August 23, 2006

31 OGOS

Salam Sejahtera,

Hari Kemerdekaan Negara kita diraikan setiap kali menjelangnya 31 Ogos yang melambangkan semangat patriotism, unity and rejoicing by Malaysias of all races and creeds. (dengan izin).

Sambutan yang gilang gemilang ini biasanya disambut di Dataran Merdeka ataupun di Putrajaya atau mungkin di lokasi-lokasi lain. Yang Di Pertuan Agong dan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan are joined by amammoth croud in witnessing the parade. (dengan izin)


Jalur Gemilang dengan bangganya berkibar di bangunan-bangunan pejabat, premis perniagaan, rumah, pusat pendidikan malahan juga kenderaan…Meriah!Untuk memeriahkan lagi sambutan pada malamnya pancaran bunga api bergemerlapan di udara diiringi dengan stage shows, competitions and exhibitions are held in the various states. (dengan izin lagik). Cumanya tahun ini harap-harap tidak ada lagi yg berkemban dengan bendera Malaysia, macam tahun lepas!

Setelah 49 tahun negara merdeka, satu pertanyaan kepada kita yang aku perturunkan melalui sajak ini ;

49 tahun kita merdeka
setelah lebih 400 tahun kita dijajah
sambutannya masih sama
malam berkonsert
siang berarak

beli bendera
kibar bendera..
pernah kah kita
buat bendera
jual bendera (?)

12 comments:

meen said...

tak pernah buat bendera tak pernah jual bendera. Cuma pernah sumbangkan suara dalam acara sambuatan peringkat negeri p.pinang suatu ketika dulu...sesuatu yang amat dibanggakan secara peribadinya....hehe

Masy said...

Salam..

beli, buat, jual bendera - belum pernah buat.
adakah semangat patriotik hanya terpapar jika mengibarkan bendera sahaja?jadi yg tak mengibarkan jalur gemilang itu dianggap tidak patriotik?
hanya sekadar soalan..

kalau betul, alangkah murah harga patriotik, dan aku tergolong dlm kalangan mereka yg tidak patriotik - sadis..huhu

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Ada 1001 cara utk menunjukkan penghargaan kita ke atas kemerdekaan negara kita ini. Jika mengebarkan Jalur Gemilang menjadi salah satu daripada caranya, maka kibarkanlah bendera.

SALAM MERDEKA utk semua.

Greenmonster roared said...

Deanz dan semua warga Malaysia yang saya hurmati selalu;

Ucapan tahniah dan Selamat Menyambut hari Kemerdekaan!

Ikhlas dari saya.

Deanz said...

meen,
ada bakat la utk AF5 akan datang...hehehe tahniah!


masy & abgjas,
kibaran bendera adalah hanya lambang patriotik tetapi memahami erti kemerdekaan adalh sgt penting.

patriotik bukan sekadar dengan mengusung, membungkus badan dengan jalur Gemilang, mengibarkan Jalur Gemilang sambil menjerit..Merdeka!

GM,
terima kasih tak terhingga dari kami warga malaysia..

jed1 said...

salamz deanz,
lama aku tak menjengah...bz beb campur malas hahahaha harap ko ok je ye.

Bab merdeka ni sama je tiap2 tahun...cuma sejak 3 thn lepas ada konsert reunion AF setiap kali merdeka hahahaha

Deanz said...

Jed,
Aku always ok. Tahun ni ada satu lagi yg menarik sempena merdeka, majlis perkahwinan DK dengan CT...ahaksss ...

wan said...

Selamat Menyambut bulan Kemerdekaan..

Merdeka tahun ni tenggelam dgn cerita cinta artis. Merdeka juga tenggelam dengan kisah sejarah Hang Tuah yg dah jadi cerita cinta. Merdeka juga dah takde erti pasal sambut dgn konsert.

Kesian askar2 yg mati mempertahankan tanah air dulu.

psst: kempen kibar jalur gemilang dlm blog takde ke?

Deanz said...

Wan,
betul tu..tahun ni nampak macam kurang gemilang la sambutan dia..Ada acara lain yang lebih gilang-gemilang nampaknya ... :D

Blog aku tak de Wan..rasanya cukup lah dgn entri kemerdekaan..

lady said...

salam deanz..
suker atau tidak kita harus akui bahawa kita sebenarnya teramat 'miskin' dgn sifat2 keperihatinan terhadap negara sendiri.Kadangkala kita terlupa mana yg lebih patut diutamakan..
ahhh...payah laa nk explain..sendiri tau sudah laa yaa..

lady-->> anak merdeka?

Deanz said...

Lady,
Seperti kata Tun M bukan mudah utk mengisi kemerdekaan, melayu mudah lupa, perjuangan yg belum selesai.....

OnlineShop said...

i6GMlf Hello! Great blog you have! My greetings!