September 20, 2006

REMP-IT UMNO!

Salam sejahtera,

Ada satu program baru untuk Mat dan Minah Rempit (MMR) yang tidak melanggar peraturan dan undang-undang anjuran Putera Umno Malaysia. Status MMR telah di upgrade dan anda jangan sesekali memandang rendah terhadap MMR! Tetapi dalam pada itu Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak bersetuju dengan cadangan Putera Umno yang mahu mengumpulkan kira-kira 50,000 mat rempit dari sekitar Lembah Klang di Bukit Jalil November ini yang dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri sendiri.

Pegawai Perhubungan Awam Cawangan Trafik Pasukan Bukit Aman, Asisten Superintendan Ismail Munajat, berkata ia kerana PDRM tidak puas hati dengan rekod Putera Umno ketika menganjurkan ekspedisi mat rempit, minggu lalu. Katanya, PDRM menyifatkan Putera Umno gagal mengawal tingkah laku hampir 8,000 mat rempit termasuk 350 minah rempit yang menyertai Ekspedisi Merdeka Putera Bermotor Kuala Lumpur-Teluk Batik 2006, pada 9 dan 10 September lalu.“Jika sekitar 8,000 peserta pun susah mereka nak kawal, macam mana nak hadapi 50,000 mat rempit?” katanya.

Macam kenal jer MMR nih...


Wartawan sebuah akhbar tempatan yang menyertai ekspedisi berkenaan melihat sendiri risiko yang terpaksa ditanggung peserta, selain sempat merakam beberapa aksi berbahaya peserta sepanjang perjalanan ke Teluk Batik. Malah, Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, sendiri mengakui kegagalan pihaknya mengawal konvoi MMR ini. Selain itu, beliau turut mengesahkan sekurang-kurangnya 300 saman dikeluarkan polis trafik atas pelbagai kesalahan kepada peserta. Itu belum termasuk sosek-sosek masyarakat sekeliling...

Sekarang ni aku rasa macam nak merempit jugak, maklum la dah ada program kembara sambil merempit dengan penaja khas lagik...dan pastinya akan ada orang yang berkata :
"Engko kalau sekadar nak mengutuk memang senang! Tetapi engko ada ke buat apa-apa untuk setel isu yang dah bernanah ni?"

Pada aku masih ada cara pemurnian lain yang tidak melibatkan kos tinggi tetapi lebih berkesan. Banyak para graduan Sains Kemasyarakatan dalam negara ni yang sanggup menyumbangkan buah fikiran dan rela membantu generasi pelapis yang nampak hilang arah ni!

Sekian sahaja, Majulah rempit untuk negara! Dan selamat menyambut bulan Ramadhan al- Mubarak.


Sumber; Berita Harian.

11 comments:

Masy said...

Salam.. :)

selamat menyambut ramadhan. tahun ni kene bayar zakat lg. cam tahun2 lepas jugek :D

Semut Api said...

masy,
selamat berpuasa juga..bayar zakat ek.... :D

cenderawasih said...

siapalah mat rempit atas motor tu?

Semut Api said...

Zal,
haiwan di kalangan manusia...

AbGJaS said...

Salam Deanz,

Pada pendapat Deanz, ada tak mana2 mat rempit yg insaf/sedar selepas menyertai program umno itu atau pun selepas menonton filem Remp-It ?

Abgjas tidak fikir ada..
Sebaliknya mereka terasa seperti diiktiraf utk terus menjadi MAT REMPIT!! Hidup merempit!!

Semut Api said...

Abg Jas,
Entah le abg jas..saya takut budak MMR ni hanya jadi batu loncatan sahaja...Alaaaah baisa la tuuu.. :D

Anonymous said...

salammm en deanz,
wahhhh...ader hati nak merempit ker..uihhh!!jangan sampai tersepit sudah!!ihikk..
selamat berpuasa yaa..

lady-->> berniat nak bayarkan zakat untuk sekeluarga..mudah2an..

shafarina said...

Adui susahnya nak masuk blog awak sekarang. Asyik sangkut tengah jalan.

Ada orang cita-cita tinggi tapi pengalaman setahun jagung. Dia ambil shortcut utk semua tindak-tanduknya. Last2 semua yang diplan tak jadi.

Semut Api said...

Lady,
Dah gantung tayar motor dah...
Jgn lupa bayar zakat untk aku sekali.. :D

Wan,
Susah ke? heavy traffic kot..Aku setuju sesangat tu Wan, bila lagi dia nak tunjuk skill (?)

shafarina said...

Deanz, dia punya rahsia punyalah banyak dah diselongkar. Tapi FIL buat dek jek, dia masih selamat lah. Lgpun medan NST dia guna habis-habisan.

Semut Api said...

Wan,
ye ke? boleh tahan juga budak tu..psssttt! apa yg dah terbongkar tu? :D