September 25, 2007

TRAGEDI RAMADAN

Salam sejahtera,

Seluruh Negara dikejutkan dengan berita penemuan mayat Allahyarham Nurin Jazlin, 8 tahun yang di sumbat ke dalam beg sukan setelah 27 hari hilang dipercayai diculik. Pembunuh kejam berhati binatang ini bukan sahaja menculik malah telah melakukan deraan seksual yang menjadi punca kematian Nurin. Moga damailah rohnya di Syurga dengan dikelilingai bidadari dengan wangian kasturi di taman Firdausi. Takziah untuk keluarga dan Al-fatihah untuk allahyarham Nurin.

Kesedihan ini juga dikongsi bersama oleh jutaan rakyat Malaysia yang turut bersimpati dengan keluarga Nurin dan berdoa agar si pembunuh diberkas dan dihukum setimpal perbuatan kejamnya! Bapa mangsa kepada satu tragedi yang hampir sama berlaku di Johor satu ketika dulu angkara perbuatan nafsu binatang pengawal keselamatan yang merogol dan meragut nyawa anaknya di pondok pencawang Tenaga Nasional berpesan seraya memberi amaran " Penjenayah ini lupa akan kekuasaan Tuhan" Jelas menunjukkan setiap perbuatan akan ada balasannya.

Secara peribadinya, dakwa dakwi, cuai muai, tuduh menuduh, ambil kesempatan dan yang paling pentingnya isu ini bukan modal politik bukanlah jalan penyeselaian kepada tragedi yang menimpa Nurin. Jejak dan berkaslah manusia haiwan ini!

انّا للہ و انّا الیہی رجیعون
Gambar dipetik dari blog http://nurinjazlin.blogspot.com/


Akhbar Utusan pada 24 September telah telah menyiarkan komen saudara SAAD HASHIM dari Ampang, Selangor. Kita telusuri sedikit petikan dari pendapatnya...

SEBAGAI seorang yang pernah tinggal di England lebih 20 tahun, maafkan saya jika sedikit pun tidak terperanjat dengan kejadian sedih yang menimpa adik Nurin Jazlin Jazimin.

Dan sehingga hari ini tuduh-menuduh masih berterusan, polis tuduh ibu bapa, orang ramai menuduh polis dan polis pula dikatakan sedang memikirkan kemungkinan mendakwa ibu bapa Nurin Jazlin kerana mengabaikannya.

Sebaliknya, tidak siapa pun memikirkan bahawa tragedi Nurin dan lain-lain seperti Nurul Hanis, Siti Nadirah, Norsyakila, Nurul Huda Ghani dan Haserawati Saridi, sedikit sebanyak merupakan musibah daripada ‘persekitaran sosial dan budaya’ yang kita sendiri ‘cipta’ sejak akhir-akhir ini.
Secara sinis kita boleh simpulkan bahawa jenayah-jenayah seks yang juga melibatkan kanak-kanak adalah berupa asam garam cara hidup kebaratan yang mementingkan konsumerisme dan hiburan.

Di Malaysia kita bagaikan tidak tidur langsung, penghidupan berjalan 24 jam sehari. Bagi anak-anak muda, kedai-kedai mamak nasi kandar sekarang dibuka sepanjang masa dan kalau perlukan apa-apa, kedai runcit 24 jam pun ada.

Saya tidak tahu di mana datangnya budaya ini. Di England sendiri pusat-pusat beli-belah dan gedung-gedung pakaian seperti Marks & Spencer ditutup pukul 6 petang atau selewat-lewarnya pukul 8 malam.

Kita di sini tak cukup dengan pusat beli-belah mewah dan ekonomi serta pasar malam dibuka hingga 10 malam, fenomena baru ialah budaya pasar larut malam dari pukul 9 malam hingga 2 atau 3 pagi. Kedai arak di England dan Amerika Syarikat (AS) dibuka pada masa- masa terhad. Kita di sini minuman arak boleh dibeli di kedai 24 jam sepanjang masa. Bukan itu sahaja pelbagai konsert hiburan diadakan di sana sini tak henti- henti.

Ini bermakna orang akan keluar rumah selalu sama ada hendak membeli-belah, berjalan-jalan berserta anak- anak malah paling teruk ada yang meninggalkan anak-anak di rumah bertemankan TV dan komputer sahaja.

Jadi suasana penuh hiburan ini yang tidak kurang pula dijanakan oleh dadah maka muncullah manusia-manusia bersifat haiwan yang sentiasa bermimpikan sesuatu yang mereka tidak dapat capai secara biasa.

Ada juga manusia haiwan ini yang berupa orang biasa, berkelulusan tinggi, berkeluarga tetapi melibatkan diri dengan gejala-gejala gila seks yang di luar kebiasaan termasuk seks dengan kanak- kanak iaitu golongan pedofilia.

Mungkin ada yang bersetuju kalau saya katakan suasana di Malaysia merupakan satu ‘syurga’ kepada golongan pedofilia atau mereka yang sentiasa berfantasikan seks dengan wanita-wanita cantik.

Mungkinkah sindrom Jill Dando berlaku di negara ini? Jill Dando ialah seorang penyampai berita dan pengacara rancangan jenayah di BBC yang cantik jelita dan disukai ramai.

Malangnya kecantikan Jill juga membawa malang baginya apabila seorang stalker atau peminat taksub menunggunya di rumah dan menikamnya dan Jill mati tak lama kemudian. Seluruh Great Britain tergamam dan tertanya-tanya apa yang sudah berlaku.

Pelbagai kejadian boleh berlaku kalau segala fantasi itu tidak dapat dibendung, lebih-lebih lagi kalau wanita pujaan itu didapati sudah ada yang punya dan boleh mencetuskan kemarahan dan cemburu yang membuak-buak.

11 comments:

Acid (mojiah709) said...

deanz,
I am sad to read these kind of news, esp when it involved kids. they are innocent and nhave many years to go.
I agree with what you have shared in your blog, but what can be done?

Masy said...

laksanakan hukum hudud, kan senang.

Anonymous said...

alfatihah wat arwah adek nurin.. muga sipelaku yg persis binatang bertopengkan manusia mendapat azab di dunia dan akhirat....

Semut Api said...

GM,
There is no excuse for such a crime against humanity. For the family of arwah Nurin please remember it is not just your family that feel the pain, everyone else feel the same pain. the same anger.


Masy,
Kita ada Islam Hadhari. tak cukup ke?

Semut Api said...

ita,
Kita lihat setakat mana kehebatannya...txs drop.

shafarina said...

Salam Deanz, letih ke? :)

Itulah, suasana di negara Islam lebih teruk dari suasana di negara bukan Islam tapi ada penduduk Islam.

Walaupun diorang berasaskan sivik semata, tapi sepatutnya kita yg cara hidup Islam ni lagi baik. Ini tak. Terbalik.

Semut Api said...

Wan,

tak letih, bersemangat nih.. :D.

Harap2 ini bukan contoh masyarakat cemerlang,gemilang dan terbilang.
Buat Nurin, walaupun di dunia dia disiksa tetapi di akhirat dia akan tenang..al-fatihah~

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Entah mcm mana, jenayah2 seks kejam lebih byk dilakukan oleh org2 Melayu-Islam. Sgt memalukan!

Ada terbaca di luar negara (mungkin Pakistan), penjenayah sedemikian disebat 100 kali dan kemudian dihukum gantung smpi mati di khalayak ramai.

Al Fatihah utk adik Nurin..

Semut Api said...

abg jas,
tak apa abg jas, hari ni polis sendiri dah mengaku jenayah mmg meningkat di neagra ni. So, depa perlu ambil tindakan sewajarnya.

Kita perlu ada modal insan yg ada nilai tambah...agaknya la..

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Sinis ayat terakhir Deanz tu..hehe.

Abgjas pun pernah terfikir nak buat kartun pasal modal insan ni,
agaknya la..

Semut Api said...

abg jas,

hehehe..mohon maaf klu ada yg terasa...selamat hari raya.. :D