Salam Sejahtera,
Dunia hari ini adalah dunia revolusi maklumat. Maklumat dalam beberapa saat daripada seluruh dunia boleh disebarkan dengan mudah, sama ada melalui email, ataupun menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan kemudahan ini, berita boleh disampaikan dengan cepat, boleh disebarkan dengan begitu mudah sekali.
Hampir setiap hari kita menggunakan kemudahan sms dan sudah menjadi trend terkini untuk kita berkomunikasi. Ada kala menggembirakan, menginsafkan, menyedihkan dan tidak kurang juga menyakitkan hati.
Menjelangnya Ramadhan baru-baru ini, saya juga menerima beberapa sms yang bertemkan bulan mulia ini yg mungkin boleh di jadikan pedoman ;
i
"jika semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya, jika seluruh umur adalah dosa maka taubatlah ubatnya, jika seluruh hari adalah nista maka Jumaatlah pensuciannya & jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah pemutihnya. Marhaban ya Ramadhan. Selamat mengerjakan ibadah puasa"
ii
"SELAMAT BERPUASA" -Pengirim tidak di kenali.
iii
"A'kum. Selamat b'puasa"
iv
"Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan. Salam Ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa" -Pengirim tidak di kenali.
v
"Kalau terasa nak buat jahat dlm bulan puasa, tanyalah iman. tentu iman kata tak boleh! Jgn tanya Aiman, nanti dia kata...Aiman tak kisah...Selamat menyambut Ramadhan"
vi
"Syaaban dah lopeh, ramadhan lah pulak, syawal sebulan lai, poso jgn miss, nanti tak buleh ghayo. SELAMAT BERPUASA SEBULAN RAMADHAN ALMUBARAK"
vii
"Same goes to you n family. Hv a bless full ramadhan"
viii
"Selamat menyambut Bulan ramadhan dan semoga di berkati"
Terima kasih kepada semua yang sudi mengirim mesej via telefon bimbit aku. Semoga anda semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini dengan satu pertanyaan bila nak top up credit telefon bimbit aku? Via sms pun tak pe. Kita makmurkan lagi kemudahan teknologi ini untuk tujuan sedekah (kepada aku). Moga murah rezeki selalu...
Amin...
12 comments:
Salam Ramadhan
Deanz,
Nampaknya rata-rata kita menerima sms yang serupa. Alhamdulillah dari menghabiskan duit hantar sms untuk undi program realiti agak faedahnya berdakwah cenggitu.
nak join berbuka, ye silakan aje tapi jgn lupa bawa makananya skali ye dong mas ahaks sebab aku berbuka ala kadar je
selamat berpuasa :-)
:)
selamat bpuasa, bersahur dan berbuka..
Salam Deanz,
Selagi dapat, abgjas lebih suka mengirim/menerima ucapan yg ditulis sendiri , walaupun pendek, berbanding 'forwarded messages'.
Ianya seperti tak ada 'jiwa' dan 'rasa' langsung..
Hmm..mungkin semua org nak cepat..
Noor,
Yup, aku setuju sgt..lebih baik sedekah kat aku...amal jariah jugak tu.
Joint buka mulut bole tak? :D
Azeer,
txs drop..sama2 kita berpuasa.
Masy,
bila nk bersahur sekali?
Abg Jas,
Bila nak send msg yg ada jiwa & rasa kat aku? :D
selamat berpuasa..
Deanz,
Greeny dah jarang dapat sms kerana dah tukar handphone dan nombor baru tak ramai tahu...sedih juga bila terkenang kawan lama yg suka hantar sms.
Selamat Berpuasa dan Bersahurlah sebelum masuk waktunya.
GM,
biasala tu nostalgia dgn kawan2 mana boleh lupa..
selamat berbuka puasa..
Salam ramadhan deanz
Selamat berpuasa
Forward2 sms ni dah biasa sbb harga dah murah, orang dah tak kisah..
Hmm aku pakai post-paid, takleh nak topup kredit org hahaha letih aa pakai prepaid asyik kena topup :D
Deanz, ada blogger buat entri, ikhlas kah kita menghantar sms macam tu kalau kita cuma forward jek tanpa menulis sendiri.. :)
Kalau aku, aku ikhlas..
Jed,
dah terlalu byk persaingan..bukan saja murah bahkan boleh send free..
Wan,
klu tanya aku, aku ikhlas juga..just fwd cepat dan tepat.
Siapa pencipta asal tak di ketahui..rugi la dia, ideanya telah di fwd-fwdkan tanpa royalti... :D
menarik gak tu.. takyah bg duit raya ek .. airtime transfer je ye dok ?
Kari,
Betul tu..kerajaan Trengganu bole buat bayar zakat dgn sms..inikan nak buat airtime transfer..senang jer.
So bila nak transfer ke hp aku?
Post a Comment