Salam Sejahtera,
Bulan ini sekali lagi merupakan ulangtahun kelahiran blog aku yang dibangunkan sejak Mac 2005. Sehingga saat ini, aku masih setia memblog dalam usia blog yang masih ranum. Menulis, membaca, mengkritik, menyokong adalah sebahagian daripada aktiviti di `dunia' ini. Semuanya memberi kesempatan untuk kita berfikir, menganalisa dan memutar otak. Satu hal lagi, masuk ke dunia blog, bagaikan mempunyai keluarga baru.
Penulis-penulis blog indi kebanyakannya bukan penulis professional mahupun wartawan taraf lima bintang tetapi secara virtual kelompok ini saling mengenali. Sungguhpun begitu ikatan emosional itu benar-benar ada. "Weblog makes people become a writers and publishers at the same time".

Blog juga boleh meledakkan konflik dan itu sememangnya wajar. Manakan tidak, PM sendiri mengulas tentang subur mekarnya weblog di Malaysia. Kerana tulisan dalam blog juga banyak isu-isu panas terpaksa di beri perhatian pihak berkuasa dan seterusnya siasatan dijalankan. Para wartawan juga dilarang mengcopy paste sebarang berita daripada laman blog sebagai bahan berita. Yang nyatanya Blog memberikan kebebasan kepada kita untuk berfikir bebas dan mengungkapnya ke dalam blog tapi harus diingat etika penulisan masih perlu di utamakan.
Persoalannya, apakah blog sama dengan media massa? Apakah benar pendapat yang mengatakan bahawa tulisan peribadi dlam blog yang "membahayakan" orang lain tanpa bukti, dan dibaca lebih dari 2 orang maka dia termasuk media massa, dan orang yang merasa "tersakiti" boleh menuntunya ke pengadilan?

Status blog masih samar-samar antara mana yang peribadi dan mana yang massa. Apa yang patut dipegang oleh bloggers hanya etika penulisan. Hukum alam...kesilapan, sesuatu yang baik dan buruk tetap berlaku di laman blog. Mari kita manfaatkan media ini sebaik-baiknya. selamat menulis...Cheers :)
13 comments:
salam..
teruskan menulis perkara yg baik2. untung2 diikut org, dpt pahala free~
masy,
perkara buruk pun boleh tulis sama ada nk ikut atau tidak itu terpulang...
hi deanz...
samat ulang thn "semutzapi..."
lama tak wat sajak yg bagus, wat eh deanz, ita tunggu.... :-)
ita,
tq..saya pun perasan juga ..lama dah tak tulis sajak...i will..
Selamat Ulang Tahun!!
Bagi aku, blog sama macam media massa yang lain. Ada yang bagus ada yang sampah. Macam majalah PCWorld dengan Mangga. Kan berbeza tu walau dasarnya sama -> majalah.
WAN,
tapi awas, jangan samatarafkan pulak dengan blog 18sx walaupun dasarnya tetap sama->Weblog... :D
Salam Deanz,
Selagi namanya alat, maka atas penggunalah utk 'memperalat'kannya kearah kebaikan atau keburukan. Kpd yg x dpt membezakan baik/buruk, maka di situ undang2 diperlukan. Ehh..ada undang2 ke di alam maya (siber) nih??
abgjas,
Seperti kata Tun M dulu, kita diberi pisau yg tajam terpulang lah untuk kita menggunakan sebaiknya apabila beliau mengulas tentang tulisan yg memburukkan beliau dalam internet.
undang2 siber kena rujuk KTAK, depa yg bertanggungjawab.
Deanz,
Pernah kah anda atau teman blogger yg lainnya terfikir betapa berguna dan merbahayanya budaya blogging ini jika kita tidak dapat membezakan yang mana fakta dan yang mana boleh menfitnah.
'lidah lebih tajam dari pedang' well itu kata-kata orang dulu-dulu tetapi pada hari ini, e-communication lebih berbisa kerana dgn sekali 'click'satu dunia bisa membaca dan menterjemah sendiri erti kata didalam tulisan tak kira di blog atau di medium elektronik yang lain.
apakah blogger lebih berkesan dari pihak kewartawanan didalam penulisan dan curahan minda sesorang? Tepuk dada tanya selera.
Cheers;
Greenmonster709
selamat ulangtahun semutzapi..agaknya ulangtahun elliekelly pun lebih kurang jugak la deanz..tak ambik prhatian plak meen, tapi rasa macam dekat2 je..hehe Keep on writing..siat-siat tapi jangan main terjah ya..hehe
GM,
Kebebasan e-media boleh ditafsirkan berbagai-bagai tetapi asas yang penting adalah untuk melaporkan peritiwa (massa/peribadi) dan ia juga sbg medium utk membetulkan kesalahan.
Kita diberi akal untk membezakan antara fakta dan sebaliknya.
CNN pun banyak putar belitnya dan sentiasa mengutamakan kepentingan barat berbanding keadilan dalam laporan. So penulis blog juga ada standardnya sendiri..
Meen,
selamat ulang tahun juga kpd blog meen..bila nak buat pulut kuning? selamat menulis juga..
selamat selamat:)
13may,
sama-sama selamaaaaat... ;D
Post a Comment