Aktres cantik yang tidak pernah lekang dengan
kontroversi, Rozita Che Wan tetap berdalih dan menafikan kisah bahawa
dia telah pergi bercuti bersama seorang bekas menteri ke kota London
pada 10 Oktober lalu, sekaligus menimbulkan spekulasi tentang status
hubungan mereka.
Dipetik dari Berita Harian, aktres berusia 39 tahun ini telah menafikan
segala tohmahan yang tersebar dan memberitahu tidak pernah mengenali
bekas menteri tersebut.
Rozita Che Wan terbang ke London dengan VIP..? |
"Bekas menteri yang mana satu pula ni? Dari mana kamu dapat berita
sebegini? Saya tak faham dengan orang yang gemar membuat cerita tentang
saya. Saya sendiri pun tidak kenal lelaki itu dan saya dah jemu
mendengar cerita macam ni," ujarnya.
Dalam sebuah laporan bertarikh 4 November, Rozita dan bekas menteri
tersebut dilihat sedang duduk bersama di dalam bilik menunggu untuk
golongan VIP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
sekitar jam 9 pagi, sebelum bertolak ke London sejam selepas itu.
Tambah laporan itu lagi, pemeriksaan jadual penerbangan yang dibuat
menunjukkan nama Rozita serta bekas menteri tersebut berada di dalam
penerbangan yang sama.
.