February 26, 2007

TAG DARI WAN

Aku tak tau sama ada ia pelik atau tidak...(?) Tapi bagi aku ia sesuatu yang bukan luar biasa bahkan orang lain mungkin juga melakukannya. Apabila ia menjadi kebiasaan dan merutin maka ia menjadi tidak pelik pada pelakunya. Maka adalah normal sekiranya ia pelik bagi orang lain tapi tidak pada diri kita. Kepada Wan yang mengetag, here u are ;
  • Membaca sambil 'membuang'.

Aku rasa jamban adalah salah satu tempat paling privacy yg aku boleh perolehi. Daripada membuang masa duduk melangu menikmati bau dan mendengar bunyi 'benda' jatuh kedalam lubang adalah lebih baik aku membaca akhbar harian tanpa sebarang gangguan dan minta maaf ler kalau ada orang di luar yang terpaksa menunggu lebih lama sebab aku tengah baca gosip sensasi artis glam Erra Fazira...

  • Tak suka potong rambut.

Ini satu situasi yang amat membosankan aku. Bayangkan anda hanya mampu duduk dengan badan berselimut dengan pergerakan yang cukup terhad. Nak goyang kepala takut silap-silap Encik Barber terpotong telinga...so, terpaksa control macho! Sebenarnya aku lebih rela potong rambut di kepala sendiri, at least aku bole buat aktiviti sendiri iaitu "memotong rambut sendiri".

  • ...dan kuku.

Ini satu lagi aktiviti yang menuntut kosentrasi lebih! Apa yg kita bole buat bila kita sedang memotong kuku? Paling kuat pun hanya boleh menonton tv, itu pun tak leh nak kosentret. Silap hari bulan bukan kuku saja yg terpotong tapi dengan daging kuku sekali. Tak ke haru di buatnya.


  • Suka bertanya (?)

Walau pun aku nampak pendiam tapi sebenarnya aku suka bertanya dan bertanya. Kadang-kadang aku bertanya benda yg nampak simple dan remeh tapi sebenarnya penting. Apa yang peliknya aku hanya suka bertanya tapi memang tak suka menjawab! So, minta maaf ler kepada mana-mana individu yang masih terhutang jawapan dengan aku...mohon halalkan. Tetapi harus diingat dalam setiap pertanyaan aku sebenarnya ada jawapan (?). Dan sememangnya aku dilahirkan untuk bertanya bukan untuk memberi jawapan...

  • Pantang jumpa!

Ini habit yang aku sendiri tak tau entah dari mana aku tersampuk. Aku sememangnya pantang jumpa...(jangan ingat bukan-bukan) kedai elektrik! Berjalanlah kemana saja, lalu depan kedai elektrik aku mesti singgah, melihat , membelek, study dan mengambil maklum terutama perkembangan terkini teknologi audio visual. Aku begitu teruja dengan kecanggihan teknologi terutama produk dari sebelah timur Asia sehingga kadang-kadang towkey kedai tak dapat nak terang apa yg aku nak tau. Penyudahnya dia tanya aku balik.

  • Aku tak tau apa lagi yang pelik pada diri aku, orang lain boleh menilai kottt...

Seperti mana yang di Rules & Regulations kan, each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. At the end, choose 6 people to be tagged and list their names. So now I am tagging ;

  1. Ariel Sharon (are u still alive?)
  2. GW Bush
  3. Mr. John Howard
  4. Forest Whitaker
  5. Osama Laden
  6. Nordin Mat Top

Gua permisi dulu...

9 comments:

Masy said...

tak halal! huh!~

shafarina said...

Thx sbb buat.

Hang gi tag orang2 yang pwer jek eh.

Semut Api said...

masy,
apa impaknya soalan yg berjawab kepada ekonomi negara? :D

Wan,
mana ada powernya depa tuh? kalau depa power try ler jawab tag aku..

13may said...

iya betul....aku suka isap rokok masa lepak dlm jambang:)

Semut Api said...

13may,
maka boleh la kita share rokok jamban... :D. txs drop.

blackpurple @ jowopinter said...

Rambut mana satu nih..?

Semut Api said...

black,
tak kira rambut sape pun...lepas potong jangan lupa bayarrrr.... :D

Acid (mojiah709) said...

nampaknya sy juga mempunyai hobby serupa.
membaca di dalam tandas.
kalau tak ada bahan bacaan, macam mana mencuba pun tak boleh dilakukan.
satu hari tu, sy cuma ada sebuah novel, habis satu buku sy baca.

Tapi menurut orang tua, kata mereka tak baik membaca ditandas.
tapi nak buat cam mana, kalau tak baca tak boleh buang. nanti sakit lagi susah.

Semut Api said...

GM,
pastikan baca bahan yg ringan jer..tapi kalau satu novel boleh habis dah jadi macam library pulak toilet tu... :D