November 07, 2006

IKHLAS KAH?

Salam Sejahtera,

Kita masih lagi di dalam mood Hari Raya. Disaat kita bersosial, bekerja, melangsungkan perjalanan hidup, kadang-kadang kita lupa menyelitkan sekelumit rasa ikhlas yang mendalam pada setiap segi kehidupan. Aidilfitri menuntut kita bermaafan setulus iklhlas bukan sekadar berjabat tangan tapi di hati masih lagi menggumpal seketul darah hanyir penuh nista yang zahirnya tidak kelihatan.


hipokritnya melangkaui batas kebinatangan...

Kita kan manusia biasa, semua masalah yang kita hadapi pasti selalu dibuntuti oleh emosi dan nafsu. Keinginan untuk meluapkan rasa marah, cacimaki dan nafsu serakah untuk membalas dendam masih tidak seiring dgn ungkapan maaf di bulan Syawal ini. Kenapa kita sering tidak konsisten di antara perbuatan dengan keikhlasan?

10 comments:

Masy said...

salam..
ikhlas adalah sesuatu yg tersirat dlm hati. yg terungkap tak semestinya ikhlas.

apapun, kita tetap manusia biasa.

*ikhlaskah anda?

shafarina said...

bushy bullshit bush

dia ni dah ler satu perangai, yg negara islam tak lawan2 pasai pa?

Azer Mantessa said...

saya berharap akan lebih konsisten sepertimana apa saya buat di dalam bukan ramadhan tapi dah nampak sikit2 ... ada deteriorating ... erks ... hmmmmmmmmmmmmm

Semut Api said...

masy,
sekilas ikan di air....bla...bla..
kita tau ikhlas ke tidak...

Wan,
'bushy bullshit bush' aku nak pakai word ni utk tujuan kormersial... :D

habis tu mcm mana? kita jer yg beria nak lawan yg lain takut..tu yg jadi slow tuh..

Semut Api said...

Azer,
mengekalkan konsisten memang sukar tetapi sebulan ramadhan yg lalu adalah mentor terbaik untk sebelas bulan akan datang...

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Ikhlas itu dalaman, sementara perbuatan itu luaran. Hanya mereka yg tinggi imannya dapat menjadikan dua komponen ini bergerak selari.

Spt yg pernah abgjas tulis dulu, teruskan dgn perbuatan baik. Dgn izin Allah, ikhlas itu akan datang kemudian.

Semut Api said...

abg jas,
terima kasih atas peringatan, semoga kita dirahmatiNya.

Anonymous said...

salam enDeanz
besanyer yang sebegini adalah maknusia yg terlebih kuasa..giler kuasa dan seterusnya menyalahgunakan kuasa..dan akhirnya
dimakan kuasa..!Mana ada keikhlasan melainkan kerana sesuatu atau untuk sesuatu..nothing 'free'!!

adakah anda d bomb atau di bommm!!
adehaiii..

jed1 said...

ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam di mlm gelap gelita...susah tuu nak dpt taraf ikhlas...

bagi aku ikhlas adalah antara hamba dan tuhan...kita just cuba sebaik mungkin utk berbaik, bertoleransi dlm hubungan sesama manusia.

Selamat hari raya posa 6 deanz

Semut Api said...

Lady,
org yg gila kuasa tak leh pegi jauh sebab dia perlukan batu loncatan untuk kedepan..

Jed,
betul tu..tapi jgn terlebih toleran nanti bole dapat undi tak percaya... :D