November 27, 2006

ROKOK




Di Parlimen menteri merokok
di pejabat pegawai merokok
di Mahkamah Agung Hakim merokok
di rumah mak bapak merokok
di masjid Tok Imam merokok

di hospital doktor merokok
di simpang jalan polis trafik merokok
di sawah petani merokok
di ladang tembakau peladang merokok
di perkuburan sebelum masuk kubur orang merokok

makanya…
di tandas sekolah murid-murid mencuri merokok
di kampus mahasiswa merokok
di bilik guru cikgu-cikgu juga merokok

Di antara jari telunjuk dan jari hantu
terselit sebatang rokok putih warnanya

duduk-duduk dengan perokok
boleh tersampuk penyakit jantung

rupa-rupanya asap rokok lebih jahat
dari kuman hiv aids...

15 comments:

Masy said...

moral of d story:
elakkan bcampur terlalu gaul dgn perokok (bkn takleh bcampur langsunglah maknanya)

Anonymous said...

memualkan sungguh gambar ini

-pezul-

www.pezul.blogspot.com

wan said...

ler.. gambar ni keluar lagi?

sekarang merokok boleh tinggikan status sosial.. makanya ramai lagi yg merokok..

tak sayang nyawa betui!

Deanz said...

Masy,
elakkan bcampur terlalu gaul dgn pesakit hiv juga.. :D (bkn takleh bcampur langsunglah maknanya)

pezul,
..itu realitinya.


Wan,
Kenapa dgn pic tu? hang kenai ka bebudak tu?

Faridt said...

news hari ni - perokok akan mempengaruhi genetiknya. maknanya keturunannya akan jadi perokok juga :)

http://webstat.malaysiastat.com/

awang blues said...

kat dalam tv pun ada orang merokok..

Deanz said...

faridt,
saintifik fakta tu...ada statistiknya ke?

Awang,
...depan tv lagi ramai orang merokok... :D

lady said...

salamm..
penyumbang jerebu gak kut..

~non-smoking family..
(harap2 bakal menantu(Mak) pun tak berasap!! hehe..)

Deanz said...

lady,
u bawak fakta baru laaa...ada bukti ke? :D

psssttt !! siapa yg nak jadi isteri orang?

nurul said...

asap rokok tu mmg la jahat dr virus hiv..sebab kalo asap punye pasal..sume boleh tumpang dapat sakit..kalo hiv..hmm, ssh la skit nak jangkit ni kan..

p/s tuai umah "berasap gak ke?"

Deanz said...

Nurul,
tuan berasap kepala kalau byk kerja... :D

Azer Mantessa said...

jahat sebab disebalik asap rokok and general nicotine :-)

Noushy Syah said...

Better isap rokok dari isap dadah..ngehhh:)

Greenmonster roared said...

gejala merokok ini tidak ada perhentiannya.
It's like chicken and egg story.

Selagi penjual dan pengeksport dan pengimport rokok tidak di kekang, berjuta kempen sebagaimana pun tidak akan berkesan.

kata orang, its more like
"cost outweigh benefits" tetapi yang menjadi mangsa adalh anak anak dibawah umur yang tidak diberi pembelajaran yang secukupnya tentang akibat dan kesan bahaya rokok. They feel its the in-thing untuk merokok....dari mana eh dorang dapat rokok tu, so kajian harus dilakukan segera untuk menghentikan permasaalan ini.

Deanz said...

azeer,
...tapi merokok senang dapat kawan.. :D

Noush,
ada rokok free nicotine tak?

GM,
Klu ex & import rokok di kekang mau collapse stock exchange.. :D