Aktres jelita, Nora Danish tidak kisah apabila
kontroversi adegan 'panas' lakonannya dan Rusdi Ramli dalam filem
"Mencari Cinta" diperbesar-besarkan.
Nora berkata, dia sudah lali dengan pelbagai gosip yang dikaitkan
dengannya dan dia sedikit pun tidak gusar dengan hal itu malah tidak
mengganggu prestasi kerjayanya.
"Dalam filem itu saya bukannya bogel pun. Cuma lakonan kami sahaja
nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set
penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan
lakonannya," ujarnya kepada Malaysian Digest.
Tambah Nora lagi, dia harap masyarakat tonton dahulu filem itu sebelum membuat sebarang komen atau spekulasi.
Dalam pada itu, Nora berasa kasihan terhadap Rusdi Ramli dan berharap
dia diberi masa dan ruang untuk bersendirian sehingga isu tersebut reda.
"Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior,
rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini. Saya
percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia
tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu."
Filem "Mencari Cinta" yang dibintangi oleh Nora Danish, Rusdi Ramli,
Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali, Daphne Iking dan ramai lagi
bakal menemui penonton pada 25 April ini.
Nora Danish bertudung |
No comments:
Post a Comment