August 10, 2006

AWAS BLOGGER!

Sumber; Berita Harian


Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi wajar menggunakan teknologi terkini yang dimiliki bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu yang menyalah guna internet tanpa mensasarkan masyarakat bloggers dan pemilik laman web secara umum.

Perdana Menteri, berkata semua blog dalam internet akan diawasi dengan lebih rapi, manakala pemiliknya dikenakan tindakan jika menyiarkan bahan berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang. Difahamkan, kini ada kira-kira 10,000 laman blog di negara ini yang membincangkan pelbagai isu berkaitan politik, hobi, kesihatan, isu masyarakat setempat, fesyen, hiburan dan banyak lagi isu khusus.

Jaleh Lanang, yang memulakan laman blog bagi mereka yang meminati sastera sejak setahun lalu, berkata beliau terkejut dengan kebimbangan kerajaan. “Jangan hanya kerana segelintir anasir negatif ini keseluruhan masyarakat blogging mendapat nama buruk sedangkan manfaatnya jauh melebihi kemudaratan,” katanya.

...under fire !

Pelajar, Naren Rabindranath, yang mula menyertai blogging dua tahun lalu berkata forum itu amat bermanfaat bagi mendapatkan maklumat khusus, terutama bagi pelajar yang mahu bertukar nota atau belajar menerusi internet.

Seorang blogger, Danny Ooi berkata forum ini sesuai bagi golongan yang mahu bertukar pendapat. Sesetengah blogger bertindak keterlaluan menyiarkan bahan berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang asalkan menarik dibaca semata-mata untuk mendapatkan lebih ramai pembaca, sekali gus pengiklan. “Ini sudah bercanggah dengan hak kebebasan bersuara dan saya berpendapat pemantauan serta tindakan tegas terhadap mereka yang menyalah gunakan kemudahan ini amat wajar sekali,” katanya.

Awal tahun ini, pemilik blog ‘Screenshots’, Jeff Ooi, diletakkan di bawah pengawasan polis kerana didakwa cuba menjejaskan keharmonian kaum berhubung isu kartun yang disiarkan akhbar New Straits Times (NST).

***

Seorang lagi blogger, Kamaludin yang baru 16 bulan memulakan laman blog berpendapat, kita tidak boleh menghalang bloggers untuk mengutarakan pandangannya. Pembaca perlukan pendidikan dan maklumat. Rata-rata rakyat Malaysia bijak memilih berita benar & palsu dan mereka juga perlu belajar menerima pandangan yg berbeza walau ia melibatkan isu2 sensitif seperti politik dan agama. Blogging is a true communication tool tetapi pemantauan dan undang-undang ke atasnya tetap perlu!

12 comments:

Masy said...

salam..

jeff oii penah drop by kat fp i..
n i think i know laaa kamaludin tu..sape ek? hehe

ija... said...

mengutarakan pendapat melalui blogging ada baik dan buruknya..
dan pendapat yg diperolehi drpd blog tu jer bukan 100% bole diguna pakai.. ada yg bole diambil sbg panduan & ada juga yg sekadar utk tatapan saje. apa2 pun maklumat yg kita dpt dari sumber mana sekalipun perlulah pada penelitian yg lebih..nie semua bergantung pd attitude msg2..

wan said...

samada

baling batu sembunyi tangan

atau

berani kerana benar,
kecut kerana salah

atau

anjing dgn bayang2.

Biarlah landasan blog digunakan utk perkongsian info. Harap sokkabar asik dgn berita artis. Harap TV asik cerita jenayah. PPL wants more TRUE news.

Lgpun, nak charge bawah apa? Akta hasutan? Data privacy act pun tarak.. banyak cakap.. ingat kalau ugut2 tu orang takut ka?

Deanz said...

Masy,
siapa saja bebas memberi pendapat..

Ija,
kebnayakkan penulis blog juga berasaskan fakta dalam tulisannya ttp cara pengolahannya kadang2 bole di salah tafsir..

Wan,
Bila ianya satu arahan..banyak cara depa bole charge... Bayangkan dunia tanpa blog ; tiada keseimbnagan dalam fakta dan berita dan pada ketika itu fikiran kita mundur 15-20 tahun ke belakang di alaf baru ini... :D

lady said...

salamm en deanz..,
depa dah takder keje lain ker nak buat ek,lain benda yg kusut lain tempat lak yang nak ditibai,apa barang!!! Jika dibuat perbandingan antara bloggers di malaysia ni dgn bloggers di jaluran utama antarabangsa,mereka tu lebih kritikal dlm etika dunia blogger.
Takat ditempat kita ni rata2 mereka adalah pemikir educated,yg pastinya tau batas sempadan yg harus mereka patuhi dlm membicarakan sesuatu isu..takda laa sampai menyumbang pada permusuhan dan hasutan.Yang nyata adalah sikap bertukar pendapat dn perbincangan antara bloggers dlm satu2 isu berbangkit..
adehaiii...jadi bloggers terpimpin laa gamaknya..

lady-->>tunggu dn lihat

Greenmonster roared said...

deanz,
saya setuju jika semua memahami etika berblogging ini.

harus mempunya tanggung jawab dan kata orang melayu, cakap apa pun biarlah beralas. betul tak bang?

wan said...

Jangankan seekor nyamuk, kelambu dibakar. There's some political bloggers (and sites) yang isinya betul. Ada juga sites yang separuh betul separuh tidak.

Ada bloggers yang takde kena mengena langsung dengan politik. Nak kacau buat ape? Dari geng2 blog lahir banyak buku jugak ape.. social gathering yg tambah kawan n pengetahuan. Blogger clans atas dasar minat pun banyak.

Banyak kebaikan pada kita. Cuma sendiri mahu tapis lah blog apa yg dibaca.

Tapi kan Deanz, kalau arahan jugak, blog aku akan jadi blog makcik2... cite pasal anak, masak ape malam nie, cerita jiran beli perabot baru etc. :P

AbGJaS said...

Salam Deanz,

Label lebih telus dan terbuka berbanding yg dulu spt yg digembar gemburkan nampaknya tinggal kenangan.
Tafsiran 'mengancam keharmonian masyarakat' boleh saja disempitkan utk menjaga kepentingan sendiri. Malang sekali..

Deanz said...

lady,
setuju dgn istilah 'bloggers terpimpin'.. negara kita antara terbanyak blogger jika di bandingkan dgn negara lain. Betapa celiknya rakyat malaysia terhadap it. .. :D

GM,
..beralas dan berasas. txs.


Wan,
Saya kira ianya satu persaingan sihat dlm dunia maklumat dan lebih byk baik dr buruknya tp kesannya juga kadang2 merbahaya.

abgjas,
itu masalahnya bila fikiran kita terlalu jumud..malang..memang malang sekali...

Luigi said...

Selama pendapat dan opini itu sah dan benar adanya, tak perlulah untuk gentar :), ada perbedaan yang jelas antra opini dan hasutan.. semoga para blogger terus bersemangat menulis.. senang sekali sudah bisa mampir kesini,salamperkenalan dan salam hangat dari afrika barat :)

Deanz said...

Luigi,

txs drop. salam perkenalan juga.kita berhak mendapat berita yg adil & saksama.

Jaga diri di rantau orang..

Anonymous said...

This is very interesting site... » »