January 17, 2013

Patrick Teoh..Lu Langsi..(?)

Patrick Teoh..Lu Langsi !!


Pelakon Patrick Teoh yang didakwa menghina Islam di laman sosial Facebook miliknya dikatakan “bernasib baik” kerana hidup bersama komuniti Islam di negara ini, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, jika pelakon itu berada di sesetengah negara Islam selain Malaysia, sudah pasti Patrick akan diburu, malah turut dibunuh kerana menghina Islam secara terang-terangan.”
“Jika Patrick Teoh (gambar) berada di sesetengah negara Islam lain, beliau tak sempat minta maaf, (dan) akan diburu dan dibunuh kerana memaki dan menghina Islam dengan terang-terangan,” kata Syed Hassan.
“Tapi harus ingat pejuang Islam yang tidak patuh pada undang-undang mungkin ada dalam negara ini ... Sudah ada sejarah. Kita tidak mahu berlaku keganasan seperti negara-negara lain disebabkan isu agama,” katanya lagi memberi amaran.
Patrick yang pernah berlakon dalam filem Buli, Baik Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebaya dan Nasi Lemak 2.0, itu dalam kenyataan di laman Faebooknya mengulas garis panduan Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, serta turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.
Dalam kenyataan itu juga, Teoh turut menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat.
Syed Hassan juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan tindakan yang dilakukan Patrick, namun turut meluahkan rasa kecewa kepada pihak berkuasa kerana tidak pernah memandang berat terhadap laporan dan tindakan Perkasa dalam isu seperti itu.
“Jadi rakyat negara ini jangan sentuh dan jauhi menghina agama orang lain ... Kenyataan Patrick Teoh sangat bahaya. Ini adalah satu kenyataan paling teruk menghina Islam secara terbuka yang pernah umat Islam negara ini terima.
“Nak berhimpun tunjuk protes pun bukan diambil peduli pun. Isu Islam sudah banyak kali Perkasa berhimpun, desak kerajaan bertindak tegas, (dan) mohon Raja-raja Melayu bertegas dalam isu Islam dihina.
“Tapi tiada satu pun laporan polis diambil pusing oleh yang berkuasa. Tiada satu pun aduan kami Majlis Raja-raja Melayu membuat keputusan tegas,” kata Syed Hassan lagi.
Jelasnya, akibat sikap tidak ambil peduli itu lah yang menyaksikan penghinaan terhadap Islam itu semakin berleluasa.
“Sehingga seorang yang sudah bersama masyarakat Islam begitu lama seperti Patrick Teoh pun boleh berani mencaci Islam,” tegasnya lagi.
Patrick dalam laman sosialnya itu mengulas mengenai garis panduan dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kedah, yang melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian.
Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.
“Marahkan peraturan di Kedah sekali pun bukan tiket untuk maki hamun menghina Islam. Perkasa bimbang ada pihak yang mengambil tindakan sendiri demi cintakan Islam agamanya,” kata setiausaha agung Perkasa itu.
Ekoran kritikan pelbagai pihak, Patrick menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu.
“Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulisnya.
Menerusi mesej Twitter pula, Teoh menulis, “Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda” 

.

No comments: