June 11, 2007

LINA & JEANNE (ABDULLAH)


i.

Azlina Jailani @ Lina Joy, 42, wanita yang menukar agama kepada Kristian sejak 17 tahun lalu, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya. Dalam keputusan mahkamah dengan majoriti 2-1, beliau perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Dalam satu kenyataan Pak Lah meminta rakyat supaya menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi. Pelbagai reaksi diberikan oleh umat Islam dengan keputusan ini. Banyak pihak melahirkan rasa gembira dan syukur dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi segelintir yang lain, tiada apa yang nak dibanggakan dengan keputusan Mahkamah ini kerana isunya adalah isu ‘nama’ bukannya isu ‘agama’ (?).

Kita perlu memahami isu ini lebih sedikit dari apa yang tersurat, bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah bukanlah soal bahawa seseorang itu ‘tidak boleh murtad’ tetapi penghakiman yang dibuat adalah berkenaan isu ‘perkataan Islam’ di dalam kad pengenalan, di mana Lina Joy tidak dibenar memadamkan perkataan tersebut di dalam myKadnya.

Keputusan itu memberi gambaran sesiapa sahaja yang ingin murtad masih boleh berbuat demikian, cuma mereka tidak dibenar menggugurkan perkataan ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, kecuali setelah mendapat izin dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Keputusan ini juga membawa implikasi bahawa seseorang itu masih boleh murtad dan mempunyai harapan untuk menukar status ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, jika diizinkan oleh Mahkamah Syariah.

Persoalannya, apakah keputusan Mahkamah ini telah berjaya mengembalikan Lina Joy ke pangkuan Islam? Apakah persoalan akidah umat Islam itu ditentukan oleh ‘nama’ atau ‘perkataan Islam’ yang tertulis di atas sekeping dokumen? Di mana yang longgar dalam sistem perundangan Hadhari kita?




ii.

Datin Seri Jeanne Abdullah dan Pak Lah selamat diijab kabulkan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana pada 9hb Jun lepas. Selamat pengantin baru buat pasangan no. 1 negara. Rumours yang bertiup kencang sebelum ini telah menjadi realiti walau pada awalnya dinafikan oleh tuan punya diri. Semua spekulasi oleh spekulator telah terjawab secara rasmi, seluruh rakyat menyambutnya dengan nada gembira tak kurang juga yang biasa-biasa saja. Normallah lelaki pasangannya perempuan dan di satukan melalui pernikahan.

Namun begitu rakyat Malaysia masih ternanti-nanti rumours yang lebih mengujakan dan pastinya menjadi fokus penting dalam sistem pemerintahan negara negara. Apabila Indeks komposit Bursa Saham kita mencecah 1,200 point ramai penganalisis mengatakan masa terbaik untuk bubar parlimen tapi dinafikan Pak Lah prestasi Bursa Saham bukan petunjuknya.

Bila agaknya Pak Lah nak buat rumours baru, nak bubar parlimen istihar PRU? Ramai yang dah tak sabar nak memangkah.





8 comments:

Anonymous said...

Saya pangkah KeADILan

Semut Api said...

Anon,
undi anda rahsia.. :D

Anonymous said...

Betoi! Saya dah gatai tangan nak memangkah ni. Geram! Geram!

Semut Api said...

zal,
dah cukup umur ke?

Acid (mojiah709) said...

Deanz,

I am so happy and overjoy on the news of the wedding.

I watched the news where the couple visited the cemetery. It was very touching.

Semut Api said...

GM,
wedding of the year...:D

selamat pengantin baru kepada pasangan PL & JD.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
tk kerana singgah . saya sepintas lalu di darul anda. menarik dan kepelbagaian cerita dan berita. juga melalui komen sahabat-sahabat anda. baik.
silalah singgah lagi.semoga merapatkan hubungan.

Semut Api said...

alkerohi,
Tq sudi singgah, hanya catatan biasa tidak sehebat Sang kelembai... :D

Salam ukhwah juga.