October 04, 2006

KEMANUSIAAN VS KEBINATANGAN

Ceritera i

Umum mengetahui buaya adalah seekor reptilia dua alam yang ganas, rakus, zalim dan tidak berperi kebinatangan! Dalam kejadian pada 3 September lalu, Mohamad Azuan Hatta, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bako yang sedang mandi di sungai bersama rakannya diserang seekor buaya pada kira-kira pukul 3.30 petang. Salam takziah...


Setakat ini empat ekor buaya telah berjaya diumpan dan diperangkap oleh penduduk Kampung Bako sebagai reflek dari kemarahan dan dendam! Reptilia ini di bunuh dan dibedah siasat. Aktivis alam sekitar, Datuk Dr. Salleh Mohd. Nor berkata, ini kerana buaya merupakan antara spesies hidupan liar terancam yang perlu dilindungi. Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berkata, adalah tidak wajar untuk memburu seekor buaya yang menyerang manusia dengan membunuh semua buaya yang ditemui.

‘‘Kita perlu kaji kenapa buaya menyerang manusia sebelum kita ambil tindakan memburu haiwan itu,’’ katanya. Lantas reptilia-reptilia ini mula kebingungan dan mungkin dalam mesyuarat tergempar komuniti buaya ini, masing-masing kebingungan dan usul yang menjadi isu penting mereka adalah "Do we live in the wrong world?"





Ceritera ii

Seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan menyusuri tepi sungai. Dia melihat seekor buaya yang terperangkap dalam suatu jaring. Buaya itu berkata,

"Hai budak! Adakah kamu mengasihani aku dan mahu melepaskan aku? Sifat ku memang buruk, tetapi ini bukan kesalahanku, kamu tahu bahwa aku diciptakan Tuhan seperti ini. Tetapi walaubagaimana pun penampilan luarku, aku mempunyai kelembutan hati dan sifat kasih seorang ibu. Pagi ini aku sedang mencari makan untuk anak-anakku dan terperangkap disini!"

"Ah, jika aku melepaskanmu dari perangkap ini, kamu pasti akan menangkapku dan membunuhku."

"Apakah kamu fikir bahawa aku akan berbuat seperti itu kepada orang yang sudah menolong dan membebaskanku?"

Kanak-kanak itu termakan pujukan untuk melepaskan buaya itu dari perangkap. tetapi tidak semena-mena sepantas kilat sang buaya menerkamnya! Ketika kanak-kanak itu tersepit diantara dua rahang buaya, dia berkata seraya menjerit,

"Jadi inikah yang kudapat dari perbuatan baikku?"

Dan buaya itu menjawab,"Sudahlah, jangan dipikirkan terlalu serius, sememangnya fitrah ku begini, Allah menjadikan aku buas sebegini. Ini adalah aturan dunia, hukum alam, hukum kehidupan. Seharusnya kamu lebih prejudis dan menghindarkan diri dari spesis kami. Aku hanya mahu hidup mengikut fitrah ku! "

Lalu menjeritlah si kanak-kanak sekuat hatinya, sayup dan semakin sayup....

19 comments:

shafarina said...

Selamat berpuasa Deanz.

Kalau diorang masih mahu membunuh buaya itu w'pun isi perutnya tiada tulang manusia, makanya hasil kerja Steve Irwin tak menjadi. :)

noorlara said...

deanz,

betullah kate pepatah org tetua marahkan nyamuk kelambu dibakar dan sebab nila setitik abis susu sebelanga, peh tu sape yg tak cukup kalsiyum mereka dan keluarga mereka gaks dahlah badan berbintat di getik nyamuk, belalang belalang

Semut Api said...

wan,
Aku rasa kalau Irwin hidup lagi..mau menitik air mata dia .. :D

Noor,
Kesian buaya tu..tak sempat nak beraya anak beranak..

Masy said...

Salam..

sifat liar dan ganas sinonim dengan haiwan, malangnya sekarang sifat itu sinonim pula dgn manusia..

serupa tapi tak sama

AbGJaS said...

Salam Deanz,

Merasakan mereka lebih berdarjat, mulia dan bertamadun, maka manusialah yg sewajarnya menentukan apa yg boleh dan tidak boleh dilakukan oleh makhluk yg cuma seekor buaya...

Azer Mantessa said...

saya setuju ngan kata2 masy :-)

13may said...

jika berjumpa boya...sila lari yer...jumpa pokok lidah boya, itu takpa:)

Semut Api said...

Azer,
Saya sokong.. :D

13may,
Kalau jumpa lidah boya macamana..bole buat tangkal tu... :D

Anonymous said...

salamm deanzz,
didalam kelumpuk binatang,wajarlah dikatakan kebinatangan tapi didalam kelumpuk maknusia masih ada juga bersifat kebinatangan...

nak tuding jari pada siapa yaa..

Semut Api said...

lady,

Tuding jari pada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sarawak yang mengahlalkan cara .... :D

Semut Api said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Deanz...

adakah anda se'orang' buaya?

Semut Api said...

Noy,
txs drop.Aku se'orang' buaya yang dipelihara secara sistematik dan terurus bahkan gigiku juga sudah di tumpulkan.. .. :D

Unknown said...

Assalamualaikum wbh,
Cuba bayangkan pula perasaan anak itu yang berada di ambang maut di dalam mulut buaya. Bayangkan ibu bapanya yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama anak tercinta. Letakkan diri kita sebagai ibu dan bapa anak itu. Tanya pada diri, apakah yang akan kita lakukan?

Semut Api said...

wsalam nur,
Rasanya seluruh rakyat m'sia bukan sahaja simpati, malah empati atas tragedi yg menimpa keluarga mohd azuan tetapi adakah kita perlu menjadi seperti Amerika marahkan Osama habis satu asia barat dihancurkannya (?)

so..pasrah lah kpd Nya.

ez said...

Binatang liar...dilihat boleh didekat jangan..
Salam Edul Fitri.

Unknown said...

Hmm.. suatu perbandingan yang tidak boleh dibandingkan... Tak boleh melatah untuk mempertikaikan persoalan ini jadi, biar Kak Raina fikirkan apa yang Deanz dll kata, k..

Semut Api said...

ez,
betul tu tapi Irwin beerani buat..

Nur,
ok silakan berfikir kak..dapat ilham nnt bagi la tau..

Anonymous said...

cerita yang bagus untuk di telaah....aku terharu membacannya!
Makasih atas ceritanya....