Salam Sejahtera,
Datuk Zaid Ibrahim semalam mengumumkan tetap dengan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meskipun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini mahu beliau mempertimbang dan memikirkannya semula.
"Walaupun Perdana Menteri cadang saya cuti, saya ucap terima kasih. Saya tidak letih. Saya hanya kecewa. Saya juga berharap Perdana Menteri akan berjaya mengatasi masalah dan cabaran yang ada dan berharap beliau dapat kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO" Katanya pada sidang media semalam yang dihadiri puluhan wartawan dari dalam dan luar negara, Zaid mengakui kemuncak kepada kekecewaannya adalah apabila kerajaan memutuskan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas wartawan dan Ahli Parlimen.
Penahanan tiga individu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini adalah penyebab utama peletakan jawatan. "Saya tidak menduga wartawan adalah ancaman kepada negara... ISA perlu hanya diguna terhadap pengganas!" tambah beliau.
6 comments:
salam..
ade potensi nk melompat ke beliau ni?
Masy,
beliau hanya berminat untuk mengkaji semula kegunaan ISA tapi belum berminat untuk melompat...
Akhirnya ada juga yang berani melawan kerana prinsip.
Shaf,
prinsip pun kadang boleh tergadai atau mungkin ada sebab lain Datuk Zaid berbuat begitu...
semutapi,
takut sy membaca setiap laporan yg bisa menganggu fikiran. Ingatkan, sy hanya inginka kedamaiian, nampaknya pasti lebih ddari itu.
txs drop GM,
tenangkan fikiran selamat berupasa & berhari raya...
Post a Comment