August 30, 2006

NEGARAKU

Salam sejahtera,

Ada satu budaya baru yang melanda anak-anak merdeka negara ini apabila idola mereka seolah-olah diangkat daripada program realiti walaupun ada yang kurang senang dengan senario ini.

Kemerdekaan yang diperoleh, akan hancur jika generasi muda lalai dan mengejar cara hidup glamor yang belum tentu menjanjikan masa depan yang cerah. Adakah mereka akan menjadi kuasa penggerak kepada pembangunan negara dengan menceburi bidang hiburan semata-mata. Negara perlukan generasi muda yang memiliki ketahanan minda untuk terus maju.

ini tidak bermakna kita menolak hiburan. Ia adalah salah satu medium untuk memenuhi keperluan psikologi manusia. Idea program realiti ini yang di cedok dari Barat adalah satu bentuk penjajahan baru yang mengongkong kemerdekaan kita!



NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP

BERSATU DAN MAJU
RAH...



...Masihkah kita mengingati senikatanya?

14 comments:

AbGJaS said...

Salam Deanz,

Abgjas rasa, ianya disebabkan ukuran kejayaan seseorang itu telah tersilap letak. Tertumpu kepada hiburan dan wang ringgit.

Masyarakat umum terjebak dgn aliran ini disebabkan pihak berkuasa dan media massa mengiktiraf kejayaan2 sebegini.

Pelbagai anugerah diwujudkan, malah yg terbaru siaran langsung (2 jam!) di saluran TV swasta dan KERAJAAN (!!), semuanya berkenaan artis (perkahwinan dan putus tunang) yg kononnya berjaya.

Apa yg abgjas boleh simpulkan, minda kita belum lagi MERDEKA!

AbGJaS said...

Beberapa VVIP tak ingat lirik Negaraku dlm perbarisan kat Sarawak tu.

wan said...

Kelakar betul tengok Samy Vellu nyanyi Negaraku dalam berita hari tu. Picthing tone usah ceritalah, lupa lirik juga!

Menteri tu..

Deanz said...

abgjas,
Sebab yg paling utama ianya ada nilai komersial dan masing2 cuba mengungguli persaingan...audiens pula menerima secara melulu dan di jadikan agenda besar dlm hidup dia...

Wan,
Aku mencadangkan satu pertandingan nyanyian lagu Negaraku secara realiti di kalangan menteri2 kabinet dan you jadi mentornya ...amacam? ;D

nurjihad said...

anak muda skang ni gilakan hiburan jer..bukan manghayati merdeka dan hikmahnya..tapi seronok berpesta atas nama merdeka..
:D

Noushy Syah said...

rah..mat bahgia...
Tuhan kurniakan..
Raja kamu selamat bertahta....

*wink wink*

Selamatkan Malaysia sempena ulangtahun kemerdekaan yg ke 49!

Deanz said...

Noush,
....raja KITA selamat bertakhta.

peace..... txs very much.

Deanz said...

Nurjihad,
...budaya baru yg membimbangkan byk pihak.

Masy said...

apa-apa aktiviti pun selalu disertakan dgn hiburan, takde garispanduan, takde penyelarasan.

punk, blackmetal, gothic..blaa..blaa.. ntah pape tah budak2 zaman skrg ni. mintak dijauhkan keturunan kita drpd budaya2 cenggini..

Noushy Syah said...

Abg Deanz-->yang pelik tu, disaat Msia dah merdeka 49tahun,KLFM menyambut merdeka dengan consert rock yea?Betul ke? emmm ni APAKE JADAHNYA??!!..tehehhehe..Noushy ciplak kata2 owang.Masa Tsunami melanda dulu kebetulan tahun baru kalau xsilap, banyak diadakan doa selamat , tapi bila dah selamat, inilah caranya Msia menyambut hari kemerdekaan.I'm impressed*wink wink*

lady said...

salamm..
ingatkan diri sendiri lebih afdhal dari menuding jari pada mana2 pihak deanz..if we cannot make it to d end,lets others do it.
kita memang berhak bimbang akan gejala2 yg kurang baik terjadi lately,tapi mampukah kita yg sekerat dua ni betulkan keadaan?
PEACE!!

lady-->> dok rumah jer malam merdeka..teramat bersyukur kerana berada di negara sendiri yg aman damai dan harmoni..

Greenmonster roared said...

Deanz si semut api yg kacak dan hensem dan baik hati,

hehehee

Saya teruja bila setiap kali bergemanya lagu National Anthem diudarakan..
Rasa sayu dan amat bersyukur negara kita aman dan damai.
Doa buat kita semua agar negara kita sentiasa prosperous with great economy.

Deanz said...

GM...

txs a lot...keamanan juga boleh merangsang ekonomi..

Deanz said...

Masy, Noush & Lady.

Mungkin kata mereka, alah, apa salahnya, setahun hanya sekali!!

Berapa agaknya kos yang dibelanjakan untuk menyambut ulang tahun detik sejarah gemilang ini?

mungkin dgn cara berpesta flora ini dapat membuktikan bahawa kita sangat menitikberatkan kesinambungan semangat patriotisme di kalangan rakyat, terutama generasi muda. (?)

agaknya la..