perbalahan dan isunya berbeza diantara benua.

Piala Dunia hanya datang 4 tahun sekali, alangkan baik jika dunia juga dapatkan perdamaiian, sambil seronok bersorak-ria, dapat juga dihapuskan rasa benci dan tidak puas hati.

and world peace!

roar by greenmonster

Semut Api said...

Kari,
30 hari, 32 negara, 64 game....1 perbualan..bola..bola..bolaa.


GM,
impaknya cukup besar..termasuk isu hak penyiaran .. :D

kaki bola pergi kerje dgn menguap & mata sepet tak cukup tidur...

shafarina said...

Cannot imagine ler tuan rumah buat duit berapa banyak. Tengok setip game lebih kurang 10K orang tengok.

Belum masuk sponsor lain.

Ultimate goal --> $$$

Semut Api said...

Wan,
Belum campur kos logistik, penginapan depa semua yg datang dari seluruh dunia...

unlimited...$$$$...kayo-kayo !

Meera Melati said...

deanz... semuanya terpulang pada individu... stakat ni walaupun aku layan 3 game sepanjang malam kul 9, 12 dan 3 pagi... masa keje disiang harinya aku masih menten hingga ke petang sambung wat keje rumah lak, pastu sambung tengok bola lagi... so far bagi aku inilah cara aku berhibur walaupun bersendirian.. tak lama pun sebulan je.. pastu tunggu lagi 4 tahun... pe salahnya kan...

aku enjoy dgn world cup... aku enjoy ngan sukan... asalkan tak lupa tanggungjawab... sendiri ada akal sediri pikir arrrr... hehehe

Semut Api said...

Meera,
4 tahun sekali musin Cawan Dunia ek...layannnn... bila masa hang tido? OTW ke ofis la tuu..

Anonymous said...

Enjoyed a lot!
New zealand camping Chattanooga camping

Anonymous said...

I really enjoyed looking at your site, I found it very helpful indeed, keep up the good work.
»

Anonymous said...

This site is one of the best I have ever seen, wish I had one like this.
»