September 06, 2006

...(?)

Sebuah catatan tengeng dari alam mimpi di bawah sedar...


Aku ingin pergi jauh, jauuuuuh sekali. Aku ingin merentas batas dunia, ke suatu tempat dimana aku boleh membelah dadaku, lalu ku cuci bersih, kusambung kembali dan hidup semula dengan nafas baru...

Hari ini berakhir sudah sebuah mimpi tentang cinta. Hatinya seperti gelas pecah! Lalu dikutipnya serakan kaca, disusunnya semula menjadi gelas...

Hanya untuk dijatuhkan lagi.... ....hari ini.



Ada apa dengan mimpi? Mungkin mimpi adalah mekanisma yang membolehkan kita meneruskan kehidupan yang menarik ini biarpun badan sedang diistirahatkan. Walaupun kita tidur tetapi kita terus hidup di alam mimpi . Itulah kesistimewaan mimpi. Kita boleh bertemu orang-orang yang kita sayangi dan juga yang kita benci tanpa mampu dipisahkan oleh dimensi.

Apakah aku terlalu sukar untuk difahami? Padahal aku selalu ada asas di sebalik semua tindakan saya secara suratan atau lisan. Asas yang menurut aku logik, walau tidak bagi mereka. Mengapa semua yang 'lazim' lantas dianggap benar? Pemikiran saya tidak 'lazim'.... lalu saya salah? mengapa harus ada benar dan salah?

Apakah aku terlalu sukar untuk dimengerti? ataukah aku yang sukar untuk mengerti mereka? Entah...

12 comments:

Masy said...

Salam..

dan hanya dalam mimpi, cinta itu mampu ku sentuh..

dalam pejam, ada senyum
dalam pejam, ada murung
dan di celah senyum dan murung itu
ada aku, dia dan airmata..

*eceh bersajak2 lak..hihi

Semut Api said...

Masy,
Mimpi tiada batas realiti, sesiapa saja boleh menerima kehadirannya dan mewarnai tidur kita..

Anonymous said...

mimpi tak semestinya satu mainan... yang menjadi mainan hanyalah orang yang bermimpi.

Semut Api said...

non1,
txs drop..'yang menjadi mainan hanyalah orang yang bermimpi lebih pada realiti yang sebenar...

lady said...

salamm deanz..
mimpi adalah mimpi..
janganlah pulak kita terganggu kerana mimpi
sukar untuk dimengertikan?memang sukar kalau kita maukan ianya sukar..
akan mudah kiranya kita ingin ianya jadi mudah..bukan dipermudahkan!!
salah dan benar..wajib ada.
begitu juga syurga dan neraka..
sesuatu yg kontras adalah imbangan antara satu sama lain..
fullstop!

lady-->>..pendapat jer..

Semut Api said...

Lady,
"sesuatu yg kontras adalah imbangan antara satu sama lain.."
Probnya kita belum begitu menerima pandangan kontra..apakah masyarakat kita belum cukup matang?

Anonymous said...

salamm deanz..
could be..
nak terima sesuatu yg kontras dari kehendak sendiri memang liat kan..
tapi yg kontras tu bila terkena batang hidung sendiri..haa baru buker mater dan minda seluas stadium bukit jalil kut..
ker lagi luas bukaannya..atau..
'biaq pi'laaa..ait?

lady-->>..senyummm..

AbGJaS said...

Salam Deanz,

Salah satu sebab kenapa abgjas sering mengikuti coretan2 Deanz adalah kerana bahasa yg teratur. Seolahnya, kita mempunyai cara berfikir yg agak serupa, kalaupun tidak sama.

Konservatif dan sukar dimengertikan oleh org lain, kecuali yg sejiwa dgn kita kan?

Adakalanya org kata, apa yg kita mahu hanya wujud dlm mimpi.

Tp seronok juga sebenarnya hidup dgn sedikit 'kelainan' itu.
Asal saja bukan abnornal, sudahlah..

Acid (mojiah709) said...

Deanz,

ada apa dengan Mimpi?

apakah ada kebenaran dan realitnya antara kejadian dialam nyata dan kejadian di dalam mimpi.

Ramai orang menceritakan pada saya tentang maksud dan erti di sebalik mimpi. Tapi apakah kebenarannya.

Yang saya nantikan adalah, bermimpi bertemu Rasullullah...entahkan bila?

Semut Api said...

lady,
Saya setuju dgn anda...

Abgjas,
txs kerana masih sudi membaca..kadang2 kita perlu sedikit kreatif, sedikit kontra, sedikit sinis utk membuka minda..

GM,
firasat mimpi perlu dirujuk kpd orang yg lebih arif takut kita tersalah tafsir... sekian.

arianna adrizal said...

sebuah catatan tengeng?!! hahaha.. mimpi = infiniti.

Semut Api said...

Arianna,

Mimpi di siang hari ada nilainya... (?)