April 25, 2013

Apa lelaki buat di dalam bilik air...(?)


Kamar mandi atau bilik air dianggap sebagai tempat untuk membersihkan diri, tidak kiralah mandi ataupun melepaskan 'hajat'. Namun tahukah anda bahawa lelaki mahupun wanita tidak mempunyai habit yang sama ketika berada di dalam bilik air?

Kadang-kala, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik beradik lelaki mereka mengambil masa yang lama ketika masuk bilik air. Nak tahu kenapa? Mari kita singkap rahsia lelaki apabila mereka di bilik air.

Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup privasi dan amat 'istimewa' buat kaum Adam di seluruh dunia. Apabila sudah menghabiskan masa dengan pasangannya, bagi mereka di bilik air sahaja merupakan masa untuk mereka bersendirian tanpa ganguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon.

Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu. Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Namun, bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Ia bergantung kepada individu.

Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika 'melepaskan hajat'. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri.

Waktu ini dianggap sebagai masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang. Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dalam bilik air. Cukup berlainan daripada wanita.

Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sebelum bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan juga mandi.

Jadi selepas ini jangan anda berasa hairan jika suami atau adik beradik lelaki anda lama ketika menggunakan bilik air...
berak...!!



April 18, 2013

bukannya bogel pun...(?)


Aktres jelita, Nora Danish tidak kisah apabila kontroversi adegan 'panas' lakonannya dan Rusdi Ramli dalam filem "Mencari Cinta" diperbesar-besarkan. 

Nora berkata, dia sudah lali dengan pelbagai gosip yang dikaitkan dengannya dan dia sedikit pun tidak gusar dengan hal itu malah tidak mengganggu prestasi kerjayanya. 

"Dalam filem itu saya bukannya bogel pun. Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya," ujarnya kepada Malaysian Digest. 

Tambah Nora lagi, dia harap masyarakat tonton dahulu filem itu sebelum membuat sebarang komen atau spekulasi. 

Dalam pada itu, Nora berasa kasihan terhadap Rusdi Ramli dan berharap dia diberi masa dan ruang untuk bersendirian sehingga isu tersebut reda. 

"Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini. Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu." 

Filem "Mencari Cinta" yang dibintangi oleh Nora Danish, Rusdi Ramli, Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali, Daphne Iking dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 25 April ini.

Nora Danish bertudung



April 17, 2013

Calon BN muktamad...(?)

Tiada perubahan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) yang diumum bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan ia adalah muktamad.
 
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana
pemilihan dan saringan telah dibuat secara teliti oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembangkang akan berkata macam-macam kononnya, wujud perasaan
tidak puas hati dalam kalangan anggota BN dan itu memang sudah dijangkakan.

"Tapi saya yakin semua dapat terima dengan hati terbuka, lagi pun aku janji
telah dibuat dengan pengerusi parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Adnan juga optimistik, dengan senarai calon tersebut BN mampu melakar
keputusan lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua anggota parti, tindakan
displin akan diambil oleh lembaga tatatertib, sekiranya ada anggota cuba
mensabotaj parti.


-- BERNAMA

Senarai calon BN muktamad: Tengku Adnan (AFP)
PRU 13

April 11, 2013

Asyik Banjir je... (?)

Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat. 

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat.

banjir...

April 05, 2013

BAPA SAIFUL HINA RAJA...(?)


Polis diminta menjalankan siasatan rapi terhadap bapa Mohd Saiful Bukhari yang dilihat cuba mencemarkan institusi diraja berhubung kes liwat pada Disember 2010.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli membuat laporan polis terhadap tindakan Azlan Mohd Lazim yang berniat jahat, tidak bertanggungjawab dan cuba memperolok-olokkan serta mencemarkan institusi diraja.

Beliau mendakwa pada 14 Dis 2010 lalu, Azlan selaku bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, yang didakwa sebagai mangsa kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta baginda campur tangan supaya mempercepatkan prosiding mahkamah yang telah ditangguh berkali-kali oleh Anwar.

"Konon atas alasan keadilan ke atas anaknya, Saiful Bukhari," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini hari ini.

Laporan polis itu berhubung dengan tindakan Azlan yang telah bersikap sebaliknya dengan mendakwa dakwaan terhadap Anwar itu adalah satu konspirasi pada 8 Mac lepas.

"Saya dengan tegas mempertikaikan tindak-tanduk perbuatan biadab Azlan ini dan mendesak dia bertanggungjawab serta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada institusi diraja," katanya.
Turut membuat laporan sama adalah Timbalan Pesuruhjaya Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Negeri Kedah Saiful Ambar Abdullah Ambar.


-- BERNAMA
bapa Mohd Saiful Bukhari