May 21, 2007

BOCOR ATAS BOCOR BAWAH

Salam sejahtera,

Dalam mood yang lebih kurang sama dengan JELAK, here u are...

Dalam kita masih lagi menyambut kehangatan sambutan Hari Ibu, mengenang jasa dan segala pengorbanannya mengandung, melahir dan membesarkan kita. Secara tiba-tiba, ramai yang marah terutama kaum wanita dengan sikap kurang ajar ahli-ahli Parlimen Jasin dan Kinabatangan Barisan Nasional (BN) yang melakukan serangan gender dan seksis ke atas Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Terpacul dari mulut Said ‘Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga’ diikuti oleh Moktar bertempik ungkapan yang sama. Lu apa hal ni brader?! Gua rasa Dewan Parlimen sekarang macam suasana dalam gua zaman Flinston pulak! Atau mungkin betul ada pendapat mengatakan parlimen kita macam sarkas (?) Aku bersimpati dengan Pak Rais yang kempen budi bahasanya seperti tiada apa-apa nilai kalau begini cara ahli dewan berhujah. Mentaliti standard Mat Rempit! Mat rempit pun dah upgrade status sekarang ni, dah tunjuk terror terjun kat kutub nun... Kalau takat boleh terjun dalam Parlimen dek kerana undi rakyat, baik tak payah la... Ini sesuatu yang sangat memalukan!


Memang tidaklah hina dan lucah perkataan BOCOR (siling parlimen pun bocor juga) tetapi apabila digunakan untuk merujuk kepada kedatangan haid seorang wanita, ditempikkan secara terbuka pulak. Apa kes? Nak kutuk-kutuk la..tapi jangan mencarut, itu jer! Malu la kat budak-budak sekolah yang tengok perangai depa terkinja-kinja. Kamera pulak selalu zoom kat depa berdua ni. So, budak-budak yg tak kenai pun jadi kenai...hmmm..

Sepatutnya ketika negara sedang bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50 ayat-ayat berbaur diskriminasi gender dan serangan seksis itu tidak lagi timbul terutama di Parlimen. Parlimen bukannya kaki lima! bukannya kedai mamak roti canai yang janji tak naik harga tapi roti dah jadi nipis.Kuah dal pulak dah tawar! Tetapi tempat di mana segala dasar kerajaan digubal dan segala permasalahan rakyat dibangkitkan dan diketengahkan.


Bayangkan apa perasaan rakyat apabila melihat pemimpin mereka menyimpan kebijaksanaan yang ada sebaliknya bersikap kebudak-budakan hingga gagal mengambil kira sensitiviti orang lain.

Bung Moktar dan Mohd. Said mungkin tidak ingat bahawa golongan yang dikatakan ‘bocor setiap bulan’ itu adalah pengundi yang membantu meletakkan kedua-duanya di tempat di mana mereka berada sekarang. Kedua-dua juga mungkin terlupa bahawa isteri dan ibu mereka sendiri adalah wanita.

Dan hari Jumaat lepas kedua-duanya dengan rasa rendah diri dan kesal telah memohon maaf secara terbuka di depan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mohd Said berkata "Di sini saya ingin menyatakan bahawa penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam hujah barisan pembangkang terhadap saya, sering kali menyentuh soal maruah saya sebagai Ahli Parlimen" tetapi ingin aku menjelaskan, istilah BOCOR itu telah menyentuh jutaan maruah wanita negara ini bukan hanya maruah segelintir pembangkang dalam parlimen.

Bung Moktar pula berkata "Saya dengan rendah diri dan penuh tanggungjawab ingin memohon maaf kepada seluruh wanita sekiranya mereka tersinggung di atas ungkapan-ungkapan yang telah kami keluarkan. Kejadian itu terjadi ekoran provokasi yang berlaku di Dewan Rakyat" Siapa provok siapa sebenarnya? Entahlah...

'KIta bOlEh memAafKaN taPi JanGan sESekaLI MeLuPakaN...'

6 comments:

wan said...

dia lupa kot, dari gumpalan darah tu ler dia jadi manusia...

Deanz said...

Wan,
..dan mereka juga lupa bahawasanya mereka berada di dalam dewan parlimen, biasa lepak kedai kopi jer kott..sambil tengok gusti.

Masy said...

salam..
dah terlepas cakap, salahkan org len plk..

ermm..~

Deanz said...

masy,
bocor juga mulut depa kan..?

Greenmonster said...

Deanz,

kenapa sampai jadi cam tu. Segan jugak jadinya.

Deanz said...

GM,
depa berdua tu tak segan pulak cakap mcm tu..dah tua2 pulak tuh.. :D